PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Apa khabar blogger Taiping Mali !

Sekadar (1) nostalgia Bukit Gantang. Long time we not talk-talk maa..!! Tahniah kerana TM sudah jadi blogger hebat sekarang. 


Amarah 1:
Sebelum subuh wak dah bangun, awal sungguh wak bangun pagi ini, balik saja dari masjid pagi tadi lepas pekena teh tarik dengan rakan jemaah, wak buka blog, wow! banyak posting sahabat yang wak lihat seperti penuh dan sarat dengan kemarahan dan sakit hati. Pada wak, marah dan terasa hati itu wajar, bila Trajedi Pokok Demokrasi di Ipoh kelmarin diingat semula. Dibawah wak ambil sebahagian dari keratan posting dari blog sahabat untuk paparan pagi di ABO..


fitnah, hasut ... semua ada..belasahan 1 [link]


ko tengok tu sikit punya gila... macam tak bertamadun je...., oooppss... Azalina yang cakap macam tu bukan aku yang cakap... ko tengok tu habis semua orang di rempuhnya, macam babi gila naik minyak...., yang aku heran si pencacai ko, ...polis raja di malaysia boleh pandang je... semua buat derk...je..., korang dah pakat dengan orang gila tu ke... atau...belasahan 2 [link]


99 orang polis cedera dalam perhimpunan depan suk tadi. Semua mereka cedera terkena maki hamun penyokong yang berhimpun.
44 orang cedera telinga kerana makian yang menghiris cuping telinga, 55 cedera teruk di dada kerana sakit hati dengan maki hamun tersebut. Itulah tanggapa saya hasil amaran ketua polis Perak yang akan mencari siapa yang memaki polis dalam perhimpunan...belasahan 3 [ link ]


Biarlah pokok hijau itu menjadi saksi keutuhan kita. Pemimpin yang sejati disokong oleh rakyat yang bersatu hati. Melayu, cina dan India, kami semua adalah rakyat yang sama. Kami tidak akan lari dari medan jihad kami. Ir Nizar pemimpin kami, sampai kami mati.
Biarlah pokok hijau dan hamparan rumput itu menjadi saksi di hadapan Allah. Kami bai’ahkan janji setia. Seperti mana bai’ah rasululullah dan para sahabatnya di sisi Hudaibiyah...belasah 4 [ link ]


Ingat kemarahan itu dan terasa hati hanya dikalangan blogger PR. Rupanya ada lagi yang lebih mengejutkan .Wak agak terkejut dengan seruan dari blog dibawah. Agak keras seruan itu. Dengan tajuk - penderhaka yang PERLU di bunuh. Berdasarkan kepada paparan visual blog itu yang mana memaparkan wajah DSAI, Lim Kit Siang, dan Nizar Jamaluddin. Bagi wak ia amat keterlaluan. Ia menyemai sifat gangsterisme dikalangan khalayak dengan memberi signal BUNUH sebagai penyelesaian masalah. Diharap pihak berkuasa dapat menasihati pengendali blog ini agar lebih beretika dalam menulis dan memaparkan isu lebih-lebih lagi yang melibatkan perkataan BUNUH !


seruan untuk membunuh [ link ]


Wak beritahu di sini, jika tuan blog itu tidak menarik artikel yang berbaur menghasut ini, dalam tempoh 24 jam, wak dan bloggersNetwork@Perak tidak teragak-agak untuk memfailkan satu laporan Polis pagi ini di Ipoh. Semua catatan dan kandungan blog ini telah dicopy sepenuhnya sebagai bukti dalam laporan Polis nanti untuk siasatan.


Bagi wak, apa pun pegangan politik dan fahaman kita, seruan BUNUH itu sangat tidak profesional, tidak beretika, dan rendah moral. Apakah dengan perlu BUNUH itu akan menyelesaikan sesuatu isu ? Malah jika dilihat dari pandangan islam sendiri, seruan itu sangat dimurkai oleh Allah swt. Sedih..blogger yang mendokong ketuanan melayu dan islam katanya,,menerbitkan posting sebegitu untuk bacaan khalayak blognya.



Mengelak Sengketa !
Seruan untuk membunuh yang tersiar di blog TaipingMali telah pun dipadamkan oleh pengendali blog tersebut. Ini bermakna pengendali blog itu mula sedar akan kesalahannya dimana tajuk artikel yang digunapakai olehnya memang berbaur hasutan yang sangat merbahaya dan boleh menganggu ketenteraman di pihak awam. Tajuk 'penderhaka yang PERLU di bunuh telah ditukarkan kepada 'Penderhaka yang perlu dihukum (klik).


Terima kasih kepada blogger TaipingMali yang berani bertanggungjawab diatas kesilapan beliau. Wak menghargai sikap yang ditunjukkan oleh blogger tersebut dan hal ini patut dicontohi oleh semua bloggers BPN, mahupun kepada bloggers di pihak yang menyokong Pakatan Rakyat, nampak ler sikit ada nilai-nilai profesionalisme dalam diri dan penulisannya. 8 jam sebelum berakhir tempoh beliau telah memadamkan tajuk artikel kepada yang lebih beretika.


Di bawah sebahagian dari artikel wak berkaitan hal serius tersebut.



Wak agak terkejut dengan seruan dari blog dibawah. Agak keras seruan itu. Dengan tajuk - penderhaka yang PERLU di bunuh.

