PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Al-Fatihah buat Blogger Sam Ahmad !

Aku terima khabar duka ini melalui Topeng Perak di fesbuknya tengahari tadi. Al-Fatihah buat Allahyarham Blogger Sam Ahmad yang juga Moderator Perak Ekspress. Berita ini jua dikongsi sama bersama Dr. Arbain Wahab, Anaz, Penglipur Lara, Alfa, Chor Sniper, TP yang wak hubungi dan mengesahkan kematian beliau. Alhamdulillah, urusan pengkebumian jenazah arwah sempurna dilakukan pada jam 11.30 pagi tadi. ALFATIHAH.

Catatan Ajijoi dibawah. Pagi ini saya menerima panggilan daripada Anas, membawakan berita pilu pemergian ke Rahmatullah seorang sahabat blogger yang sama-sama memburu berita di pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu.

Sam Ahmad atau nama sebenarnya Zulfikar Samsuri, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi dimajlis perkahwinan sahabatnya di Lenggong. 


Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak dan akan disemadikan sebelum Zohor hari ini. Allahyarham adalah antara blogger yang membangunkan UREKA dan Perak Express yang begitu aktif dalam alam maya.

Biarpun pengenalan antara kami singkat cuma, namun ada sesuatu yang masih membekam dikalbu akan kegigihan beliau biarpun dalam kepayahan menulis dan membina laman blog. Buat Allahyarham Zulfikar Samsuri @ Sam Ahmad, AL-FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat disisiNya.

Catatan yang dipetik daripada facebook Otai Manjung :

Perginya seorang sahabat penulis, Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.


4 comments:

  1. Jonmohamed said...

    Innalillah. Sam ahmad ni yg paralyze kena stroke dulu kan?

  2. Unknown said...

    Semuga rohnya dicucuri rahmat

  3. jkr said...

    Salam takziah daripada sekretariat Parlimen Bukit Gantang.Moga-moga rohnya ditempat bersama oran solihin dan beriman.

  4. mantaro said...

    Salam takziah.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |