PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

RON97 naik lagi. Menteri kata, bagus untuk kesihatan !

Mulai tengahmalam ini, RON97 naik 20 sen. Maka jadilah RM2.70 sen seliter. Rakyat Didahulukan ? Ptuihhh..! Insyaallah, selasa ini, aku nak ke negeri pengeluar minyak di Malaysia Timur. Sarawak merupakan pengeluar industri minyak dan gas utama di negara ini. Itu bukan aku yang sebut. Bapak menteri yang sebut macam tu. Negara kaya dengan minyak konon. Tapi minyak tetap mahal. Sudah lah insuran kenderaan naik ! Apa punya kerajaan ni ? 

Lepas ni menteri kata, nak jimat, jangan pakai kereta, naik jer basikal, basikal tak guna RON97. Tapi jika dia sebut macam tu, suruh dia kayuh dulu dari Bera ke Putrajaya. Rakyat nak tengok dulu..! Tahan ker tak..telor dia bergesel ! 



KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |