PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

MESTI BACA - Memahami bicara Dr. Mujahid Yusof Rawa


" Kalau saya cerita ada rumah yang senget dan tak layak didiami, orang akan kata saya berlebihan dalam gambaran saya, tapi itulah realiti di Parit Buntar. Saya hanya boleh berada di luar kerana khuatir rumah akan reban kalau saya naik ! " - Mujahid Yusof Rawa



HULURKAN INFAQ RAMADHAN ANDA UNTUK KAMI *
" Saya sering memberitahu kepada orang - orang miskin : "saya bukan orang kaya memberi bantuan kepada orang miskin tetapi saya juga orang miskin yang merayu kepada orang kaya untuk beri kepada orang miskin, kita sama-sama miskin " Jikalaulah ada peruntukan takkan saya menebalkan muka merayu-rayu bantuan.

Saya membuat azam bahawa kengkangan kewangan takkan menghalang saya untuk terus membela golongan yang memerlukan. Dengan izin Allah, saya tahu Allah mendengar rintihan saya setiap malam mengadu kepadaNya " janganlah kerana wang, perjuangan ini dimalukan Ya Allah, kaulah Maha Pemberi Rezeki dan Pemudah kepada segala kesukaran dan kesempitan, permudahkanlah ya Allah".

Kepada mereka yang membaca doa ini aminkanlah, sekurang-kurangnya saya tahu ada orang yang mengaminkan doa saya pada malam-malam yang sunyi. Kepada yang mampu lebih dari sekadar mengaminkan doa anda hanya perlu bersama kami menyumbang untuk menyinarkan Ramadhan dalam kehidupan golongan yang perlu pembelaan. Sedikit sumbangan pun cukup menceriakan wajah-wajah yang menanti sinar Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Al Faqir Ila Allah

Mujahid Yusof Rawa
MP Parit Buntar

Nama Akaun: PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PARIT BUNTAR
No Akaun: 080-220-100-50832 (Bank Islam)

Hubungi: 016 440 3164 atau faxkan slip jika sudah menyumbang 05 716 6531

Untuk keterangan lanjut sila layari blog peribadi beliau di : http://mujahidrawa.blogspot.com/

Misteri kes bunuh di Tambun, Ipoh - ikan terbakar ?

" mayat Rohani, 38, ditemui dalam gulungan tilam oleh pengawal keselamatan di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Mangsa dipercayai mati dicekik dan polis masih menyiasat kes ini dengan teliti, motif kes masih disiasat memandangkan tiada sebarang kerugian yang dialami mangsa sekiranya ia melibatkan kes samun. Tiada kemungkinan kes itu bersangkut paut dengan bantahan kumpulan penternak daging segar di Taiping berikutan notis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang menguat kuasa larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif.

Mangsa yang masih bujang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini bermula 1 Julai lalu selepas berkhidmat sebagai pegawai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah., "



Sempat pesan ikan bakar sebelum ditemui mati


IPOH 4 Ogos - Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Rohani Kasim, sempat memesan ikan bakar sebagai juadah berbuka puasa semalam, sebelum ditemui mati dipercayai dibunuh di pangsapuri miliknya, awal pagi tadi.

Seorang bekas rakan sekerjanya, Roslizan Nikmat, 45, berkata, Rohani, 38, memesan kepadanya agar membelikan juadah tersebut untuk berbuka puasa semalam.

Menurut Roslizan, kali terakhir dia menerima panggilan daripada mangsa adalah pukul 4.15 petang sebelum gagal menghubunginya sekitar pukul 7.30 petang ke 8.30 malam.

"Saya ke rumahnya dalam pukul 7.15 petang untuk menghantar juadah itu tetapi apabila pintu diketuk, tidak berjawab. Saya kemudian menyangkutkan makanan itu di pintu di luar rumah mangsa.

"Tetapi, saya tidak sedap hati apabila melihat tingkap di luar dalam keadaan terbuka. Saya ada bertanyakan dua lelaki yang lalu di situ dan mereka kata mungkin dia (Rohani) keluar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, kakak mangsa, Ruzaina Kasim, 41, berkata, kali terakhir Rohani pulang ke kampung iaitu di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, ketika menyambut hari pertama berpuasa iaitu Isnin lalu.

Menurut Ruzaina, ketika itu, anak ketujuh daripada 10 beradik itu ada menceritakan bahawa rumahnya dipecah masuk kira-kira dua minggu lalu dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM15,000.

"Dia (Rohani) memang tinggal seorang, kami memang hendak menjenguknya tetapi tidak sempat lagi kerana dia kata mempunyai banyak kerja dan jarang bersembang mengenai hal peribadi.

"Dia ada mengatakan sibuk menguruskan kes bantahan kumpulan penternak daging segar di Taiping berikutan notis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang menguat kuasa larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif," katanya. - Agensi

Ibunya, Sharifah Razali, 72, pula berkata, Rohani tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga kembali ke Ipoh pada Isnin lepas selepas sahur bersama.

Menurut Sharifah, dia yang diberitahu mengenai kematian anaknya pagi ini, bergegas ke Ipoh untuk menuntut jenazah Rohani tanpa ditemani suaminya, Kasim Idris, 76, yang mengalami sakit usus.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |