PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Umno - Ahli Kitar Semula ?

Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan dengan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan, hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno. 

Tujuan kelab ini, ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Datuk Seri Najib sendiri menyatakan bahawa strategi seperti ‘politik pembangunan’ tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS. Seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi. Orang seperti beliau ini ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.

Sebagai mana sedia maklum kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat, kerana mereka ini orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca. 

Orang yang tidak bergantung dari maklumat 20” X 10” (televisyen) sahaja. Mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN. Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang. Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhinat bangsa, agama dan negara.

Ustaz Idris Ahmad

1 comments:

  1. q-har said...

    Orang seperti beliau ini ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara atau dalam bahasa jawanya... "eneng orak nambai, dak eneng orang ngurangi"...ada faham ka incek...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |