PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Pra-PRU13 - Surahan Petang : KJ Berang ! Sokongan kepada BN semakin lumpuh

* Ulasan Petang - KJ berang ! Edaran leluasa klip video lucah terbaru membabitkan serangan fitnah zina pemimpin kanan PAS, sokongan awam kepada UMNO dan BN di seluruh negara merudum lebih 25%. 

Tinjauan rambang yang dibuat keatas pengundi bukan melayu pula memperlihatkan hanya 5% percaya, manakala 95% selebihnya menolak klip video zina yang dimainkan oleh blogger2 maya Umno di internet sekarang.

Olahan karya paling haprak itu benar-benar memberi impak kepada peluang BN untuk menakluk sokongan rakyat kepada BN ternyata silap hitung, dimana strategi salah yg dimainkan oleh blogger-blogger mayanya ternyata 'makan diri' sendiri. A!langkah cantiknya sekiranya KJ and the gang turun padang mencari dalang disebalik kerja kotor ini. Dalang perlu diburu, sebagaimana polis dan tentera memburu pengganas Sulu. Mampos Umno, mampos BN..!

Malaysian Insider melaporkan, Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian.


Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno.

“Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya.

“Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu,” kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini.

Khairy berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja.

“Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja. “Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja,” katanya lagi.

Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN.

“BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti.

“Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih.

“Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah,” katanya lagi.- ~ The Malaysian Insider

" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "

6 comments:

  1. Anonymous said...

    Ini angkara "BALING BATU SEMBUNYI TANGAN" Siapa yang bayar kerja kotor ini? Kerja ini sudah sininim nebgan BN. Tanya Madeey dan Sou Lek.

  2. Unknown said...

    Serangan peribadi yg paling keji serta lucah berputik sejak era Mahathir lagi. Najib cuba meniru tanpa disedari zaman maklumat di hujung jari, rakyat semua dah pintar menyanggah cara terkutuk BN. KJ tak boleh pertikai ini kerja org UMNO. Buktinya, blogger mencetus isu, media perdana dan TV menokok tambah, pemimpin dan penchachai memperbesarkan lagi isu termasuklah Mufti dan ulama UMNO. Sayang sekali, Mufti dan ulama menghalalkan perbuatan fitnah lucah termasuklah Tok Guru Dolah Saamah yg menyimpan klip video dalam FBnya. Mereka yg berilmu agama seperti mereka bukannya bekerja kerana Allah, tetapi jelas bertuhankan Najib.

  3. umno piaw said...

    Nk komen sikit..asik2 pemimpin pr sja ada video sek..org lelaki umno tk keras ker?gua tk suka politik lucah malu kt anak cucu cicit..nama saja islam tapi tkada ruhnya..klu betul pun dakwa la kt mahkamah..kpda yg terlibat taubat laa

  4. Anonymous said...

    Ini kerja Unit Media Baru umngok la ni... Itu pon nak cover...

  5. Romzi M Shah said...

    Cakap tapi buat .......

  6. Anonymous said...

    Politik bersih???? Indon dah di bagi My Kad Biru ko kata bersih???? Sapa yang bagi????

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |