Saat ayah pergi buat selama-lamanya !
"..bulan ini, maka genap 10 tahun ! Noktah masa yang mengubah 360 darjah hidupku. Hidup yang mengenal bahawa kematian itu adalah satu yang pasti. Segalanya berlaku begitu pantas. Masihku ingat, bila imam qariahku mengajakku hadir solat jenazah lewat 10 tahun lalu. Mukaku lantas berubah. bagaimana sehhh..? Sedang aku ketika itu, langsung tidak pernah melakukannya ?, " - radens albanjari
Temui siri baru Aku dan Kematian setiap pagi khamis di blog albanjari online mulai 23 Jun 2011 ini. Pengalaman jujur lagi ikhlas penulis selama 10 tahun menjadi seorang jemaah yang tugasnya, menyolatkan jenazah sebelum dikuburkan. Siri ini mengantikan kisah Mayat dan Iktibar yang pernah disiarkan di blog ini suatu masa dahulu. Insyaallah.
Anak-anakku,
Selimuti tubuhku, karena aku sedang berjuang melawan sakaratul maut
Tutupkan kedua kelopak mataku, agar aku dapat tenang
dari derita hujung ajal sebagai manusia
Sungguh..ia teramat lelah untuk ayah menanti saat itu,
saatnya waktu menjemput aku ke alam yang membebaskanku
dari derita duniawi.
Anak-anakku,
Lelah dan kuatir bukan lagi dusta,
kerana sakitku kian bertambah-tambah,
aku tahu anak-anakku bisa menangis
di saat nyawaku dihujung masa.
Anak-anakku,
jangan kamu menangis sekadar berdusta,
bersama syabu untuk menikmat neraka
Oleh: radens albanjari
0 comments:
Post a Comment