PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(5) PRK.N05 - Dasar Dajal..!

Umno akan menang dgn majoriti besar. Begitulah ayat skema Muhyiddin. Betul..tak disanggah lagi. Umno akan menang besar. Bukan setakat 5 ribu, 7 ribu majoriti pun Umno boleh dapat. Bila bunyinya demikian, warga Tenang akan 'makan besar', lebih besar makannya dari pesta 'hantu lapar'. 

Bawa saja politik 'ugut'dan duit. Modal paling ampuh. Baik di Bagan Pinang, Hulu Selangor, kini di Tenang, semuanya akan 'gembira'. Produk baru kempen Umno, Umi Habisdaa tu jangan lupa pulak angkut sekali ke Tenang..

Dasar 'dajal'...!!

tricky leaks - berjaga jaga ada musuh dalam selimut

prk tenang akan terus diwarnai bermacam macam jenis aneka benda yang tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas dibenak manusia. tiada lagi prk yg pengarah pendidikan negeri berkempen secara terbuka kepada umno. kasihan anak murid boss kepada cikgu sudah jadi kepala masuk air. umno dengan tradisi bertelinga pekak. 

senjata umno paling berkesan ialah segala macam isu yang dibuat oleh pembangkang tidak akan dijawab tetapi mereka mendiamkan diri seolah olah mereka tak terlibat. apa saja isu yang dimainkan oleh pembangkang hanya dipandang sepi oleh mereka. segala tindakan mereka mempunyai beribu tipu daya didalamnya. 

segala gerak geri mereka sekarang telah diatur bagi memudahkan pergerakkan umno memanipulasikan keadaan semasa rakyat waktu ini ditenang. yang mana melarat bertahun tahun akan dibantu, kempen secara menolong umno berkesan dihati rakyat. walaupun ditolong masa ini sahaja tapi mampu membuatkan umno boleh mengaut sebanyak mungkin undi balas budi. balas budi diterjemahkan dalam bentuk mengundi umno.

pas perlu bersiap sedia dengan segala tipuhelah dan strategi. pas kena pastikan mereka perlu selangkah dihadapan umno. masalah kekangan ekonomi masih menjadi satu daya pengukur satu parti. dalam menghadapi persaingan ekonomi, pas dilihat tak mampu menyediakan kewangan untuk menolong rakyat ditenang. 

umno mempunyai agensi kerajaan yang boleh memberikan apa saja yang diminta oleh pengundi kecuali pengundi mintak nyawa. kementerian kesihatan juga telah dipergunakan sebagai alat tambahan umno untuk memenangi hati pengundi di tenang. rawatan diberikan percuma. klinik 1malaysia atau klinik panadol kata member kampung aku berfungsi dengan baik. rawatan diberikan dan beserta dengan ubat menyakinkan pengundi bahawa umno begitu prihatin tentang kesihatan rakyat. 

kalau duduk ditenang terasa macam duduk disyurga apa terniat dan terdetik dihati pasti ada yang datang membantu. hebatkan. pas kalah dari sudut ini kerana kekurangan dana. yang datang berkempen pun pakai duit sendiri. lainlah blogger pas kelantan kalah dapat gaji beribu ribu. diraikan dihotel sambil mengutuk pemimpin. nak sujud syukurlah. nak lipat kuanglah. yang mata kelabu pun boleh jadi cerah kalau pasal mengutuk dan mencerca pemimpin pas. singa tua pun menyondol walaupun dah tiada gigi.

pas dalam usaha menawan tenang, sabotaj dari pihak sesama sendiri mulai kedengaran. siapa yang perlu buat keputusan disini menjadi tajuk pokok utama. semua mahu campur tangan. apakah pas perlu membiarkan keadaan ini berlangsung. tugas utama dibiarkan hanya bertekak pasal siapa yang mahu jadi ketua. disini pas adalah watak utama dan pembahagian tugas untuk watak pembantu perlu dikekalkan. pas perlu momentum besar untuk menang disini. 

yang menang akan mendapat laba yang kalah pasti mendapat sarang labah labah. umno disini masih lagi tidak mengamalkan budaya cas keting yang popular di kelantan, terengganu dan kedah. masih mahu umno menang walaupun menyimpan dendam. khianat mereka belum sampai mahu menjatuhkan umno. kesetiaan kepada parti belum tergugat. umno masih kukuh dihati mereka dan cakap apa saja pasti mereka memekakkan telinga.

pas perlu mengenal pasti siapa kawan siapa lawan diwaktu ini, ada kawan yang membekal maklumat dalaman pas kepada pihak musuh. dan aku yakin ada benda itu terjadi. cuma apakah benar ini terjadi. apakah pas membiarkan ini berlaku dalam masa yang genting. aku tengok banyak benda umno dah pulas strategi pas, bagaimana umno dapat mengetahui strategi pas. 

apakah susun atur keselamatan begitu longgar sehingga musuh boleh berubah watak menjadi ahli pas dan senang memperolehi maklumat dalaman. apakah pas sentiasa membenarkan dirinya diperalatkan oleh orang lain. strategi pas perlu ampuh waktu ini. jangan biarkan musuh tidur bersama kita dan diwaktu malam ada yang menjual maklumat pas kepada musuh dengan harga yang mahal. 

jarum musuh cuba memecah belah kepimpinan mulai kedengaran disana sini. hasut sana sini, laga sana sini. kenyataan bercanggah sampaikan dah tak tahu siapa yang betul siapa yang silap. sikap tak apa terus berlaku dalam pas. rel keretapi segamat menjadi saksi segalanya. selamat bertugas untuk bahagian keselamatan dichemplak, felda sunyi sekarang ada aje setiap masa aktiviti pemimpin bersama peneroka. kasihan peneroka dipaksa hadir dan dapat menikmati makanan free. betul ke free atau pakai duit peneroka jugak.

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |