N.28 : (edisi malam) - Yang Tersirat dan Tersurat
Satu yang menarik dalam pilihan raya di DUN Kerdau ini ialah cara kempen UMNO/BN. Sepanjang kempen berjalan.... rasanya tidak ada apa-apa cacat cela yang kita nampak pada calon PAS iaitu Hasanuddin Salim. Sebab tu dia tak kena hentam.
Yang teruk kena hentam ialah Anwar Ibrahim dan setelah telah tak lut.... mereka hentam pulak Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau. Kononnya.... dia mengambil kesempatan atas kesempitan seorang peneroka dengan membeli tanah orang tersebut, menggunakan nama isteri beliau.
Ya Allah.... tak habis-habis mereka buat fitnah. Namun... penafian serta penjelasan yang dibuat oleh si tuan badan, orang yang sebenarnya membeli tanah tersebut telah memberikan satu tamparan kepada UMNO.(FB-Ahmad Phak Lang)
March 6, 2011 at 9:31 PM
macamana BNgok tak menang. depa sumbang berjuta kat situ. janji pulak berpuluh juta. Dunia hak depa.teruskan perjuangan kita
March 6, 2011 at 10:04 PM
Jelasnya PAS telah tewas kepada UMNO di Kerdau, namun hakikatnya UMNO tidak menang dalam PRK Kerdau.
PAS datang ke Kerdau dengan bilangan kosong, sudah berzaman UMNO menjadi raja di Kerdau. Namun tiba-tiba 40% pengundi Kerdau bersetuju bahawa UMNO mesti ditamatkan umurnya. 40% pengundi ini masih mengekalkan pendapatnya dalam PRK ini, walaupun mereka mengetahui keseluruhannya akan memihak kepada UMNO.
Keyakinan dan keazaman pengundi PAS terlalu kukuh dan tidak dimakan pujukan kebendaan dan ugutan. Namun UMNO jangan percaya bahawa pengundinya adalah pembela dan pendokong falasafahnya. Bahkan mereka mungkin akan menjadi seperti, kura-kura memakan umbut kelapa selepas pokok kelapa tumbang.
Semua pemimpin UMNO tahu, begitu juga rakyat. Bahawa Marcos mendapat 80% undi rakyat sebelum beliau tumbang, begitu juga Suharto, Mubarak dan ben Ali. Namun selepas mereka ditumbangkan rakyat melalui jalanraya, beliau kehilangan penyokongnya sendiri, bahkan parti parti yang dipimpinnya pun tidak mahu mengaku bahawa beliau adalah ahli parti.
Sejarah bukannya jauh sangat, terutama dengan perhubungan dan komukasi serba canggih.