PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Jemputan 'kenduri' ini hanya untuk yang berani saja !

Ayuh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan. Kita hadir ke KL seramai mungkin pada 9 Julai ini, kita berarak dalam aman menuju ke istana negara. jangan takut untuk berkumpul. Ingat dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. " (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) - (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.." - apa lagi..sediakan duit dan semangat waja, kita turun ke jalanraya. Takbir !!




Gabungan pilihanraya bersih dan adil akan mengadakan 'kenduri' besar pada 9 Julai 2011 bulan depan. Sasaran hadir 'kenduri' kurang lebih 300 ribu. Itu jangkaan awal. Apapun dari ketakutan pemerintah terhadap majlis 'kenduri' ini, dijangkakan akan berlaku kehadiran besar yang mungkin mencecah 1 juta rakyat akan ke kuala lumpur. Ini bukan majlis 'kenduri' biasa. Ini kenduri rakyat untuk rakyat.

Hebat sungguh kenduri di Kuala Lumpur nanti. Rasa tidak sabar lagi ! Tapi hanya kepada mereka yang berani saja. Jika jiwa ala-ala bapak menteri auw-auw, elok saja duduk dirumah sama anak bini nonton sinetron. Faham ?

Perkasa bilang, kenduri itu 'perang'. Pekida kata itu kena tanya ayahnda, nak bawa parang atau sekadar duduk ber'sarang' ! Pemuda UMNO, KJnya bilang, hari tu boleh makan asam-asam ! Apa barang !! Maya Karin bukan ada ponn...!! 

Betul kaa..polis mahu tangkap blogger dan demonstran ? Ampunnn...!! Ya..ampun ! Asal baju kuning jer..habis kena libas. Gila !

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.

Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.

“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

Klik pada imej untuk saiz lebih besar 

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.

Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.

“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.

“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.

1 comments:

  1. Diyana said...

    truthfully, sy tak beratkan kepada mana-mana parti politik di malaysia ni, tp saya sangat x paham kenapa la kerajaan malaysia ni terrrrrrsangatla takut dgn perhimpunan rakyatnya....perhimpunan tu jd haram mcm mana? because diorng jugak yg tak approve. diorng x approve kenapa? psl diorng takut! kalo tgk negara eropah, diorng bley je buat perhimpunan,perarakan bagai nk protes psl gaji la psl kerja la....still diorng bley buat dengan aman....kenapa dkt malaysia ni tak bley wat camtu? kalo polis bg kerjasama, mmg bley jamin takkan jadi keganasan....keganasan xkan jadi tanpa provocation, itu aje.kalo yg terlibat tu hanyalah geng Bersih tanpa ada anasir2 luar yg nk buat onar (anasir luar=perkasa la kot?) for sure takkan diorng mengganas nyer...diorng nk mengganas dgn sape? pukul sesama sendiri ke ape? mmg nampak sngt dh pentadbiran malaysia ni penakut,tak nk hadapi kemahuan rakyat yg sebenarnya, walhal diorng berada di atas disebabkan rakyat, untuk berkhidmat kepada rakyat.....there's no hope for malaysian government la...itu aje yg bley dikatakan....sedih...sedih...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |