Pra-PRU13 - Surahan Pagi ! Gelang Patah Putrajaya, BN makin gelabah !
radens albanjari
Sunway Seberang Jaya | 12.4.13 -
Pagi yang nyaman. Langit mendung. Tanda hujan mahu turun lagi. Andai hujan turun hari ini, bermakna akan basah semingguan akan datang. Hari ini kan hari Jumaat, hari orang-orang munafik paling tak gemar ke masjid. Yang faham..fahamlah, yang tak faham..sudahhh ! Apa ader hal ?
Sarapan ringkas aku pagi ini diterpa sapaan-sapaan rakan yang ada ku kenali, dan ada yg langsung tidak ku kenal. Bila warung dihurung manusia lapar, maka sesaklah dengan sosok tubuh berebut kerusi. Hei..ingat di DUN Sg. Acheh dan DUN Alor Pongsu saja ka berebut kerusi.., budaya melayu goblok...gemar berebut. Mungkin kalo tak berebut, tak seronok dan tak meriah..gitu ? Gila !
Apapun kisahnya, topik 'Surahan Wak' pagi ini bukan nak kisah hal berebut-rebut kerusi, mampuih pi la kat hangpa ! Aku nak bersurah tentang 'hebat'nya PAS yang berani melangkau ke hadapan. Menyepak terajang segala risiko demi berjuang untuk rakyat dari terus dizalimi oleh sang penguasa paling durjana di mukabumi ini.
Mengapa aku kata hebat, mai sini aku nak bersurah. Sallehuddin Ayub, wak tabik sama lu ! Lu memang ganteng. banjar bilang, kamu ini 'wanik' ! Kerana ke'wanian' kamu itu, kamu bisa saja senyum lebar sekarang. Kamu memang manusia yang pandang peluang yang bukan pandang kebiasaan. Apabila kamu pulang ke 'gagang', bermakna % undi orang muda kepada Pakatan Rakyat dan PAS semakin memuncak untuk tumbangkan BN dan Umno di Johor.
Hey..surahan ini belum habis bro ! Aku juga mahu bilang lagi dengan 'kewanian' kamu itu juga, memaksa orang paling kuat kecinaannya(bukan aku bilang, aku sampaikan saja..itu umno yang bilang), malah dia ini yang dilabel paling komunis oleh pencacai dan gerombolan umno goblok sudah ikut kamu ke Johor. Bila dia isytihar lawan BN di kerusi Parlimen Gelang Patah, 85% undi orang cina swing kepada Pakatan Rakyat. Tak hebat ker ?
Husam Musa, mahu saja aku bilang dia ini sangat strategis. Bila mandat diberi untuk tanding di kerusi Putrajaya, terus kamu melangkah gagah. Pencatur politik umno melihat kehadiran Husam di Putrajaya kini adalah 'musibah' besar kepada runtuhnya kekuasaan UmnoBN akan datang. Peratusan tinggi penjawat awam dan imigran dari Kelantan yg mendiami Putrajaya pasti solid beri undi untuk Husam. Ditunggangi pula dengan masalah dalaman dan salahlaku pemimpin umno sekarang, Putrajaya bisa saja jadi kudapan yg lazat buat Husam. Siapapun lawan Husam di Putrajaya, akan merasa bahang untuk kalah. Cemerlang sungguh caturannya..., kerna ini caturan politik untuk menang cantik !
Cukup dahulu sampai di sini 'Surahan Wak' pagi ini, esok kita cerita lagi..ada tugas lain yg mahu digalas...berjumpa semula dalam segmen 'Surahan Wak' pagi esok di sini. Ingat..PRU13, peluang terbaik untuk lenyapkan kekuasaan BN dan UMNO !
translations :
* wanik - berani | surah - kata | umno - najis
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
0 comments:
Post a Comment