PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) Benarkah sokongan rakyat kepada PR merudum ? [Intro]

Oleh : radens albanjari | 5 Dis

Merujuk kepada hasil dapatan kajian* muktahir november 2010, tahap sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat menunjukkan penurunan yang teruk. Ia membimbangkan. 


25% dan itulah peratusan angka yang terpaksa dihadam oleh pimpinan tertinggi PR sekarang bila dirujuk kepada tahap sokongan rakyat kepada PR kini. Mengapa berlaku seteruk itu ? [*kajian ini dilakukan oleh group inteligent yg tidak dapat dipublishkan disini]

Merujuk kepada petunjuk 25%, Apakah rakyat sudah memiliki keyakinan yang padu kepada bahtera BN itu jauh lebih baik daripada Pakatan Rakyat? Banyak persoalan yang wajar dijawab apabila peratusan yang 'menakutkan' itu dipaparkan di blog ini. Kita tinggalkan sebentar 'bimbang' itu, dan kita sorot kembali janji-janji kita(PR) lewat PRU12 yang lalu.

Gugup ? Nanti dulu. Apakah tidak tersirna diingatan rakyat tentang hasrat rakyat pada meledaknya tsunami perubahan 2008 ? APA YANG RAKYAT NAK? Hasrat rakyat 2008 jelas menoktahkan bahwa :

[..] Kita tak nak satu kerajaan yang menipu kita dengan memutar-belitkan fakta seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang menyelindungkan fakta daripada pengetahuan kita seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang guna duit sewenang-wenangnya seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang bersifat tidak adil dalam pengadilannya seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang asyik memeras ugut dengan ISA seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang tidak adil dalam memberikan kebajikan kepada rakyat seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang hanya ingin mengkayakan kroni secara rasuah seperti BN. Kita tak nak satu kerajaan yang sombong dengan rakyatnya seperti BN. [.]1

Pada PRU12 2008, hasrat rakyat hanya memfokuskan kepada perkataan “seperti BN”, "macam BN", manakala isi di tengah setiap ayatnya di atas hanyalah bersifat ‘harapan’. Namun, tsunami menggunakan ungkapan ‘seperti BN’ "macam BN" mungkin sudah tidak releven lagi kini, maka wajarlah isi-isi ayat yang akan menjadi fokus rakyat buat buah tempur pada pilihanraya umum yang akan datang dimodifikasi dalam keadaan yang segera.

GANYANG BN, MARTABATKAN KETUANAN RAKYAT, dan bla..bla..bla mungkin bisa menimbulkan semula kebencian total rakyat kepada suasana sekarang yang menimbulkan resah hati rakyat dengan menyisihkan terus ayat-ayat "seperti BN" "macam BN" itu agar dicelapukkan terus dari minda yang ada untuk menolak BN pada PRU yang akan datang tidak lama lagi. Sebelum itu, check kembali apa betul ke empat kerajaan negeri PR bersifat kerajaan berkebajikan? Betul ke empat kerajaan negeri PR bersifat ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ yang diwar-warkan oleh BN?



Juga betul ke empat kerajaan negeri PR ini bersih daripada rasuah dan telus dalam pentadbirannya? Betul ke keadaan ekonomi empat kerajaan negeri PR ini sudah bertambah baik daripada zaman pra-2008?

Betul ke empat kerajaan negeri PR adil dalam mengagihkan pertolongan kepada rakyat? Betul ke empat kerajaan negeri PR tidak mengamalkan unsur kronisme dalam penganugerahan projek kerajaan?

Realitinya, semua persoalan di atas sukar dijawab dan diterangkan untuk para pengundi yang tidak mengikuti perkembangan politik. Yang terasa keadaan bertambah baik, akan terus memberikan undi kepada PR, yang terasa sebaliknya akan memberikan undi kepada BN.




Namun, adakah kita perasan bahawa hanya empat negeri PR sahaja diberikan fokus oleh media arus perdana yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional?



