PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Bloggers - Tulis untuk kebaikan

12 Safar 1432H | Ibnu Hasyim.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam. Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra dan dialog dengan bloggers di sebuah hotel dekat ini.

Majlis itu dikira berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan pengamal media alternatif khususnya. Turut berada di pentas terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan lima Exco Kerajaan Negeri; Datuk Husam Musa, Datuk Takiuddin Hassan, Wan Ubaidah Omar, Haji Abdullah Che Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan selaku penganjur majlis.

Sebelum itu Tuan Guru di dalam ucapannya menceritakan seawal 1967, beliau menceburkan diri di dalam bidang politik dengan kewajipan memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangan siasah selama ini. Menurutnya, dengan rasa kesedaran, kewajipan tinggi dan berada di dalam tanggungjawab itulah menyebabkan hasrat beliau untuk berundur diri, sehingga kini tidak dapat dilakukan.

Akhirnya, Tuan Guru menegaskan, tugas menyebarkan Islam bakal memasuki Syurga dan tidak melakukan kewajipan itu akan masuk Neraka. Sebaik Tuan Guru selesai berucap, majlis dibuka kepada penyertaan peserta yang terdiri daripada 200 bloggers yang berlegar seputar berbagai isu berbangkit dan semasa.

Antaranya blogger Ibnu Hasyim mengemukan cadangan supaya blog Pakatan pada hari ini yang agak tertinggal dari blog pro kerajaan, perlu diberi perhatian segera supaya mampu menyaingi serangan blog pro kerajaan yang agak semakin kuat berbanding selepas pilihan raya ke 12 yang lalu. 

Kelemahan-kelemahan blog Pakatan seperti penyatuan isu, penyelarasan gerak gempur, kekuatan kewangan, makin bertambah blog yang menarik diri dan sebagainya perlu di atasi segera jika Pakatan mahu menumbangkan kerajaan BN dalam PRU ke 13 akan datang. (IH)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |