(1) Ramadhan 1432H - Perlukah berbuka di hotel ?
BULAN Ramadan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam datang kembali. Turut menanti kedatangan Ramadan ialah pihak hotel yang berlumba-lumba menawarkan pakej berbuka puasa walaupun ada yang masih dibayangi isu sijil halal.
Apa yang ingin saya perkatakan ialah tentang kewajaran kita untuk berbuka puasa di hotel. Isunya bukan melihat kepada tempat tersebut tetapi lebih kepada perbelanjaan yang bakal dibelanjakan ketika berbuka yang mana umum mengetahui bayarannya memang mahal.
Secara puratanya bolehlah dianggarkan bayaran untuk seorang dewasa berbuka puasa di hotel ialah RM50, malah ada yang lebih mahal bergantung kepada standard hotel tersebut. Persoalannya bukanlah atas dasar kemampuan kerana sememangnya ramai orang Islam di Malaysia ini kaya raya tetapi atas dasar kesedaran tentang apakah nasib umat Islam lain. Adakah semua umat Islam mempunyai juadah asas untuk berbuka puasa?
Bagi yang tidak berkemampuan, ada nasi dan sejenis lauk boleh dianggap rahmat yang besar ketika berbuka tetapi tidak semua orang berpeluang begitu. Pastinya ada juga keluarga yang anak-anaknya menangis kerana tidak cukup makan sedangkan pada masa yang sama kita sedang menikmati berpuluh jenis juadah di hotel. Berapa banyakkah juadah yang kita mampu makan dalam suatu masa? Ingatkah kita tentang saudara seIslam yang lain yang belum tentu ada juadah untuk berbuka?
Kita dianjurkan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa. Dengan jumlah RM50 yang kita bayar untuk makan seorang sebenarnya boleh menampung 10 orang lain untuk berbuka. Ketepikan segala keegoan kita di bulan Ramadan kali ini.
Perbanyakkan bersedekah dan marilah kita bersama-sama merasai betapa peritnya kehidupan saudara kita yang lain untuk mencari sesuap nasi dengan cara kita makan secara ala kadar ketika berbuka. Bukannya dengan bermewah-mewah.
August 1, 2011 at 1:54 AM
Marhaban Ya Ramadhan, Wak!
Nak berbuka kat hotel amende nye Wak, kat surau kami je, 142 list moreh sponsor. Nak atoq benda ni ja, kena 6 kali meeting !!
August 2, 2011 at 10:54 AM
Salam Ramadhan wak,
Tak dan nak berbuka kat hotel wak, bonus takdok tahun ni...habis dimentekedaroh oleh puok2 b-end...takpolah wak makan dirumah pun Alhamdulillah dah...air tangan isteri adalah yg terbaik utk ambo wak...Takbirrrrr!