Tanyalah sekitar kita, kebanyakan kita lebih tahu mengenai masalah yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan daripada negeri-negeri lain di bawah kekuasaan Umno-BN. Kebaikan yang berlaku di empat negeri PR pula jarang ditonjolkan, namun sedarkah kita, Umno-BN juga tidak dapat menonjolkan apa-apa kebaikan daripada negeri-negeri yang dikuasai mereka kerana sememangnya pentadbiran mereka lebih teruk.


Kesimpulannya:

1. Empat negeri PR – masalah dibesarkan, kebaikan dipadamkan.
2.Sembilan negeri BN – masalah dipadamkan, kebaikan … tiada yang boleh dilaporkan.

Disini, saya sangat kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PR di Pulau Pinang. Dimana usaha-usaha dibalik tabir mereka telah berupaya menukarkan perkara di atas dengan menubuhkan satu badan media PR sebagai penyalur berita kepada semua laman-laman dan akhbar-akhbar alternatif melalui penerbitan Buletin Mutiara yang didokongi sepenuhnya oleh mantan SU akhbar MB Perak yang lalu. Gerak kerja yang sangat tersusun dan sistematik itu begitu berkesan dengan penglibatan langsung blogger-blogger dan penulis-penulis baru yang wujudkan dari kawasan dan cabang menyalurkan bahan dan sumber sebagai rujukan rakyat di Pulau Pinang.


Diantara tugasan besar badan media PR itu adalah:

1. Empat negeri PR – kebaikan dibesarkan, masalah dilaporkan.
2. Sembilan negeri BN – kebaikan… (bak kata di atas tiada), masalah dilaporkan dan ia automatik akan menjadi besar kerana tiada kebaikan yang dapat dilaporkan.


Selain itu, perbandingan prestasi antara negeri-negeri PR yang setaraf dengan negeri-negeri BN dari sudut ekonomi diolah dengan baik untuk menyedarkan rakyat tentang keberkesanan pentadbiran PR.
Sebagai contoh, prestasi negeri Selangor dibandingkan dengan negeri Johor, dari tahun 2007 sehingga 2010 untuk rakyat menilai sejauh mana prestasi pentadbiran ala PR dan BN.



Begitu juga dengan Kedah, boleh dibandingkan dengan negeri Pahang, Kelantan dengan Terengganu, dan Pulau Pinang dengan Melaka dan Negeri Sembilan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula, perbandingan prestasi untuk empat tahun yang lepas sudah mencukupi.


Berita-berita dan info-info sebegini, selain dihantar ke media-media yang sanggup menyiarkannya, perlu juga dimuat dalam bentuk ‘presentation’ untuk kegunaan ceramah dan penyebaran maklumat melalui CD, dan kertas A4.


Bagi memastikan badan media ini berjaya, empat negeri PR mesti bersedia untuk menyumbangkan dana untuk memacu perkembangan badan media ini kerana masa sudah semakin suntuk untuk PR menyediakan diri sebelum tibanya pilihan raya umum ke 13 yang hanya menanti masa dan semua ini perlu dilakukan dengan bijak dan pantas, kerana pilihanraya umum akan diadakan bila-bila masa dari bulan Mac depan sehinggalah penangguhan pemilihan Umno tamat tempohnya.


Isu-isu yang perlu dijawab dengan sepakat bagi mematahkan serangan BN 



Selain menubuhkan badan media untuk menyebarkan berita positif negeri-negeri PR, semua pemimpin tertinggi perlu menyediakan jawapan yang sepakat dan menyakinkan mengenai beberapa isu di bawah yang akan digunakan Umno/ BN untuk menyerang PR.


Walaupun ada antara isu-isu di bawah sudah dijawab kerana melibatkan kepentingan parti masing-masing, namun ia tetap perlu dijawab kerana rakyat perlu tahu apakah jawapan sebenar daripada ketiga-tiga parti politik PR.



