PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Pra-PRU13 - Isu DUN Sg. Acheh - drama rebut kerusi paling goblok !

raden albanjari
Sunway Hotel, Seberang Jaya

Kisahnya, "10 April 2013 lalu, PAS telah membuat pengumuman akan nama calon untuk bertanding di kawasan DUN Sg. Acheh." 

Bukan igauan, tetapi itu perkara yang sangat benar berlaku. Kemuncak polemik kecelaruan yang sengaja didramakan ini, memaksa Bekas KM Pulau Pinang, meminta agar DSAI dan TGHH duduk dimeja penyelesaian. Puak UMNO dan BN, menyorak riang. Rakyat terbanyak sedikit sawan melihat drama yang semakin menjadi berat dan serius. Wall FB pencacai - semakin seronok menyorak bagai. 

Memetik dari apa yg dimuatkan di mukabuku, respon che'GuBard amat mudah, bilangnya " yang kita harus hadapi ialah regim BN, cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat " Itu katanya. Malah che'GuBard sedia dan akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. Malah che'GuBard meletakkan sepenuh kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. 

Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, bertanding bukan sasaran, beliau juga tak kisah jika takdirnya dan sgt bersedia menjadi jentera biasa membantu kemenangan Pakatan Rakyat. Itu rumusan yang dapat dikutip dari apa yg diluah oleh pejuang rakyat seperti che'gu Bard.  Luahan rasanya yang  berbaur sakit kecewa melihat kebangangan pemimpin yg semakin goblok laparkan kuasa. Hoi..! Cukup lah..drama Lahat Datu dan Sultan Sulu !

Sehingga artikel ringkas ini ditulis, belum ada penyelesaian diperolehi. Tetapi...jeng..jeng..jeng..drama berat ini akan diketahui endingnya lewat malam ini. Goblok-goblok politik sedang bersidang sekarang.  Pastikan esok muncul news yang bagus untuk setiap orang, bisa jadikan tambahan lauk kudapan selain nasi lemak dimeja makan. Jika ditanya sama PAS, apa pasal situ kerusi manyak goyang, nanti jawab PAS - tunggu kami habis meeting ini malam ...yeennadey..! Lu jangan kurang asam...boleh !! 

1 comments:

  1. Abihannan said...

    PASai apa dok berebut kerusi...rebut meja lagi besaq..apa2 pun mesyuarah dulu sebelum umumkan calon...jangan terlalu ghairah....banyak2 ingatkan ALLAH,beri pada yang layak selayaknya..ini amanah untuk dijaga bukan untuk mendabik dada...sewaktu zaman kita sentiasa kalah takda sapa nak berebut jadi calon...bila nampak nak menang jer dah mula berebut...satu lagi kitapun jangan terlalu mudah bagi calon pada orang baru "joint" depa tak melalui tarbiyah dan usrah langsung tau2 jadi calon,ini agak merbahaya....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |