PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Polis cari apa? versi TT

Macam drama. Filem pun ada juga. Sejak akhir-akhir ni rakyat diasak dengan macam-macam lakonan. Memang gempak gila..kalau setakat hantar surat kat Azmin guna 3 keter peronda..hebat ler ! Itu baru hantar surat bro! 

Kalau pi tangkap mau 1 balai sunyi sepi. Gimik terhebat. Betul kata TT, agaknya 1 keter dok depan tukang bunyi siren, yang di tengah tukang bawa surat, dan yang belakang, tukang suluh jalan. Takut sesat ! Gila kau..kalau sesat sapa nak jawab, surat tu untuk Azmin Ali..bukan Azmil Mustapha. Bunyi dekat sama dah tu ! Tak pasal-pasal sesat banat ke Syria plak !



3 KERETA POLIS KELILINGI RUMAH AZMIN UNTUK SERAH NOTIS – merdeka review

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut

Ketika dihubungi MerdekaReview, Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap.

Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    hadoii... brp banyakle duit rakyat yg hangus utk polis2 nih. claim minyak, claim milage, claim operasi, claim outstation. kot yer pun, banyak company Currier yg tersedia utk digunakan..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |