PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

N.28 : (edisi malam) - Kalah di Kerdau, tapi undi PAS bertambah

Majoriti kemenangan BN melimpah ruah. Melimpah di Merlimau, me-ruah di Kerdau. Yang pasti PAS kalah di Kerdau dan Merlimau. Tidak sia-sia Umi Habisda dan Daud Kilau datang ke Kerdau. Lepas ni show 2 ekor ini mesti lebat lagi padat jika ada lagi PRK. Ini ikon bagi UMNO. Tanpa ikon ini ada di dalam majlis UMNO, UMNO boleh gigit jari saja. Power gila, ikon ini. Sepower Kajol dan kotak ajaib.

BN pertahan DUN Kerdau dengan majoriti 2,724 undi. Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad raih 5,060 undi, calon PAS Hassanuddin Salim, 2,336 undi. BN pertahan kerusi DUN merlimau dengan majoriti undi sebanyak 3,643. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, Pas Yuhaizad Abdullah 2,319

Kata fzt, perjuangan ini belum selesai. Kerdau akan terus dicowboykan dan Merlimau akan terus dilemaukan oleh UMNO. Bersorak sorai setan malam ni. Lagu 'gila judi, dan cek mek molek' akan diulang 200 kali oleh gomo sambil gelek ponggong hangit di bawah khemah berlambang dacing. Syiok sungguh kerana BN menang, dan dapat kalahkan PAS. Yang pasti setan 300 kali lagi seronok bila fitnah sudah jadi halal dalam ugama UMNO.

Kecewa ? Ahh...itu sekadar perasaan dan nafsu. " Perjuangan ini perlukan jiwa yang besar ". Kalah atau menang itu bukan lagi urusan kita, serah saja kepada Allah swt. Ukuran menang seorang yang berjuang untuk islam bukan diukur dengan neraca nafsu manusia. Ingat itu..! PAS memerlukan pejuang yang punya jiwa yang besar lagi kental. Jika badan saja besar seperti parpukari, tapi tidak memberi manfaat kepada agama, adalah baik dihumbankan saja ke hutan sawit di felda yang melata di Kerdau ini.

Buat semua penyokong PAS, kita tak kesal dilahirkan menjadi penyokong dan petugas Parti Islam Semalaysia. Masih ada pengundi yang menyokong kita, biarpun yang menyokong kita sekitar 2,336 undi di Kerdau, itu tandanya masih ada rakyat yang sudi bersama kita, kita akan terus mara walaupun seribu halangan mendepani kita. 

Kalah dan menang itu anugerah Allah. Tidak perlu berdukacita. Di sepanjang PRK Kerdau kita ada benda yang kita menang iaitu kita tidak tinggal solat subuh berjemaah di markas-markas, walaupun mata merah bagai polong. Itulah kemenangan hakiki kita. Kalah tak bermakna kita akan bungkus, kita akan terus survival.

Untuk Dato' Tuan Ibrahim, PesuruhJaya PAS Neg. Pahang juga Pengarah PRK Kerdau ini, terima kasih atas layanan baik Tok Guru kepada kami, blogger-blogger PAS dan Pakatan Rakyat yang berhuni disepanjang kempen di Kerdau. Halalkan makan dan minum kami. Takbir..! Allahu Akbar.(fzt/albanjari)


9 comments:

  1. tungkaran hati.blogspot said...

    syukur alhamdulillah dengan kekalahan ini...semoga PAS kembali kepada perjuangan asal tanpa adanya Nik Aziz, PKR dan DAP.

  2. azmie said...

    utk semua petugas yg di merlimau dan kerdau terima kasih byk2. kpd yg pandai komen dr jauh, boleh blah

  3. tungkaran hati said...

    syukur alhamdulillah dengan kekalahan ini...semoga PAS kembali kepada perjuangan asal tanpa adanya Nik Aziz, PKR dan DAP.

  4. khkh said...

    kita kalah,
    kenapa kita kalah,
    kita kalah kerana kita mengalah,
    kita diajar tidak mengalah,
    namun sebelum kalah kita telah mengalah,
    perjuangan ini tiada istilah kalah,
    kalah adalah perjuangan orang kalah,
    orang yang kalah tiada tempat dalam perjuangan ini.

  5. Anonymous said...

    Pas kalah sebab pemimpin pas tuan brahim jadi ALONG.....peneroka gadai tanah pd beliau utk bayar hutang

  6. budakbalun said...

    secara perbadi dan ikhlas..
    teman tak rasa kecewa dengan kekalahan ini..

    Kita tau bagaimana padangnya dibuat..
    kita tahu bagaimana tiang golnya diubah..
    kita tahu bagaimana pemain mereka ditambah..
    dan kita tahu bagaimana pengadilnya dirasuah!

    so? apa yang nak dikecewakan?
    kalau pun nak kecewa adalah atas kegagalan kita hingga kini untuk mencari jalan menghancurkan peranan SPR yang jelas berat sebelah!

  7. lakenok said...

    Teruskan perjuangan..PRK memang BN akan ambil peluang utk menangkan calon mereka..PRU nti barulah diorang berpecah-pecah cover tmpt sendiri..
    Masa tu lah kita akan lancarkan serangan balas yg akan membuatkan mimpi indah BN berakhir..

  8. Anonymous said...

    Salam.Tahniah kpd petugas2 pakatan rakyat. Perjuangan belum selesai. Pd PRU nanti kita tumbangkan gergasi yg umurnya 52th yg menyusahkan rakyat tetapi mempunyai kuasa hebat utk terus hidup.

  9. pokku(putrajaya) said...

    Alhamdulillah syukran dan terima kasih semua petugas termasuk wak sekali...kenapa kita dilabelkan kalah?kita kena labelkan sentiasa menang kerana walpn kalah didunia tapi InsyaAllah kita menang diakhirat nanti...PRU13 nanti kita tunjukkan siapa yang betul2 menang...Allah sentiasa bersama perjuangan kita, InsyaAllah!Takbirrrrr....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |