Pra-PRU13 - Surahan Petang : Jangan sampai katak Behrang mengamuk !
12.4.13 | Sunway Seberang Jaya -
Kali terakhir aku bertembung dgn wajah kocok ini lewat 3 tahun lalu. Apa tidaknya..jika tak kocok, tak mungkin BN Perak sanggup jadikan ia antara 'bini-bini' yang ditatang penuh ketika merampas kuasa di Perak lewat 4 tahun dulu. Dari 3 bini yang disonglap terus dari PKR dan DAP oleh Umno ketika itu, bini berkulit gelap ini sangat dijaga makan minumnya. Cakap saja..apa yg ia mahu..pasti akan dikabulkan oleh Umno Perak. Hebat si-kocok ini dalam mengurus urusniaga politiknya dengan UmnoBN ketika itu.
Memang Cemerlang ! Dan Nizar pun jatuh tahta dari menjadi MB Perak seterusnya runtuh penguasaan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Itulah dia, Jamaluddin Mohd Radzi.., dari seorang posmen menjadi YB dan Exco.
Itu dulu. Tetapi kini beliau tak ubah seperti kain buruk. Seperti tidak dipedulikan lagi oleh UmnoBN Perak. Hasratnya untuk bertanding kerusi DUN Behrang atas tiket BN seperti menyalak bukit. Khidmat kamu sudah tidak diperlukan lagi. Terimalah nasib dan karma kamu. Biarpun Najib ada bilang, wakil Bebas boleh bertanding atas tiket BN, tetapi hanya untuk wakil Bebas seperti Katak Ali, dan Zul Kulim. Titik.
Dan kerana itu, Jamal jadi meroyan. Bini tengok pun jadi pening. Apa tidaknya..siap berpantun, seloka sekarang. Walaupun begitu, masih ada penyokong UmnoBN yang masih simpati seterusnya melobi agar katak behrang ini dibenarkan bertanding di N59. Atas dasar budi itulah maka terpacul kata-kata sinis menyindir Umno Negeri dalam berbagai versi. Aku suka versi ini, yang ku petik terus dari FB pencacai.
" kalau dia boleh bagi sebuah negeri pada kita...kenapa kita tak boleh bagi satu kerusi pada dia...lagi pun dia dah service kat situ....sanggup ke kita nak bertanding dgn org yg pernah menyelamat kan kita dulu? Yg pernah membela nasib kita...bela maruah kita...org yg dah berkorban utk kita...besar sangat ke permintaan dia berbanding dgn apa yg dia dah bagi kat kita....mustahil sangat ke permintaan dia utk kita tunai kan.... "
Hakikat yang terpaksa ditelan kini oleh beliau. Umno itu memang busuk ! Dan kerana itulah maka, hampir 3 ribu masyarakat dan pengundi DUN Behrang telah menandatangi memorandun sokongan kepada Jamaluddin Mohd Radzi bertanding pada PRU13 ini, dan sekiranya Barisan Nasional tidak memberi guna pakai lambang Barisan Nasional, beliau akan tanding atas tiket BEBAS. Penyokong beliau akan terus meningkatkan jumlah sokongan kepada 5 ribu, yang mana sekiranya beliau bertanding atas tiket BEBAS, maka undi BN akan hilang hampir 7 ribu di DUN Behrang. Bukan sikit tu !
Dan inilah cara sang kodok ber'niaga',
dan..ini juga cara katak ugut umno/BN,
ini ayat jelas bagitahu katak mintak duit,
ini bahasa katak bagitau sama najib, kalau tak mau katak bertanding, najib kena hulur RM (RM itu bukan rosmah mansor ok), ini juga satu isyarat sopan katak bertransformasi dengan najib, i hep u, u hep mi..! Hahaha...!
Mari kita lihat, UMNO-BN Perak ada telur atau tidak..bila kena ugut begitu. Sekarang..apa macam ?
Nota kata Surahan Petang ini, hayati apa yang dituliskan dibawah..dan cari kebenarannya bersama diruang komen ;
" jangan kita hairan jika kita lihat orang politik di saat sekarang mempunyai pelbagai watak terutama musim pilihan raya ini. Kita mungkin melihat mereka bagaikan wali yang suci dengan penuh tawaduk bersujud di depan khalayak ramai dan media. Mengukir senyuman sampai sengal pipi..."
"..jika penyakit gila kuasa bersarang dan menguasai salur darah dan nafas seseorang(pemimpin), apabila ketagihkan kuasa, mereka sanggup berbuat apa saja...asal kekal berkuasa, "
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
April 12, 2013 at 11:10 PM
Oooooh dah jadi kain buruk? Bukan kain kapan ke?
April 18, 2013 at 3:43 PM
Datang KL lah. Buka syarikat despatch. Gunakan pengalaman posmen tu sebaik mungkin
April 20, 2013 at 12:16 PM
kami org behrang nak yb jamal. kalau yb jamal x bertanding saya undi rosak je, lukis misai kat lambang dacing rusnah kassim, lukis gamba kondom kat lambang mata ikan jeneral besara . yb jamal 5 tahun servis tanpa sombong. yb bn hanya x sombong bila belum menang. yb pr lawan rasuah sebelum menang.