PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Umno makin gerun bukan islam guna al-Quran

Oleh : Sofi Wahab
Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin Bukan Islam berminat untuk merujuk Al Quran dan menggunakan terjemahan Al Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Al Quran. Bermacam alasan mereka berikan; takut salah tafsir, menghina Al-Quran, mencemarkan kesucian Al Quran dan sebagainya.

Sepatutnya pemimpin bukan Islam ini diberikan galakan supaya mereka tambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al Quran dalam apa juga permasalahan manusia. Jika mereka melakukan kesalahan mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada Al Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan. Malangnya pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati Al Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan Al Quran ini.

Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam. Lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam. Ini kerana Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin Bukan Islam menggunakan terjemahan Al Quran dalam ucapan mereka. Mungkin Umno terasa tercabar kerana orang Bukan Islam merujuk Al Quran tetapi Umno meminggirkan Al Quran. Atau Umno takut orang Bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.
Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang Bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan Al Quran sebagai salah satu rujukan mereka. Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan.

Ulama' mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat Al Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan Al Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Di harapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang Bukan Islam merujuk kepada Al Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu ini tercetus semula apabila ADUN Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan Al Quran merujuk kepada ayat yang lain dari apa yang sepatutnya.

Bagi saya adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin Bukan Islam menggunakan ayat Al Quran. Ini kerana Umno sendiri selalu meminggirkan Al Quran dalam tindakan seharian mereka. Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan Al Quran.

3 comments:

  1. Anonymous said...

    Saya bukan penyokong umno, tapi saya umat Nabi saw. bagi saya pemimpin bukan islam yg menggunakan al-Quran dalam ucapan mereka, sebenarnya mereka telah merendahkan kedudukan al-Quran kerana mereka telah gunakan al-Quran semata2 untuk kepentingan politik bukannya mereka nak beriman dengan al-Quran.

  2. toksiak said...

    bagi saya salah pdgn orang bukan Islam tak boleh gunakan al Quran. mereka juga hamba Allah jugak dan kita bergelar Islam pun kerana dilahirkan dari keluarga Islam. Apa kata kalau ditakdirkan dulu kita terpancut dari rahim bukan Islam.. sah kafirrrrr. bila mrk berminat nak gunakan alQuran atau nak kaji kitab Allah tu, kira okeylah paling tidak mrk terbuka untuk kenal alQuran. Skrg ramai bukan Islam sejak Pas bersama Pakatan, mrk sanjung melangit tok guru kita sbb mrk nampak kebaikan lahiriah berbanding perilaku pemimpin melayu dari umno. itupun satu dakwah namanya. Bukan mcm Mahathir dulu, siap kata kalau pakai hudud nanti ramai kena potong tgn dan makan sup tangan.. org kafir jadi takut kat Islam. Sebab itu presiden MCA tak malu-malu ada skandal tape lucah kerana melayu umno apa kurangnya? manakala Lim Guan Eng pulak sibuk-sibuk nak hayati gaya Umar Abdul Aziz hingga jejuak umno yang juhala' menempelak Guan Eng, mereka ingat nama Umar Alkhattab saja. itu menunjukkan org umno ramai yg jahil ttg sejarah Islam. Org umno kena ingat kalau si Umar Khattab ada, saya ingat ramai kepala pemimpin umno terpenggal kepala kerana sifat Umar ini. Kalau ada bukan Islam nak baca al Quran dan berbahas ttg isi alQuran jangan dihalanglah.. alQuran itu dari Allah dan Allah yg menjaganya. Kitab itu bukan melayu punya tetapi untuk semua hamba Allah hatta jin sekalipun.

  3. Rosmah gedik said...

    orang yahudi mengkaji quran dan hadith, ada jadi pensyarah tamaddun Islam kat luar negara. Alquran tetap mulia kerana ia satu mukjizat dari Allah untuk nabi saw. apa halnya kamu nak halang bukan Islam guna alQuran samada bertujuan politik atau sebaliknya. cuma saya nak sarankan pihak DAP supaya ikhlas ketika menggunakannya. Tanya balik kat penyokong melayu umno, aku mahu jugak gunakan alquran untuk cari kebaikkan tetapi pemimpin kamu takut nak ikut tuntutan alquran, contohnya isteri pemimpin umno ramai tak tutup aurat dan makan rasuah. Allah kata itu semua haram.. lu tarak baca alQuran ka? saya rasa itu patut dilontarkan kepada melayu umno.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |