"Amanat Haji Hadi" - isu facelift jajaan UMNO baru !
'Amanat Haji Hadi' (AHH) dari mana terbitnya ? Hmm..!
Boleh aku kata, bahawa AHH itu adalah sebahagian dari bahan sejarah ? Isu kafir-mengkafir yang panas ditimbulkan di awal tahun 1980an bukanlah waktu yg tepat bermulanya AHH dipraktiskan. Dari sumber yang diyakini, AHH itu hanyalah sebahagian dari petikan ucapan ceramah yg pernah disampaikan oleh TGHH di Banggol, Peradong, pada tahun 1981. Isi kandungan ceramah itu telah dirakam, di cetak dlm bentuk kaset dan dijual dimerata tempat di sleuruh negara. Dan pada tahun berikutnya keluar pula versi cetak dalam bentuk poster yang mengambil sedut ucapan TGHH dgn meletakkan kepala tajuk dgn nama Amanat Haji Hadi. Dan ia jadi sangat popular.
Boleh dikatakan ramai orang-orang PAS ketika itu memilikinya dimana poster cetak itu dijual dgn harga RM3 ringgit sekeping ketika itu. Lumrah, jika bertandang ke rumah-rumah penyokong/orang-orang PAS akan nampak tampalan poster 'Amanat Haji hadi' didinding-dinding rumah mereka. Malah di rumah mertua aku sendiri pun tidak terkecuali.
Masih ingat isu solat 2 imam? Isu kafir mengkafir hingga sembelihan umno juga haram dimakan oleh orang islam? Isu kafir mengkafir bermula dari pendekatan PAS yang mahu membetulkan akidah umat islam dengan penjelasan tentang batas-batas iman dan kufur. Ia merupakan sebahagian daripada catatan ilmu islam dan bukan persoalan politik. Antara penekanannya ialah perkara yang boleh membawa kekufuran ialah apabila mengungkapkan perkataan-perkataan yang memperlekehkan syariat Allah, dan kebetulan dari itu dan ketika itu sebilangan pemimpin2 UMNO khususnya begitu celupar khususnya mengenai hukum hudud.
Apabila hati sudah hitam, dan kebebalan otak yang tidak dipandu dengan fitrah islam, anehnya pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan syariat islam ketika itu, berkaitan hudud..langsung tidak bertaubat, malah mencipta pula isu lain dengan mendakwa "PAS tuduh UMNO kafir". Dan isu itu menjadi besar bila media UMNO mengambil alih untuk memburukkan PAS.
(Klik imej untuk paparan lebih besar) Debat UMNO lawan PAS diusulkan. Namun dibatalkan atas sebab keselamatan dan ketenteraman oleh bapak menteri ketika itu. Sedangkan rakyat tahu, UMNO tidak mampu berhujah dan dari stimulasi debat tipu-tipuan yang dibuat oleh UMNO sendiri, UMNO sendiri tewas. Oleh kerana isu yg dicipta oleh UMNO itu sudah membarah menjadi besar hasil sokongan dari media-media kerajaan seperti RTM dan media cetak, maka imej PAS menjadi sangat teruk. Lebih-lebih lagi wujud pula segelintir pemimpin dan penyokong2 PAS terlebih laju dari kitab, terus menghukum UMNO itu kafir. Itu adalah betul...kerana hal ini berlaku di kampung Titi Gantung, yang ketika itu saya bermastautin disana bilamana kenduri-kenduri orang UMNO tidak dihadiri oleh orang-orang PAS, begitu juga kenduri orang PAS tidak dipedulikan oleh orang UMNO...malah solat berjemaah jika imamnya orang UMNO maka tidak akan ada makmumnya dari kalangan ahli PAS..gara-gara isu kafir mengkafir.
Dalam konteks yang lebih besar, wujud pula golongan-golongan yang berjuang berlandaskan nafsu amarah terhadap UMNO, kemarahan yang membuak-buak hingga wujud kuliah-kuliah yang mengalakkan agar memotong kaki orang UMNO dengan pisau tebas, jika ada orang UMNO mati dan dikuburkan di kuburan orang islam maka mayat itu akan merangkak dalam tanah ke jirat cina. Ucapan-ucapan dan ceramah2 mereka yang berapi-rapi itu yang didorong oleh nafsu amarah telah ditegur oleh pucuk pimpinan yang lebih atas namun tidak dihiraukan.
Dengan takdir Allah, golongan yang merapu meraban ini di dalam PAS akhirnya menyertai UMNO atau berada di pentas UMNO untuk membelasah PAS. Diguna semaksimanya oleh pemerintah ketika itu didalam ceramah tertutup Biro Tata Negara untuk mendedahkan 'kesesatan' PAS. Siapa yang tidak kenal CN Al-Afghani. Tokoh terhebat bikinan UMNO kerana berjaya menjulang 'kesesatan' PAS' sedangkan satu masa dahulu ketika didalam PAS, beliaulah yang lantang mengkafirkan orang UMNO dan saudara-maranya.
Isu kafir-mengkafir (isu kecil yang diperbesarkan) sekitar tahun 80an sebenarnya telah terhapus apabila Presiden PAS ketika itu, Almarhum Dato' Fadzil Noor memperkenalkan program " memasyarakatkan PAS" dan ia menemui kejayaan dimana selepas itu tiada lagi pulau-memulau, solat 2 imam dan sebagainya.
Hebatnya ketika itu..bila pimpinan PAS memberi pandangan untuk mengutamakan kenduri orang UMNO, jika berlaku pertembungan dalam sebuah kampung itu adanya kenduri orang UMNO dan PAS pada hari yang sama, maka wajar keutamaan hadir ke kenduri UMNO itu, kemudian ke kenduri orang PAS. Ini sebagai strategi untuk menarik orang UMNO untuk memahami PAS. Penyokong UMNO wajar ditarik dan ditarbiyahkan.
Usaha-usaha yang beterusan itu yang dicetuskan oleh Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor benar-benar berkembang sehingga sekarang, dan jika dilihat sekarang UMNO semakin tenat dan nazak..? Maka dengan itu UMNO melihat pentingnya "Amanat Haji Hadi' itu dibuka semula untuk dijadikan isu, isu yang difaceliftkan bagi memecahbelahkan umat islam khususnya di negara ini.
Perlu disedari bahawa UMNO kini sedang meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa, apabila isu hudud tidak boleh makan, dibongkarkan semula isu AHH ini untuk mencuri undi orang islam. Kesian JAKIM, baru sekarang nak panggil Tuan Guru Haji Hadi berkaitan isu AHH, sedangkan isu itu telah hampir 30 tahun wujud. Agaknya JAKIM juga tidak terkecuali di faceliftkan semula...kerana JAKIM sebelum ini JAKIM yang hanya tahu tidur dan makan.
(*) sumber diolah semula dari rujukan tulisan oleh Saudara Zulkifli Yahya.
0 comments:
Post a Comment