PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Sembelih pelanggan - Gian Sotong kangkung ?

17 September lalu saya bersama isteri dan dua anak pergi ke medan selera di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selepas lama tidak makan di medan selera itu terasa rindu pula sebab sebulan berpuasa dan berhari raya. Sesampai saja kami di meja gerai laksa, kami diserbu oleh beberapa peniaga yang menawarkan makanan mereka.

Saya meminta laksa dan isteri pula meminta sotong kangkong, selepas laksa sampai saya terus membayar harga makanan dan minum. Apabila sotong kangkong yang dipesan sampai berserta sotong bakar yang tidak dipesan, isteri saya bertanya berapa harganya, namun kata peniaga itu ‘makanlah dulu’.

Selepas selesai makan dan dikira harganya berjumlah RM32. Terkejut beruk isteri saya. Sotong kangkong yang lebih banyak kangkong dari sotong dan sotong bakar yang hanya antara tujuh dan lapan keping saja tetapi begitu mahal harganya. Inilah dikatakan ‘kena sembelih’, selalunya harga antara RM8 ke RM12 saja. Kami bukan orang jauh cuma tinggal di Seberang Jaya, Pulau Pinang ini pun boleh terkena.

Saya berharap pihak berkuasa berkenaan datanglah ‘melawat’ peniaga di medan selera ini dan pada gerai yang tidak mempamerkan tanda harga, ambillah tindakan sepatutnya. Apapun, kepada semua pengunjung sama ada orang tempatan atau luar, berhati-hatilah dan jangan malu bertanya harga makanan yang mahu di pesan. Jangan terkena sembelih seperti keluarga saya.

SENYUM TAWAR,
Pulau Pinang

p/s: gambar di atas sekadar hiasan. Sumber blog SuaraHati - IHakim
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist / writer.


1 comments:

  1. Anonymous said...

    Jangankan sembelih pelanggan bang oooi. Warga emas pun kering-kering depa sembelih juga RM 100 tunai di Penang.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |