update : ALBANJARI lancar Dana Tabung BLOGGERS ke Sarawak !
Prestasi Dana KLIK DI SINI
Lambaian jihad berterusan mengamit jasad kami para bloggers PAS dan Pakatan Rakyat,, untuk bersama-sama para sahabat lain berjuang fi sabilillah di bumi Sarawak.
Lambaian jihad berterusan mengamit jasad kami para bloggers PAS dan Pakatan Rakyat,, untuk bersama-sama para sahabat lain berjuang fi sabilillah di bumi Sarawak.
Rakan-rakan tak putus-putus sms dan hubungi wak, bila nak turun. Amboi-amboi hangpa.., ingat turun ke Sarawak tu macam turun tangga nak pi jamban kaa?
Hadoiii..!! Ikut hati dan rasa, wak nak saja, angkat bendera 'putih' tanda 'surrender' untuk sama-sama membantu apa yang mampu. Sarawak memang butuhkan pejuang-pejuang untuk mengukuhkan kemenangan.
Pilihanraya Sarawak sudah tentu berbeza dengan PRK di Tenang dan juga di Kerdau. Peperangan di Sarawak, membawa makna besar dan harapan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat menguburkan penguasaan BN di Putrajaya kelak. Lebur BN di Sarawak, maka bertempiaranlah jerangkung-jerangkung BN mencari tanah baru untuk 'hidup'. Itu janji besar 'peperangan' ini.
Demi meneruskan hasrat dan misi islam PAS subur di Sarawak, wak akan bergerak ke Sarawak pada 5 April 2011, InsyaAllah. Seperkara ingin wak jelaskan di sini, dengan rasa berat hati dan malu, wak buka kepada semua pembaca dan sahabat blogger agar dapat membantu TABUNG DANA ini sekadar yang mampu bagi meringankan sedikit bebanan kewangan kepada blogger-blogger yang bersama misi ini kelak.
Sikit-sikit lama-lama cukuplah kot, (serah pada Allah swt). Wak buka TABUNG DANA BLOGGERS ini mulai hari ini dan kepada yang budiman dan pemurah ingin menginfaqkan dan membantu misi BLOGGERS ke Sarawak, sila salurkan ke akaun dibawah :
MAYBANK-158417021317
CIMB - 02060040624528
Kali terakhir wak lancarkan misi dana bloggers ialah pada PRK Parlimen Bukit Gantang 2 tahun lalu. Ketika kemuncak penguasaan BloggersNetwork Perak bersama-sama blogger Mat Saman Kati (MSK) dan tumbangnya BN di Bukit Gantang.
Sekali lagi wak dengan malu, menyeru agar sahabat pembaca dapat kiranya menyumbang dan membantu TABUNG DANA BLOGGERS ini untuk merealisasikan misi bloggers Pakatan Rakyat ke Sarawak bagi membantu jentera parti dan menyalurkan berita muttakhir kepada semua. InsyaAllah.
Kepada Blogger, sila copy paste script* banner dibawah dan letakkan diblog masing-masing sebagai tanda sokongan kepada misi kami. Terima kasih.
SAIZ BANNER 280 - 300 WIDTH -
SAIZ BANNER 500 WIDTH -
Kepada rakan blogger yang mahu meletakkan banner diatas di blog masing-masing sebagai tanda sokongan dan menyokong tabung dana ini sila emailkan kepada albanjari_online@yahoo.com untuk penghantaran code html ini. Terima kasih
PESANAN FZT - Kepada yang tak pergi berkempen tolong berdoa atau bagiler bantuan seringgit dua untuk tabung bloggers. Bagilah mereka bantuan, kalau cakap banyak tak guna juga. Nak pergi berkempen itu memanglah jika boleh tak mahu susah-susahkan orang lain, molek jika mampu pakai duit sendiri, makan minum duit sendiri, pakai notebook pun duit sendiri, tapi dalam keaddaan sekarang, tabung ini kena juga dibuka untuk sedikit bantuan sahabat.
Jangan juga berputus doa, berdoalah untuk kemenangan PAS dan PR di Sarawak. Benar.., menang kalah belum tentu tapi lawan tetap lawan.
Bantulah mereka yang turun berjuang, tanpa parang, pisau sabit cangkul bagaimanakan nak berlawan dengan jentera yg amat amat moden digunakan oleh musuh. tanpa sebarang kelengkapan pun tak guna berperang mati katak saja. jangan bicara hal perjuangan jika diri sendiri tak nak tolong sesama sendiri. kalau ada biskut kering tak habispun derma ajelah, kain tuala kain pelikat, air mineral, pembalut kepala, losyen penyegar kulit, atau apa saja yang boleh membantu pertugas pertugas PR di Sarawak.
Kali ini PAS Sarawak akan bertanding dalam 4 atau 6 dun berbanding satu dahulu hanya satu beting maro, kalai ini dalam parlimen batang lupar pas akan bertanding 2 iaitu sebeyou dan beting maro, harapan kali ini amat cerah berbanding tahun tahun yang lalu, sambutan gerak kerja pas sarawak makin tersusun. langkah pas makin bergaya kalau menang disatu dun atau dun dun disarawak. kurangkan majoriti atau humbankan regim teyib memut ke hutan. biar teyib berkawan dengan ungka dan monyet pula, biar ungka dan monyet pula melibas teyib sebab merompak hasil hutan. biar monyet dan ungka ajar pulak teyib memut jangan rakus sangat menibai hasil hutan sampai gondol.
March 29, 2011 at 9:55 PM
Email kat aku code tu nanti aku email balik yang boleh display kat blog.
March 29, 2011 at 10:35 PM
Hang try copy paste code kat bawah ni, patutnya keluar kat dalam blog
Banner 1
<object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,79,0" height="200" id="DANA1" width="280"> <param name="movie" value="http://www.e-beli.com/ABO/ABOkaya/ADS2011/DANA1.swf"><param name="bgcolor" value="#FFFFFF"><param name="quality" value="high"><param name="allowscriptaccess" value="samedomain"><embed
type="application/x-shockwave-flash"
pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer"
name="DANA1"
width="280" height="200"
src="http://www.e-beli.com/ABO/ABOkaya/ADS2011/DANA1.swf"
bgcolor="#FFFFFF"
quality="high"
swliveconnect="true"
allowscriptaccess="samedomain"
> <noembed> </noembed> </embed> </object>
Banner 2
<object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,79,0" height="80" id="DANA" width="500"> <param name="movie" value="http://www.e-beli.com/ABO/ABOkaya/ADS2011/DANA.swf"><param name="bgcolor" value="#FFFFFF"><param name="quality" value="high"><param name="allowscriptaccess" value="samedomain"><embed
type="application/x-shockwave-flash"
pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer"
name="DANA"
width="500" height="80"
src="http://www.e-beli.com/ABO/ABOkaya/ADS2011/DANA.swf"
bgcolor="#FFFFFF"
quality="high"
swliveconnect="true"
allowscriptaccess="samedomain"
> <noembed> </noembed> </embed> </object>
March 30, 2011 at 7:36 AM
Buat banner gif ja la senang....
April 5, 2011 at 8:24 PM
copy je, adjust la px width="500" height="80" nak besar mana, sebarkan.......