Serangan dari Umno:



1. PAS dan PKR menjual maruah dan kedudukan istimewa Melayu dengan menghumban konsep Ketuanan Melayu ciptaan Umno.
2. PAS kuda DAP di Perak, dan di Penang.
3. Melayu hilang kuasa jika PR berkuasa.
4. PAS menggadai prinsip Islam untuk politik – membolehkan orang bukan Islam membaca Quran, memasuki masjid dan sebagainya.
5. Kredibiliti pemilihan parti PKR. Bagaimana nak jawab serangan Umno – ‘jika anda kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) teruk, pemilihan PKR lagilah teruk’?
6. Isu-isu mengenai Datuk Zaid Ibrahim.
7. Fobia DAP terhadap negara Islam dan kenyataan Karpal ‘langkah mayat sahaja dahulu’.
8. Orang Melayu di Penang dianiaya, tanah Balik Pulau, Komtar dan peniaga bazaar Ramadhan dan sebagainya.
9. Isu pasir di Selangor.
10. Isu air di Selangor – mengapa nak syarikat konsesi di bawah kerajaan negeri?
11. Isu kerajaan perpaduan untuk mengorat PAS untuk bersama Umno.
12. Isu timbalan perdana menteri.
13. Isu PKNS dan Yayasan Selangor.
14. Isu Tan Sri Khalid tidak disukai ahli-ahli parti sendiri.
15. Isu diskaun kepada rumah RM 500,000 ke atas yang dicadang DAP.
16. Isu liwat.


Serangan dari MCA, MIC dan sebagainya:



1. Negara Islam yang dimainkan untuk takutkan orang bukan Islam dan lagakan DAP dan PAS.
Bagaimana DAP harus menjawab untuk tidak nampak ‘fobia’ terhadap negara Islam, dan bagaimanakah PAS harus mengupas isu ini supaya tidak menyusahkan DAP untuk menjawab?
2. Prestasi kerajaan Kedah – apa sumbangan negeri kepada pembangunan kehidupan pelbagai kaum? Isu tanah Melayu dan isu perumahan yang sering dibangkitkan oleh Gerakan?
3. Isu biasiswa negeri Selangor – mengapa tidak cukup penglibatan dari semua kaum? Punca?
4. Perak – walaupun DAP mempunyai paling ramai Adun, namun ia tetap mendokong calon PAS jadi Menteri Besar kerana ia senyap-senyap akan menyokong negara Islam cadangan PAS sekiranya berkuasa kelak.
5. DAP kuda PAS.
6. Isu Kampung Buah Pala Penang.

Serangan yang ditimbulkan sendiri



1. PAS tetap dokong negara Islam, secara berperingkat – DAP tetap menyokong dasar sekular – bagaimana pula hujah dari segi perlembagaan?
2. Isu dalaman parti PKR, pemilihan PKR dan pemimpin yang bakal melompat ke parti Datuk Zaid Ibrahim.
3. DAP lebih menonjol dalam memperjuangkan isu-isu orang Cina dari segi biasiswa, penerimaan bantuan dan politik.
4. Pemimpin yang timbulkan polemik apabila tersilap kata semasa memberikan temuramah kepada media… peratusan akan meningkat apabila pilihanraya makin dekat kerana lebih ramai yang ingin ditemuramah untuk menonjolkan diri.
5. Prestasi teruk Adun dan Ahli Parlimen.
6. Perbalahan pembahagian kerusi.
7. Ketuanan Islam, Ketuanan Melayu dan Ketuanan Rakyat.


Semua isu di atas perlu diberikan jawapan yang sepakat, menyakinkan dan boleh terpalit seluruhnya kepada muka Umno-BN dan dalam erti kata lain, jawapan yang bersifat ‘bertahan sambil menyerang.’

(*) sebahagian sumber diolah semula dari catatan Li Fook Gao/Harakahdaily



Artikel akan menyusul : 

(2) Benarkah sokongan rakyat kepada PR merudum ? [1 Analisa]

(1) HOT ISU - Peranan Blogger PR dan strategi Media Baru semakin tumpul ?

tunggu paparan berapi albanjari di blog sedikit masa lagi ..InsyaAllah.

1 comments:

  1. TheSniper said...

    Albanjari strike back! camni la!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |