PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(1) Eksklusif Sarawak @ ABO : kerusi MAUT ?

Apabila merujuk keputusan PRN Sarawak 2006 lalu, maka kita faham mengapa PAS memprolehi tambahan kerusi, iaitu di Muara Tuang dan Tanjong Datu. Jika di Muara Tuang, BN dah ada undi  'fixed deposit' 2000 undi Pos, di Tanjong Datu pulak Adnan Satim dapat hampir 90% undi dari yang keluar mengundi. Memang 2 kerusi ni kerusi MAUT !

Apa pun, tak mustahil PAS boleh buat kejutan di Muara Tuang dan Tanjong Datu. Sama macam masa PRN 2006, ramai yang jangkakan PAS akan hilang deposit di Beting Maro tapi keputusannya, calon PAS cuma kalah dengan majoriti 895 undi.

Akhir sekali  nak ingatkan bagi yang mungkin silap catur, dan berfikir bahawa majoriti 895 undi tu adalah kecil, Majoriti 895 undi di Beting Maro tu sebenarnya besar,  dimana ia 12% dari jumlah pengundi di situ, atau 15% dari jumlah yang keluar mengundi, satu angka relatif yang besar. (cenangau)

Apa jua keadaan dan situasi, lawan tetap lawan. Biar lelah kerana 'melawan', dari lelah 'mengawan'. Bab tu tinggal dulu, kita nak pi perang nih..! Perang sama BN Sarawak.



PRE-VIEW SARAWAK DAN PAS

Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid 2 kerusi DUN adalah kerusi maut bagi PAS manakala 3 kerusi lagi masih berupaya di lawan dan ditawan. Apapun, biarpun berhadapan dengan 'maut' di 2 kerusi itu, dan keyakinan semakin mengecil, kira-kiranya sudah angkat bendera putih bagi sesetengah pihak, itu bukan alasan yang seronok untuk puak BN sukaria. Hey..! Jangan kita kata BN hebat ? Jika benar hebat, hamparkan medan tempur ini tanpa undi-undi pos yang beribu di situ.

Apapun bagus juga saraf yang Adam Ahid cakap ini, biar nampak macam nak kalah. Baru kenyataan itu dapat dipolitikkan, kalau BN rasa mereka hebat,  PAS juga berhak rasa hebat, dan tetap guna psikologi gak, tak salah PAS bercakap macam dah kalah supaya musuh rasa mereka hebat.

Dan strategi ini kadangkala berkesan di dalam keadaan musuh berada dalam keadaan yang merasakan diri mereka kebal dan sukar untuk ditewaskan oleh pihak lain. Kekuatan Barisan Nasional dikatakan kebal di Sarawak dan untuk meruntuhkan tembok kebal itu, otak 'nyamuk dan agas' sangat diperlukan, serangan psikologi ler tu ! Perang saraf begini, sedikit sebanyak dapat melenakan jentera BN, apabila Pesuruhjaya PAS Sarawak mengakui kelemahan PAS disana.

Biasanya PAS jarang angkat bendera putih walaupun nasib sudah diketahui, PAS tetap juga melawan. Lawan tetap lawan, kalah dan menang itu belum pasti dan perlu ingat, mereka(BN) juga punya kelemahan,

Proses penamaan calon akan bermula 6 April ini, PAS akan bertanding di 5 DUN, Beting Maro, Senadin dan Sebayou masih memerlukan kemantapan 'strategi' untuk memastikan PAS menjadi penakluk kerusi ini.

Keputusan PRN 2006

N24 BETING MARO
Bolhassan Di @ Ahmad Di (menang) BN PBB 2,796
Alem Din PAS 1,901
Majoriti 895
Peratus Undi 65
Undi Rosak 45

N22 SEBUYAU
Haji Julaihi Haji Narawi (BN-PBB) (menang) BN PBB 3,748
Mohamad Akek PKR 1,300
Majoriti 2,448
Peratus Undi 68
Undi Rosak 86

N65 SENADIN
Lee Kim Shin (menang) BN SUPP 7,173
Chai Chook Fui PKR 2,374
Majoriti 4,799
Peratus Undi 57.74
Undi Rosak 127

N15 MUARA TUANG
Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (menang) BN PBB 7,863
Abang Ibrahim Abang Othman PKR 1,536
Jong Nyuk Chan Bebas/IND 415
Majoriti 6,327
Peratus Undi 73
Undi Rosak 195

N3 TANJONG DATU
Datuk Seri Adnan Satem (menang) BN PBB 4,545
Sobey Daud PKR 409
Larry Dominic Linang Bebas/IND 35
Majoriti 4,136
Peratus Undi 67
Undi Rosak 66

(source: http://cenangau.blogspot.com/2011/03/patut-pun-pas-dapat-5-kerusi-di-prn.html)

Beting Maro tetap jadi perhatian, BN pun masih ingat bagaimana Beting Maro menjadi pemangkin semangat PAS dalam usaha menambahkan cengkaman di DUN Sarawak. Bukan senang nak menang, tapi belum cuba belum tentu yang akan kalah, PAS..silap catur BN terhumban ke tebing sungai Sarawak.

Walaupun dimana PAS bertanding bukan kemenangan 'segera' itu yang mahu  dicipta.., pasal bukan mudah nak menawan kubu musuh dalam suasana kedaifan sendiri. Pelbagai tekanan dan cengkaman yang tak mudah dileraikan oleh PAS. PAS parti marhaen dan kerdil masuk bertanding di satu bumi asing dan tak pernah di letakkan masa depan yang cerah sebagaimana sekarang.

Tetapi sekarang PAS sudah boleh berbangga dengan segala penat jerih mereka, benih yg ditanam dah mulai berhasil. Pengundi Sarawak mulai kenal apa itu PAS dan siapa pemimpin PAS. Bukan mudah nak menakluk negeri Sarawak yang dicengkam penjajah ribuan tahun. Dan yang pasti PAS akan terus maju dan tanpa menoleh ke belakang,  PAS akan dapat bertapak dengan lebih kukuh lagi. Yakin dan percaya. Takbir [FZT]

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |