PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(2) Ramadhan 1432H - Buah kurma dan puasa ayam boleng !

Musim kurma datang lagi. Mulut saudagar kurma makin menguak luas dengan senyuman. Ada pria, ada juga wanita. Tapi kelmarin wak pilih beli kurma biasa-biasa saja. Timbang kilo, bukan kurma mahal-mahal tahap Alphard. Orang bilang itulah kurma yang digaul dengan gula India, merah pekat dan manis. Dijual sekilo RM6. Murahnyer. Jadilah..dan Alhamdulillah. Yang penting pahala 'sunat' makan kurma itu tetap sama nilainya di sisi Allah swt. Oh ya..!


Belum sampai rezeki wak nak berbuka dengan kurma RM60 sekilo. Malah ada yang cecah RM80 sekilo. Wak pandang lama digerai kurma di sebuah bazaar yg wak kunjungi kelmarin. Tapi pandang muka tokey jual kurma. Senyum kerana jualan kurmanya macam goreng pisang panas. Esok kan org nak mula puasa. Orang kampung umngok bilang, kalau takder kurma, mcm tak lengkap puasa ! Bukan aku kata, depa yg kata !



Kelmarin sembang dengan tokey ayam, harga ayam naik lagi. Tu pasal seketul ayam potong 8, usahawan bazaar Ramadhan akan jual RM5.00 seketul. Tak percaya, hangpa pi petang nanti. Murah bagi yang berpoket tebal. Tetapi terlalu mahal bagi rakyat yang hanya sekadar bergaji RM1,500 tetapi punya 6-7 orang anak yang masih bersekolah. Menteri 'ayam' tak mahu turun tinjau ker harga ayam ? Atau dok tengah pakat dengan tokey ayam, kira komisyen raya?



1 AUGUST 2011 | 2:27 AM

KUALA LUMPUR, Ogos – Jabatan Perangkaan mengumumkan bahawa indeks harga pengguna melonjak kepada 3.5 peratus dan apakah kesan sebenarnya kepada penduduk negara ini. Harian Malaysia meninjau harga barang-barang di seluruh negara bagi melihat bagaimana trend kenaikan harga barang itu berlaku.

Berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut, Kenaikan sebanyak 3.0 peratus dalam indeks harga pengguna disebabkan oleh kenaikan semua kumpulan utama dalam dalam indeks tersebut. Harga makanan di rumah yang mengalami kenaikan signifikan sehingga sekarang ialah:

Ayam Bersih – RM 8.50 kg
(standard)

Bawal Hitam
(Saiz Sederhana) – RM25.00 kg

Kembung Hitam/Hijau
(Saiz Sederhana) – RM15.00 kg

Kerisi
(Saiz Sederhana) – RM16.00 kg

Kacang Buncis – RM8.00 kg

Terung Panjang – RM8.00 kg

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |