Terima kasih Polis di'RAJA'..!
Oleh : radens albanjari | 6 Dis
Tahniah kepada Polis di'RAJA'kan oleh UMNO kerana sampai hati koyakkan baju rakyat, tendang rakyat, sepak rakyat, sembur rakyat dgn air asid, heret rakyat, tahan rakyat, pukul rakyat..Sesungguhnya kamu memang Polis yang di'RAJA'kan..! Syabas buat semua polis-polis. Tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air meriam dan memukul rakyat yang hadir pada perhimpunan anjuran kerajaan negeri Selangor semalam terus dibidas oleh pelbagai pihak.
Suara Rakyat Malaysia dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor membidas kezaliman yang ditunjukkan pihak berkuasa ke atas 15,000 orang yang hadir di Masjid Negara semalam.
Ahli parlimen Klang, Charles Santiago adalah antara mangsa yang diheret dan ditendang oleh beberapa anggota polis apabila beliau cuba membantu seorang warga emas.
Ketika kejadian itu, Charles melihat seorang wanita dipukul dan bajunya koyak-rabak akibat kekasaran polis.
Operasi polis semalam menyaksikan kira-kira 48 orang ditahan, dan empat meriam air dikerah ke beberapa lokasi di ibu negara.
Ketumbukan polis mengangkat senjata dan merempuh 1,000 orang awam yang berarak di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
Mereka menjadi sasaran polis walaupun berhimpun secara aman untuk mengiringi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara untuk memohon supaya hak menguruskan air dikembalikan kepada rakyat.
Tanpa sebarang provokasi, tiba-tiba ribuan orang diserang oleh pasukan polis persekutuan, menyebabkan ramai yang cedera.
" Seorang wanita berhampiran saya sedang menangis tetapi polis terus memukul orang, merobek baju, dan mereka benar-benar di luar kawalan.
" Wanita di sebelah saya dipukul, wanita tua juga dipukul, baju dirobek. Mereka pukul untuk apa? Adakah ini arahan Ketua Polis Negara yang baru?," katanya lagi.
Ketika ditanya media apakah penganjur telah mendapat permit menganjurkan perarakan itu, Pengarah Eksekutif EMPOWER, Maria Chin berkata rakyat telah dikhianati kerajaan Malaysia.
" Saya tidak fikir isunya tentang permit. Pertamanya kita punya hak untuk berada di sana. Mereka telah memberi kita lampu hijau kepada kita. Mereka benarkan kita menyerahkan memorandum ke Istana Negara. Tetapi apabila mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata, mereka sebenarnya memungkiri janji mereka. Rakyat sebenarnya memberi kepercayaan kepada polis," ujar Maria.
Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berpandangan pihak berkuasa telah dengan sengaja melanggar undang-undang.
" Jika kita lihat dalam Bersih, hakim memutuskan Bersih adalah perhimpunan aman. Ini bermakna 48 yang ditahan polis itu telah ditangkap sewenang-wenangnya," ujar wakil SUARAM, Woon Hui.
Di sidang media yang sama, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, polis jelas berniat jahat dalam cubaan terdesak untuk untuk menyuraikan perhimpunan itu.
" Pihak PDRM mengizinkan empat kereta, menteri besar dan exco diiring polis ke istana. Jelas mereka mempunyai niat jahat, kerana belum pun kereta kami melepasi kawasan selamat itu, pihak FRU telah menembak ke arah kami. Menteri besar, exco dan saya sendiri terperangkap dalam asap gas pemedih mata dalam kereta kami," ujar Dr. Dzul.(blog paspb)
December 8, 2010 at 9:14 AM
gaji tokey dah kasi naik kena la buat kerja lebih walaupun macam binatang...dosa...mana nampak kalau nampak tobat tak keja polis punya