Berdasarkan kepada paparan visual blog itu yang mana memaparkan wajah DSAI, Lim Kit Siang, dan Nizar Jamaluddin. Bagi wak ia amat keterlaluan.

Ia menyemai sifat gangsterisme dikalangan khalayak dengan memberi signal BUNUH sebagai penyelesaian masalah. Diharap pihak berkuasa dapat menasihati pengendali blog ini agar lebih beretika dalam menulis dan memaparkan isu lebih-lebih lagi yang melibatkan perkataan BUNUH !

artikel yang wak siar pagi tadi [ link ]

Wak beritahu di sini, jika tuan blog itu tidak menarik artikel yang berbaur menghasut ini, dalam tempoh 24 jam, wak dan bloggersNetwork@Perak tidak teragak-agak untuk memfailkan satu laporan Polis pagi ini di Ipoh.

Semua catatan dan kandungan blog ini telah dicopy sepenuhnya sebagai bukti dalam laporan Polis nanti untuk siasatan.

Bagi wak, apa pun pegangan politik dan fahaman kita, seruan BUNUH itu sangat tidak profesional, tidak beretika, dan rendah moral. Apakah dengan perlu BUNUH itu akan menyelesaikan sesuatu isu ?

Malah jika dilihat dari pandangan islam sendiri, seruan itu sangat dimurkai oleh Allah swt.

Sedih..blogger yang mendokong ketuanan melayu dan islam katanya,,menerbitkan posting sebegitu untuk bacaan khalayak blognya.



al-Banjari


Bagi wak, siapa pun kita, hatta seorang pemimpin ataupun siapa-siapa jua haruslah beretika ketika menulis, junjunglah sikap profesional dalam menulis, bukan main hentam saja, dan janganlah kerana mahu mengejar hits pengunjung atau untuk menjadi populis, kita meninggalkan norma-norma normal sebagai manusia sehingga terlepas pandang dengan apa yang ditulis, dan sanggup mengambil risiko dengan menulis artikel yang berbaur hasutan atau ugutan mahupun ancaman.


Juga janganlah kerana terdorong dengan emosi kita menjadi seorang yang bukan lagi orang, dengan meletakkan tulisan BUNUH kepada tulisan sendiri. Dengan pemutihan tajuk itu, wak menarik semula apa yang wak tuliskan pagi tadi untuk membuat laporan Polis.


Bagi wak, TaipingMali juga adalah salah seorang dari sahabat-sahabat wak di alam siber, tidak salah bagi wak menegur sahabat demi kebaikan, biarpun berlainan fahaman politik, namun InsyaAllah jika diizin Allah swt, andai wak berjumpa dengan blogger TaipingMali ini, pasti wak akan ajak beliau minum-minum bersama..!


Dibawah wak ambil sebahagian dari komen yang hadir di blog TaipingMali,



Bong Iz Muiz berkata...

ni dh kira hasutan bunuh ni.
tokey ISA mana?

Baginda Reformasi berkata...
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/03/28-zamry-vs-nizar-crisis-seruan.html
huhu habeh le hang.. hhaha

Dibawah jawapan TAIPINGMALI :

youtube tu semua orang PR yang buat. saya hanya menyediakannya semula. Ya, zaman kesultanan melaka penderhaka patut dibunuh. Sekarang kita ada mahkamah. gunakan mahkamah untuk menentukan keadilan.

Hormati mahkamah dan jangan mendahului mahkamah. Anwar boleh rampas kuasa , umno tak rampas kuasa, cuma 3 adun PR yang hilang kepercayaan. cuma orang PR yang tak percaya.

Anwar ingin membunuh karier politik 3 adun. Membunuh juga namanya. Nizar sudah dimatikan wattak sebagai MB. bunuh juga namanya. Sekarang Siva dan konco-konco berusaha untuk membunh dan mengkebumikan umno, bunuh juga namamnya. PR bunuh Umno dan talqinkan umno,, Berjaya?? tidak...juga..SSS blognya.



blog TaipingMali

wak..terus berjuang ! Takbirr !!

4 comments:

  1. Unknown said...

    Salam wak biasak lah tu.. Umno memang suka bunuh membunuh. Cuba terjah kembali sejarah lepas. Parti mana kuat membunuh jika Subjek mendatangkan trouble..

  2. Anonymous said...

    Wak,

    Minta siasat apa dah berlaku thdp kes yg telah di lapor kpd Polis masa prk Bukit Gantang. Kes dimana se orang gadis serikandi PKR telah di raba/ nodai secara beramai ramai olih orang tua- tua UMNO di pondok kecil gerakan UMNO/ BN di Changkat Jering.

    Perkara ini telah masuk media termasuk Tv tapi sampai sekarang macam di lupakan olih semua pihak.

    Perbuatan ini tidak bolih di lepaskan begitu saja, yg bersalah dipondok gerakan kecil itu perlu di hukum dan maruah gadia itu perlu di bela.

  3. matcatcibor said...

    salam semua,
    satu lagi blogger gerombolan dah kantoi! kecut telor kerana ditegur tak beretika dalam berblog. syabas wak!

  4. tukang kata said...

    TM tu nasib dia baik je pasai dia blogger B-end kalau dia tu blogger PR dah tentu si Hishamudin, Rais Yatim, malahan Zamri mugabe pun turut menggesa blogger ni diambil tindakan keras dok di ISA pun bole ma.Biasa la kalau Isarel tembak palestin.... melayu pulak mcm biasa la sendri mau ingat.......

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |