PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Misteri kes bunuh di Tambun, Ipoh - ikan terbakar ?

" mayat Rohani, 38, ditemui dalam gulungan tilam oleh pengawal keselamatan di Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, kira-kira pukul 4.30 pagi.

"Mangsa dipercayai mati dicekik dan polis masih menyiasat kes ini dengan teliti, motif kes masih disiasat memandangkan tiada sebarang kerugian yang dialami mangsa sekiranya ia melibatkan kes samun. Tiada kemungkinan kes itu bersangkut paut dengan bantahan kumpulan penternak daging segar di Taiping berikutan notis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang menguat kuasa larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif.

Mangsa yang masih bujang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini bermula 1 Julai lalu selepas berkhidmat sebagai pegawai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah., "



Sempat pesan ikan bakar sebelum ditemui mati


IPOH 4 Ogos - Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr. Rohani Kasim, sempat memesan ikan bakar sebagai juadah berbuka puasa semalam, sebelum ditemui mati dipercayai dibunuh di pangsapuri miliknya, awal pagi tadi.

Seorang bekas rakan sekerjanya, Roslizan Nikmat, 45, berkata, Rohani, 38, memesan kepadanya agar membelikan juadah tersebut untuk berbuka puasa semalam.

Menurut Roslizan, kali terakhir dia menerima panggilan daripada mangsa adalah pukul 4.15 petang sebelum gagal menghubunginya sekitar pukul 7.30 petang ke 8.30 malam.

"Saya ke rumahnya dalam pukul 7.15 petang untuk menghantar juadah itu tetapi apabila pintu diketuk, tidak berjawab. Saya kemudian menyangkutkan makanan itu di pintu di luar rumah mangsa.

"Tetapi, saya tidak sedap hati apabila melihat tingkap di luar dalam keadaan terbuka. Saya ada bertanyakan dua lelaki yang lalu di situ dan mereka kata mungkin dia (Rohani) keluar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, kakak mangsa, Ruzaina Kasim, 41, berkata, kali terakhir Rohani pulang ke kampung iaitu di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, ketika menyambut hari pertama berpuasa iaitu Isnin lalu.

Menurut Ruzaina, ketika itu, anak ketujuh daripada 10 beradik itu ada menceritakan bahawa rumahnya dipecah masuk kira-kira dua minggu lalu dan mengakibatkan kerugian sebanyak RM15,000.

"Dia (Rohani) memang tinggal seorang, kami memang hendak menjenguknya tetapi tidak sempat lagi kerana dia kata mempunyai banyak kerja dan jarang bersembang mengenai hal peribadi.

"Dia ada mengatakan sibuk menguruskan kes bantahan kumpulan penternak daging segar di Taiping berikutan notis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang menguat kuasa larangan penyembelihan lembu bunting dan masih produktif," katanya. - Agensi

Ibunya, Sharifah Razali, 72, pula berkata, Rohani tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga kembali ke Ipoh pada Isnin lepas selepas sahur bersama.

Menurut Sharifah, dia yang diberitahu mengenai kematian anaknya pagi ini, bergegas ke Ipoh untuk menuntut jenazah Rohani tanpa ditemani suaminya, Kasim Idris, 76, yang mengalami sakit usus.

3 comments:

  1. mantaro said...

    Pihak tuan perlu bongkar,,isu kenapa tak boleh sembelih lembu betina.Didakwa terdapat syarikat yang mengimport lembu jantan kepunyaan orang kuat UMNO.PENIAGA terpaksa membeli melalui syarikat ini.Harga daging meningkat kerana lembu betina tidak boleh sembelih.Kena bongkar kenapa Timbalan keluar surat....bukan Ketua.Dan satu lagi kenapa Zambry Kadir kata jangan mempolitikan kematian ini.tuan kena bongkar.

  2. Anonymous said...

    Sedihh...kulaan tu.Anak banjar yang berjaya..

  3. Anonymous said...

    saya rasa tidak ada isu politik dalam kes ini (firasat saya saja...tapi sebarang kemungkinan adalah tidak mustahil)..

    dari segi statistik..populasi lembu di Malaysia memang kurang..oleh itu lembu betina dilarang untuk disembelih supaya lembu2 betina ini dapat dibiakkan untuk melahirkan lebih banyak anak (production line)..

    ini amalan biasa saja..mana2 negeri pun buat benda yg sama..bukan di Perak sahaja...

    lembu jantan memang dibenarkan untuk disembelih kerana tidak diperlukan untuk pembiakan kerana kita menggunakan teknik Artificial Insemination (AI) untuk membuntingkan lembu betina...

    kalau kita masih juga mahu biakkan secara biasa(natural mating)..kita cuma perlukan seekor lembu jantan untuk buntingkan 10 - 20 ekor lembu betina...

    rasanya tidak ada paksaan untuk beli lembu dari mana2 syarikat..ada banyak syarikat yg mengimport lembu jantan di Malaysia..kita boleh pilih mana kita suka..

    cuma ajal arwah Dr Rohani (kawan saya sebenarnya) telah tertulis berakhir sebegitu..

    Beliau memang seorang yg berdedikasi dan berpotensi (berdasarkan usia yg muda).. untuk menjadi salah seorang pengarah JPV di peringkat persekutuan..

    Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau. Amin

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |