HOT - Jika blogger pro PR pusing 360 darjah ?
Mengapa MSK (Mat Saman Kati) tidak lagi rancak menulis ? Kemana perginya 'Singa' Ciberboron ? Radenjowo ? Pak KaraMu ? MRK albanjari ? Blogger AB albanjary yang hujah-hujahnya umpama halilintar membakar iblis ? Kemana pula Ajijoi ? Blogger AlHussyen ? Sendiri Mau Ingat ? Budak Ipoh Timor yang setiap tulisannya bisa buat Hamidah meroyan ? Cenangau daun kari ? Ummi Hani Nasution ? Dugong Darat ? dan banyak lagi nama-nama hebat yang pernah bertahta dihati rakyat satu masa dahulu.
Tulisan-tulisan berbisa mereka dirindui pembaca. Kupasan-kupasan hebat mereka kini semakin sukar dicari. Kemana mereka ? Dimana mereka ? Ada siapa yang tahu ? Jika dizaman jatuhnya kerajaan rakyat Perak ketangan perampas paling korup, nama2 itu galir meniti disetiap warga untuk mencicip rata berita terkini dari blog..namun jangan ada yg terlupa, banyak blog2 mereka juga sudah tumbuh belukar tidak lagi diendah penulisnya, tidak juga yg hilang terus dari alam maya, rujuk kepada blog albrangi dan politikbanjar(albanjari online versi asal).
Baru-baru ini, wak albanjari telah menemui Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkaitan status dan atur duduk perkara, apakah pemimpin PR sekarang masih perlukan khidmat mereka-mereka ini untuk melanyak BN ? Jika masih perlukan blogger PR..hargailah blogger dengan baik. Blogger bukan minta wang, balak atau pasir.. Tak jatuh airmuka pemimpin PR pun jika sekali sekala bawa blogger-blogger duduk minum-minum kopi di warung atau dimana saja..bertanya khabar dan berita.
Tidak mustahil, jika berlaku fenomena tiba-tiba blogger Pro Pakatan Rakyat beralih 'kiblat' dan pusing 360 darjah dengan hentam PR balik, andai hal ini berlaku di kemuncak PRU13..boleh mampuih !! ketika itu nak disalahkan siapa pula ? Setuju dengan apa yang blogger Milo Suam tulis yang juga turut dipaparkan di blog Cina Islam kelmarin.
Oleh : Milo Suam
Saya tertarik dengan satu posting dari blogger milosuam berkaitan dengan kedudukan dan prestasi blogger pro pakatan dan blogger pro kerajaan yang memerlukan penilaian dan tindakan segera dari semua pihak. Berikut adalah tulisannya yang diterbitkan kembali untuk tatapan pembaca blog cinaislam.
Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia 28 Nov lalu, top 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa rangking, menunjukkan senarai blogger mesra kerajaan / pro kerajaan, mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pembaca (memiliki traffic yang tinggi).
Kalau dilihat senarai ini menggambarkan blogger mesra kerajaan kini berjaya mendominasi senario media baru di dalam melancarkan serangan cyber dan propaganda dari kedua-dua pihak. Apa yang jelas, prestasi blogger pakatan rakyat kini semakin menurun.
Menyedari kepentingan media baru yang menjadi penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lalu, blogger pro kerajaan tampak bersungguh-sungguh untuk melakukan serangan balas bagi pihak kerajaan.
Senarai kedudukan blog-blog politik ini menggambarkan betapa tersusunnya koordinasi blogger-blogger yang pro kerajaan. Apa yang jelas, mereka sering kali mengadakan pertemuan, forum, diskusi, secara bersua muka di dalam merancang serangan demi serangan kepada kerajaan pakatan rakyat.
Justeru itu pergerakkan mereka dilihat lebih teratur dan sistematik berbanding blogger pakatan rakyat yang kebanyakkannya terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang menulis tanpa koordinasi yang sistematik.
Nampaknya sudah sampai masa blogger pakatan rakyat merapatkan saff, mengatur strategi secara berjamaah untuk melakukan perang cyber yang lebih tersusun dan berkesan terhadap blogger-blogger mesra-kerajaan.
Bagi pemimpin-pemimpin pakatan rakyat, anda sedar bukan betapa pentingnya media baru hari ini? Betapa berkesannya serangan blogger-blogger mesra-pakatan didalam mendedahkan ketirisan kerajaan dan menjawab serangan serta fitnah blogger-blogger dari blogger pro kerajaan?
Bukankah anda sedia maklum sumbangan besar kemenangan Pakatan Rakyat merampas beberapa buah negeri pada PRU lalu? Tidak nampakkah bagaimana blogger pakatan menyampaikan maklumat kepada rakyat? Mengapa senjata tajam ini dibiarkan tumpul?
Maklumat yang baik, tepat, dan benar sekiranya tidak dibaca akan hanya menjadi maklumat yang tidak berguna. ReJaM© menyeru kepada pemimpin pakatan rakyat memikirkan jalan untuk koordinasi yang lebih baik merebut kembali dominasi media baru oleh blogger-blogger kerajaan. (Cina Islam)
Kami tidak kalah di dalam mengumpul maklumat serta membuat pendedahan, namun kami hanyalah terdiri daripada orang perseorangan yang kurang teratur hasil kerjanya, mana nak cari maklumat? Mana nak menulis blog? Mana nak menjawab serangan? Mana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri?
Bukan wang ringgit yang dipinta, namun tindakan tertentu di dalam menyusun atur blogger-blogger sukarelawan ini.
December 9, 2010 at 9:43 AM
wak,
tak tahu le pahaman wak lagu mana, tapi, kalau pusing 360 darjah, maknanya, balik semula ke posisi asal. kalau 180 darjah, barule membelakangi apa yang diperjuang.
kot pahaman saya dengan wak tak betul, tak ngape le.
December 9, 2010 at 11:41 AM
Blogger sendiri Mau ingat dah kene campak ke ulu.. JPN suruh tutup blog die.. die cikgu..
December 9, 2010 at 1:08 PM
Kepada Para Blogger PR,
Jangan mudah give up..hantarlah memo dan bagi cadangakn kepada pucuk pimpinan tertinggi..matlamat anda sekarang membebaskan rakyat dari kezaliman dan penipuan UMNO BN..dan buat masa ini..cuma PAKATAN pilihan yg terbaik..kita tidak tau masa depan bagaimana pulak..maksud saya tak perlu terikat..tubuhakan persatuan Blogger Rakyat..dan minta bantuan atau hidup atas kaki sendiri, ikhtiar setakat mana mampu..bagi saya PAKATAN pun bukanlah bodoh sangat macam lembu jika mereka tidak menghiraukan para blogger..jika anda berjumpa dgn DS Nizar, tak kanlah Husam Musa atau Mat Sabu tak amik peduli kut nasib2 blgger PAKATAN..Apa kata pd Konvesyen PAKATAN kat Penang nati requestlah satu pertemuan dngn pucuk pimpinanb bincang strategi2 terbaik utk menentang UMNO. Tubuhkan Unit Media, yg mana yg bersetuju boleh anggotai Unit ini,yg mana tidak tak mengapa boleh juga support unit ini setakat mana yg mampu..kita tak ble merengeek al banjari,..kita kena bangun menjerit baru betul!!
December 9, 2010 at 2:02 PM
assalamualaikum saudaraku dan teman2 bloger sekelian....
terima kasih atas ingatan ini...memang tidak dapat dinafikan lagi segala kenyataan yg diungkapkan adalah suatu perkara yg realitinya berlaku.... kita seakan lunak dgn apa saja yg disajikan oleh blogger BN (BBN) dan kita juga terpaksa memperakui bahawa semangat utk menulis dan melontarkan idea kini seakan lesu... kita dapati juga kebanyakan media kita hanya mengambil mudah dgn copy paste sahaja tulisan teman2 yg lain... malas?..giveup? bosan? menyampah? berpatah arang? sakit hati? dan banyak lagi kalimah yg seertinya menjadi alasan?....wallahua'lam... masing2 ade jawapanya sendiri...
menginsafi realiti dan serangan yang kian bertubi2 dari BBN nampaknya wajib bagi para blogger PR merapatkan kembali saf yag dah jarang dan bengkang-bengkok ni...
ketepikanlah perbalahan sesama sendiri... ketepikanlah isu2 yg boleh merugikan parti masing2...ketepikanlah semangat kepimpinan terpilih ( ketaksuban melampau)...
kita kena sedar bahawa kita juga adalah sebahagian daripada komponen parti walaupun tak resmi atau tak dihargai malah terkadang kita dibenci oleh sesetengah pihak... kita tidak punya pilihan lagi untuk menghadapi umno dlm pru 13 akan datang yang tempoh waktunya seolah2 akan berlaku bulan depan sahaja...
kita terkadang terlupa sesuatu....kita dok asyik berbalah sesama sendiri dgn membangkitkan isu2 yg remeh dan isu2 yg telah dijelaskan sebaiknya oleh pimpinan namun ada kalanya kita membatu dan membisu bila serangan dari BBN bertalu2 menghempap pimpinan dan parti...INGAT matlamat kita adalh parti yg kita dukungi...
bukan masanya kita nak berlagak hero dan berlagak jaguh dengan membelasa sesama sendiri sedang kita membiarkankan musuh kita BBN menyerang kita dari segenap penjuru.... dan jangan lagi sesekali kita mengambil maklumat dan nasihat serta apa sahaja dari BBN untuk menghentam sesama kita...
kepada para pimpinan perlu dijelaskan....kami ( albanjari group ) tak tau le yg lain....kami tak pernah minta sebarang imbuhan berupa wang tunai atau jawatan atau sebagainya....kami menyertai dunia blogger ini adalah atas dasar tanggungjawab utk membantu organisasi parti yg kami dukungi iaitu PAS...
sesuatu perlu dilakukan secara drastik untuk menghadapi pru13 ini dan menghadapi serangan dari BBN yg kian celupar kini...
akhirnya mari kita berpadu dan bersatu utk menghadapi jentera BBN dlm persiapan menghadapi pru13 akan datang....banyak kerja yg perlu kita lakukan untuk mempertahankan kemenangan dan menambah kemenangan.....wallahualam....
December 9, 2010 at 2:30 PM
assalamualaikum wak, apa kabar,
warta 365 sudah bangunkan khidmat radio internet yang dikenali sebagai www.radiorakyat.net dan koleksi video di www.tvmalaysia.net
visi dan misi blogger network malaysia masih mengalir dalam diri saya,dan masih tetap utuh walau dilanda badai .
terima kasih
December 10, 2010 at 10:12 AM
SAYA TELAH DIKENAKAN TINDAKAN DITEMPAT KERJA DIBUANG DAERAH KERANA MENULIS DLM BLOG2 TERUTAMA BLOG YB IDHAM LIM. TAPI SAYA XPERNAH PATAH SEMANGAT WAK. PERJUANGAN TETAP SAYA TERUSKAN. DIAM BUKAN BERMAKNA MENYERAH KALAH. SEKUARANG2NYA SAYA BERSYUKUR PADA ALLAH TAALA SAYA ADA JAWAPAN DIAKHIRAT KELAK DLM MENENTANG KEZALIMAN.............ANAK KOMANDO REJIMEN 1