PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Pertemuan Blogger PAS

16 Safar 1432H | Tarmizi Mat Jam..
Seramai 30 Blogger PAS dari seluruh negara hadir dalam satu pertemuan dengan dua Naib Presidennya, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar jam 3 petang di Kolej Islam Zulkifli Muhamad atau KUIZM, dekat Taman Melewar.

Pertemuan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat itu bertujuan mengerakkan kumpulan blogger PAS yang tegar, efisyen dan pantas dalam menerangkan dasar-dasar parti serta bijak menjawab balik tuduhan dan tohmahan musuh-musuh terhadap PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertindak sebagai moderator pertemuan tersebut yang antaranya dihadiri oleh Blogger CinaIslam, Sanggahtoksago dan ramai lagi. Majlis berakhir kira-kira jam 5 petang dengan beberapa resolusi yang perlu diambil tindakan segera.

Ia sebagai persediaan dan persiapan PAS menghadapi pilihan raya umum (PRU-13) yang dijangka seawal-awalnya pada bulan Jun ini. Salahuddin, Mahfuz dan Ustaz Idris berharap, kumpulan blogger PAS ini mampu memainkan peranan yang cekap dalam memasarkan idea dan pandangan PAS serta menangkis serangan pihak Umno-BN sepanjang masa.(STS)

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |