PANAS BERAPI - "gua mau cakap..ptuihhh sama itu 'islam', - bapa Ah Fat
" Ah Fat.., lu mari sini, lu dengar sini baik-baik.., gua tak pernah halang lu untuk menerima Islam, tapi.., bila lu terima (anut) Islam, lu buang gua punya nama..why? lu ingat lu punya mak suka-suka saja mau beranakkan lu..tanpa contribution oleh gua ?
Lu ingat tanpa gua..lu punya mak, boleh beranak kaa? Susah-susah gua bikin lu sama lu punya mak siang malam, bila lu 'masuk' islam, senang-senang lu buang gua punya nama. Gua bukan bapak lu kaa? Lu tanya sama itu olang kuat 'islam' sana..adakah Islam begitu kejam membuang ibu bapanya bila anaknya anut islam ?
Gua dengar..itu UMNO manyak koat dia punya 'islam', gua mau dia jawap untuk gua...! Kalo dia tak mau jawab, gua mau cakap..ptuihhh sama itu 'islam', " - bapa Ah Fat
Perlukah bapaku menjadi 'Abdullah' apabila aku menganut islam ?
Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?
Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.
Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".
Pada zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber "bin" kan "Abdullah". Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama sekali.
Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab "Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : "Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza. Abd al-Uzza bermaksud " hamba sembahan berhala". Jika dilihat nama datuk Nabi....bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah nama-nama ini kepada 'Abdullah" ? tidak sama sekali.
Firman Allah S.W.T :Maksudnya : "Panggilah anak-anak angkat itu ( dengan ber "bin" kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - ( Surah AL-AHZAB : 5 )
Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : "Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya."- ( Riwayat Al-Bukhari )
Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : " Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya"- ( Riwayat Al-Bukhari )
Dr Wahbah Az-Zuhaili : Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu : "Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan, sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.
"Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir menyebut : "Wajib mem "bin" kan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.
"Nabi Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya. Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.
Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal. (sumber - pemuda cheh blog)
June 24, 2011 at 11:10 AM
Laksaman ChengHo tak tukaq nama pun , apa nama Chan Ah Choy tak sah dlm islam ke ? JohnTrevor tak sah dalam Islam ke ? nak masuk Islam , bukan nak masuk melayu , masuk Arab ..
June 24, 2011 at 12:00 PM
owh,macam tuh
Ni best bro!!!
Gempak Aje : Cas Handset Dan Laptop Anda Dengan Hanya Menaip Atau Tap Pada Touchscreen!
Gempak Aje : Air Beracun Di Sungai,Laut Walau Loji Sekalipun Boleh Diminum Lepas Filter Dengan Filter Ini
Gempar Aje : Hacker Vs Hacker : LulzSec Dihack Kumpulan Teampoison
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!
June 24, 2011 at 9:30 PM
kt malaysia ni beragama hanya banyak penganutnya hanya islam disisi manusia sahaja tapi "jarang-jarang" yang mengikuti islam yang disarankan oleh Muhd SAW iaitu islam disisi ALLAH{innaddi naindallahil islam} renung_renungkanlah maksudnya dengan MATA HATI dan bukannya dengan MATA KEPALA...
June 27, 2011 at 3:11 PM
kat malaysia je kena tukar. tapi tak wjib pon tukar nama. sebab utk permudahka pemberian zakat. tapi kat malaysia masih boleh letak lagi nama bapak kalau makna nye elok. mcm my friend masih bon kan nama bapak nye.