PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Warga Felda dapat duit raya, indon-bangla pula boleh undi pilihanraya !

Kerajaan menerusi Felda memungggah duit raya untuk peneroka babitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta tahun ini. Wow !! Sakan orang Felda raya. Satu kepala boleh dapat antara RM200 - RM400, sakan laa hangpa belanja dan beraya naaa..! Kata Hassan Yahaya, 61, seorang warga Felda pemberian duit raya membuktikan kepada umum bahawa Felda tidak pernah bankrap. Sapa kata Felda nak bangkrap ? Yang bangkrap hanya Umno/BN saja..bangkrap 'pengundi'. Deposit 'pengundi' diseluruh negara semakin mengontang. Itu pasal kena hangkut bergoni-goni IC 'baru' untuk dijadikan pengundi Umno/BN - radens

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan. Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily. Malaysiakini mengeluarkan berita “PR Didaftar Sebagai Pengundi” pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.

Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR). Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :

Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.

(Kad MyKad Mismah pada sebelah petang selepas dibuat laporan pada sebelah paginya). Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai “Sedang Dalam Pameran Rang” seperti di bawah :

Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.


(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)

"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada “server” JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.- Harakahdaily

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara, SPR, UMno-BN diamkan diri, pekakkan telinga macam tak ada apa-apa yang berlaku.Mereka bersekongkol jual maruah negara demi untuk terus berkuasa.Bagi puak ni yang penting kuasa dan kesedapan terus membolot harta rakyat dan negara .Kedaulatan dan keselamatan negara nak lingkup itu tak perlu diutamakan.Yang penting depa terus dapat berkuasa hingga dunia kiamat.

Ketika umat Islam di Malaysia dicengkam dengan kenaikan harga barang dan makanan di bulan Ramadan ini terutamanya di Lembah Klang pihak kerajaan taghut Umno-Bn bagi IC percuma kepada warga asing macam bagi duit raya!

Ramai rakyat tempatan yang tak ada IC malah tak dapat bersekolah hanya kerana mak-bapak depa berkahwin di Selatan Thailand dan tak didaftarkan di Jabatan Agama Islam tempatan.Tapi warga asing senang-senang ja dapat IC! - sumber


5 comments:

  1. pokku(putrajaya) said...

    Ni kerja celaka wak dari puok2 celako...celako dan memang celako!xpasal2 dan mengundang kemarahan dibulan puasa ni...Allahuakhbar3!Semoga Allah Ampunkan dosa ini dan menjahanamkan kegiatan mereka!!!Takbirrrrr...

  2. roy said...

    PR org2 UMNO dgn warga Felda memang baik sekali.Byk sekali aktiviti diaorang buat. aku ank felda jugek. kalau aku kutuk Umno, memang nak cari gaduh dgn org2 tua kat sana. cuma anak2 diaorg byk yg penyokong pembangkang atau pengundi atas pagar. maklum la kita org duduk kat bandar2. Byk yang Baik kat dalam Umno, cuma yg buat taik pemimpin Umno je.

  3. otaklunyai said...

    Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha berkuasa. Diatas segala sifat Rahim MU dan kegagahan MU aku memohon agar negara kami dan rakyat yang tidak berdosa dilindungi dari fitnah dan kezaliman pemimpin2 kami yang zalim dan jahat ini dan mereka yag bersubahat menjayakan kejahatan ini. Sesungguhnya kami tidak berdaya melawan kezaliman dan kejahatan mereka yg disokong oleh penguasa yang zalim. Diatas keberkatan bulan yang mulia ini dan diatas ibadah puasa yang kami lakukan hanya kerana MU Ya Allah Kami memohon kepada MU Ya Allah supaya ditukarkan kerajaan ini dan pemimpin2 ini dgn mereka yang lebih baik yang akan membawa kepada keadilan dan kemakmuran agar dapat kami kyushuk dan tawadduk berinadat kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Tuhan yg maha Menghukum, hukumilah pemimpin2 yg zalim ini dan mereka yang bersubahat melakukan pengkhianatan ini supaya menjadi pengajaran.

    Hanya kepadaMu lah sebaik2 tempat kami berlindung... Amin Ya Rabbal Alamin

  4. otaklunyai said...

    Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha berkuasa. Diatas segala sifat Rahim MU dan kegagahan MU aku memohon agar negara kami dan rakyat yang tidak berdosa dilindungi dari fitnah dan kezaliman pemimpin2 kami yang zalim dan jahat ini dan mereka yag bersubahat menjayakan kejahatan ini. Sesungguhnya kami tidak berdaya melawan kezaliman dan kejahatan mereka yg disokong oleh penguasa yang zalim. Diatas keberkatan bulan yang mulia ini dan diatas ibadah puasa yang kami lakukan hanya kerana MU Ya Allah Kami memohon kepada MU Ya Allah supaya ditukarkan kerajaan ini dan pemimpin2 ini dgn mereka yang lebih baik yang akan membawa kepada keadilan dan kemakmuran agar dapat kami kyushuk dan tawadduk berinadat kepada Mu Ya Allah. Ya Allah Tuhan yg maha Menghukum, hukumilah pemimpin2 yg zalim ini dan mereka yang bersubahat melakukan pengkhianatan ini supaya menjadi pengajaran.

    Hanya kepadaMu lah sebaik2 tempat kami berlindung... Amin Ya Rabbal Alamin

  5. serenity9260 said...

    rakyat2 biasa die bagi antu raya(mek mah!!)

    1.Adik Mark Zuckerberg Keluar Dari Syarikat Facebook
    2.Robot Yang Boleh Berfikir Dan Berdikari(Video)
    3.Bahagian Yang Tak Sepatutnya Didemamkan Oleh Angry Birds!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |