PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

HOT ! (1) Malaysia malu Islam sebagai agama rasmi ?

Oleh : radens albanjari | 3 Dis


Memalukan ! Mana pemimpin UMNO yang julang kata ISLAM itu agama utama untuk negara? Retorik sungguh mereka yang bermuka-muka. Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam ditipu dan dibohongi. Orang kampung jangan diharaplah..terus-terusan di tipu UMNO dulu kini dan selamanya. Tunggu dulu..baca sampai habis apa yg mahu dipaparkan di sini. Jangan baca sekerat2 macam ulama' UMNO. Jangan pula sekadar menjadi zamry yang hanya mengusung kitab kamus Dewan, tapi tidak mengerti tentang apa itu 'ancak'. 

2 hari lalu di Sidang DUN Perak, bukan main garang Adun2 UMNO memekik dan memetik fakta bahawa hebatya kerajaan Malaysia dibawah tunjang parti UMNO dan BN membina masjid dan surau. Apa orang PAS buat..yellek katanya. Hal ini dimuntahkan kerana menyaingi hujah Nizar berkaitan peruntukan RM10 juta bagi pembangunan masjid dan surau, adakah bajet sebanyak itu sekadar untuk mencantikkan/kosmetik sahaja ? Pengisian nya bagaimana pula ? UMNO gagal menjawabnya. Sekadar pusing sana dan pusing sini. Tidak ubah seperti kera bunting yang masih gian nak berlaki.

Rakyat islam Malaysia wajar untuk tahu bahawa sangat jelek perilaku mereka-mereka yang bekerja dibawah Kementerian Pelancongan Negara berhubung apa yang berlaku di Malaysia Pavillion Shanghai. Lihat sahaja apa yg berlaku di Shanghai World Expo 2010 baru-baru ini. Jangan fikir jika expo itu beribu batu jauh dari Malaysia, tidak ada siapa yang tahu kerja-kerja biadap Kementerian ? Catatan Kembara Dr. Maza ada jawabnya. Baca apa yang diluahkan beliau. 

Rupanya Kementerian Pelancongan malu untuk merujuk ISLAM itu agama besar di Malaysia. Buang ribuan juta RM bina masjid cantik-cantik, tapi sekadar retorik untuk kesinambungan kuasa politik buat mengaburi mata rakyat didalam negara melihat hebatnya pemimpin UMNO membangunkan dan memartabatkan islam dinegara ini, namun tidak ubah seperti macam sampah saja ! Di dalam ratusan masjid yg banyak dan cantik, boleh hanya 2 GEREJA dipamerkan di Pavilion Malaysia yang maha hebat kosnya sehingga dimakumkan sejumlah RM20 juta hangus begitu saja..membinanya? 

"..saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia.." Dr. Maza

Kita tunggu apa Kementerian Pelancongan Negara mahu jawab ! Atau menteri mereka juga sama 'penakut'nya seperti Adun-Adun UMNO di Perak yang hanya pandai pusing fakta sana-sini. Itu pun jika menterinya cukup berani...seberani Soi Lek ber tut..tut satu masa dahulu.



PERKASA ? Mana hebatnya NGO ini yang bukan main gila memainkan sentimen Islam itu melayu, dan melayu itu Islam ? Apakah senario yang berlaku di Pavilion Malaysia berkaitan soal agama untuk Malaysia ini tidak penting ? Jangan terlalu berpilih-pilih memilih isu. Jangan juga sekadar kuat berkokok di reban sendiri !

Untuk lebih memahami isu dan usul yang dibaakan oleh blog ini, bacalah dengan lidah yang fosih dan terang apa yang dicatatkan oleh Dr. Maza ketika kembaranya di Shanghai lewat bulan lalu.

 " Makan ubi makan laksa, dalam hati ada dosa, Ingat wahai rakyat jelata..PRU 13 kita undi PASTI-kan undi itu bukan untuk BN/UMNO lagi.." Ganyang UMNO, Ganyang BN, PRU 13 kita MARA bersama undi RAKYAT ke PUTRAJAYA. Takbir Allahu Akbar !!

Catatan Kembara Dr. MAZA

Rencana ini ditulis ketika saya berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Pada 21hb September 2010 lalu, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu expo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan expo ini mungkin puluhan billion ringgit.

Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di expo tersebut.

Di sebabkan terlalu luas kawasan expo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Target 70 juta pelawat ke expo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia.

Tinjauan
Terlebih dahulu, walaupun saya datang menyertai rombongan VVIP, tulisan saya ini hanya mewakili pemerhatian saya secara peribadi. Secara umumnya, saya rasa rakyat Malaysia tahu bahawa pandangan-pandangan sebelum –insya Allah- bebas dari unsur perkauman dan fanatik. Saya berusaha bersikap adil, itulah titah agama yang luhur. Maka saya harap rencana ini dibaca dengan semangat kenegaraan dan hakikat sebuah negara bernama Malaysia.

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang teramat sangat kepada pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang menyambut kedatangan rombongan kami dengan penuh layanan mesra. Budi baik amat dikenang. Saya juga rasa patut berterima kasih atas usaha kementerian berkenaan memperkenalkan Malaysia di expo berprestij tersebut.

Atas usaha pihak kosulat Malaysia di Shanghai dan Kementerian Pelancongan, kami mendapat layanan istimewa di setiap pavilion negara-negara yang kami lawati. Alhamdulillah, dan terima kasih!

Islam. 
Namun, atas hak sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sedikit ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Ada beberapa gambaran yang saya rasa kurang kemas dalam expo tersebut. Saya tidak pasti ia berlaku secara sengaja, atau tidak sengaja. Bagi saya, sebagai rakyat Malaysia kita wajar mengakui beberapa hakikat negara kita. Antaranya, kita berbilang agama dan bangsa. Islam adalah agama rasmi dan mempunyai penganut yang paling besar. Agama-agama lain juga wujud secara aman. Orang melayu adalah majoriti terbesar. Kaum-kaum lain juga hidup secara aman. Kita semua sepatutnya berusaha ke arah kedamaian dan keharmonian. Jika kita ingin menceritakan negara kita ini kepada dunia, inilah hakikatnya. Ia bukan soal perkauman atau fanatik agama, tetapi itulah realiti negara kita. Tiada cacatnya menceritakan realiti itu kepada dunia.

Namun saya rasa, jika saya tidak tahu tentang Malaysia, saya datang ke Malaysia Pavilion di Shanghai World Expo 2010, saya mungkin akan mengagak bahawa agama Kristian adalah agama majoriti rakyat Malaysia. Tempat-tempat ibadat yang di paparkan hanyalah dua buah gereja. Itu pun bangunan binaan tinggalan penjajah Portugis, bukan binaan rakyat Malaysia. Ini seperti gambar yang saya sertakan. Entah berapa banyak masjid dan seni binanya yang cantik, namun tidak ditonjolkan. Lojiknya, tonjollah secara seimbang dengan menggambarkan kepelbagaian agama. Sudah pasti Islam sebagai agama rasmi, tidak boleh dinafikan kedudukannya, kerana itulah realiti kita.

Hanya inilah dua pusat ibadat yang tertonjol di Malaysia Pavilion di Shanghai. Penulis berdiri di hadapan dua gambar tersebut yang terpapar ketika memasuki ke Malaysia Pavilion. Mungkin ada pihak berfikir, menggambarkan Islam sebagai agama yang terbesar di Malaysia kurang menarik bagi masyarakat antarabangsa. Jika itulah fikiran mereka, bererti kita cuba menafikan realiti nagara kita, dan amat tidak adil untuk penganut Islam di Malaysia.

Negara-negara Islam lain tidak menafikan pun hakikat mereka. Bahkan di China sendiri, ada province (wilayah) yang majoriti penganutnya beragama Islam, iaitu Wilayah Ningxia. Dalam expo Shanghai ini, China Pavilion menonjolkan wilayah tersebut dan kehidupan penduduknya. Agama dan budaya mereka. (selanjutnya baca di SINI)

[**] : Apakah benar ? Pavillion Malaysia berharga RM20 juta mahu dijual dengan harga RM1 juta Yuan ? Bazir lagi..! Duit rakyat dicampak ke longkang oleh pukang-pukang senang hati saja...! 




0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |