PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

[18SX] : Blognovela Series (2) - Gila Janda Returned !

Karya Agung : albanjari
[..] 'nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..' Cilakak Tahir..dia tutup henpon la pulak ! Memang hati wak jadi gerutu bila Tahir suka-suka off henpon sepanjang malam percutian dia di Genting. Wak bukan nak ganggu depa. Wak cuma nak..isshh ! Tiba-tiba saja wak pulak yang berpeluh. 

Wak harap sangat, peluh yg menitik itu bukan peluh kerana cemburu. Tidak ! Oh ya..untuk pengetahuan, si Tahir ini seorang eksekutif di sebuah kilang di Sg. Petani. Wak mengenali Tahir secara tidak sengaja ketika wak berkunjung ke tempat kerjanya atas urusan kerja. Kebetulan ketika itu wak hadir sebagai Auditor (QC) berkaitan 1 kontena yg telah wak rejected kerana terlalu byk defect ditemui. Inilah masalah vendor, kilang yg Tahir bekerja, vendor yg mengeluarkan 'body part' juicy extractor utk kilang, tempat wak bekerja.

3 hari 2 malam rupanya si Tahir bercelapuk dengan si Mastura di Genting. Entah apa la ayat dan aksi yg dah mereka lakonkan. Cilakak ! dehem hati wak sensorang bila dok fikirkan akan 'aksi' iblis yang mungkin terjadi. Adoii..! Dunia akhir zaman. Balik saja dari holiday tu, Tahir terus menghubungi wak. Tetiba ajer henpon si Tahir dah jadi ok. Wow ! hebat betul permainan bapak orang ni !

'aku ingat henpon kau masuk air lagi..aku call asyik mesin ajer yg jawab' wak saja sindir. Dia bantai gelakk..kuat-kuat' pulak. Menambah bara dalam hati wak. Wak cakap, kau tak rasa dosa ker, tipu bini kau Tahir ? Aku rasa, kau mesti tipu bini kau power giler punya kan ! wak mula menduga. 'Aku nak tanya kau Tahir, kau serius ker dgn si Mastura tu ? Dulu kau kata, nak main-main ajer...ni dah jadi lain macam..ape hal ? aku nak kau jawab Tahir, ikhlas..! Tetiba wak jadi emosi. Biar Tahir tahu perasaan wak ketika itu.

Pasal wak pun rasa turut tanggung dosa sama. Tapi apa jawab si Tahir, ' kau tahu tak, memang power giler Mastura tu, gua cakap lu..'. Tahir jawab bangga. Wak kurang pasti, apa yg power giler sangat yg dimaksudkan oleh Tahir. Biarlah wak tidak tahu terus, dari wak juga rasa berdosa. Wak terus bertanya, ' Mana Mastura..?'. Tahir jawab semula, ' oh..dia dah takda dgn aku, dia dah balik ke rumah sewa dia kat Cherry Apartment tu..'. Hmmm..wak jawab dan komunikasi yg sedikit emosi itu terus terputus. Wak kecewa kerana banyak pertanyaan wak Tahir tak jawab.

Malam itu, wak online di chatroom, wak nak chat secara private dgn Mastura, Tahir dan Asmad. Apa hala hubungan gelap mereka bertiga ni. Ni dah jauh lari dari akujanji yg mereka cakapkan dulu kat wak. Wak masih ingat 7 bulan dulu, apa yang mereka cakapkan dan tulis tentang Mastura. Sekadar rakan biasa saja. Ahh..! Tapi sekarang dah nampak songsang. Entahlah..! Wak dah menjadi macam moderator depa plak.

Jam 10.50pm, nick Asmad tiba-tiba muncul di skrin, hmm..terus ajer wak 'private' Asmad. Sebenarnya wak jarang nak guna private window ni..wak lebih suka borak ramai-ramai. Tapi sebab kalbu wak dah jadi panas, wak kena korek jugak apa cerita sebenarnya.

Sungguh mengejutkan! Seperti kena tampar, pedihnya penampar tu wak rasa mungkin sama penamparnya si Gobala tampar Polis di Permatang Pasir dulu. Wak terkesima didepan skrin komputer bila Asmad nekad nak ceraikan bini dia kerana Mastura. Hoi..dah giler ker apa budak ni ! Rupa-rupanya dalam diam, Asmad pun dah jumpa Mastura, malah 1st. date mereka lebih awal berlangsung dari 1st. date Tahir itu hari. 

Jika Tahir memilih pesisir pantai Gurney Drive dan candle light dinner di Evergreen Laurel Hotel, Penang untuk 1st. datenya bersama Mastura, Asmad pula memilih Cameron Highland utk tujuan itu. Hebat sungguh jantan-jantan tonggong ni..wak pulak yg terkebelakang + out of dated.

Alasan kuat yg Asmad berikan untuk hidup bersama Mastura ialah kerana 'cinta'. Cinta tidak sengaja, katanya..! Hahaha..wak plak yg ketawa, cinta ker nafsu Asmad? wak tanya. Dia jawab selamba..dua-dua ! mangkaq punya answer ! Rupanya Asmad kalah dengan penangan janda top ni. 

Bagi wak, betul...wak akui, Mastura memang cukup 'getah' untuk membelit mana-mana jantan yg lemah iman. Lebih-lebih lagi jika mata dibawa melihat kemontokan dan gebunya kulit Mastura tu, Mastura tu kan satu spesis seksi macam Mas Idayu masa muda. So tak hairanlah..jika jantan nama Asmad ni boleh lentuk 360 darjah kepada Mastura.

Tepat jam 11.30pm, nick Mastura pula muncul di skrin. Wak terus tekan 'private'. Mastura okay saja. Dia sudi 'private'. Banyak yg wak nak tanya dengan Mastura ni. Bagi wak Mastura dah tak macam Mastura yg wak kenal sebelum ini. Mastura sebelum ini tidak senakal begini. Adakah jantan-jantan tonggong itu yang merasuk ajar benda salah kepada dia ? Wak lihat, teknik yg digunapakai betul2 teknik ' pandai makan, pandai simpan'.

Hebat sungguh godaan iblis untuk anak adam, walaupun iblis itu dikurniakan ekor yg pendeknya hanya sekitar 4-6 sentimeter, tapi libasannya buat manusia jadi lupa akan dosa dan anak bini. Dan itulah yg terjadi bila Mastura sudah tidak segan silu bercerita seronoknyer dia ketika bersama Tahir di Genting, sehingga tidur mereka lena sampai ke tengahari. 

Memang betullah, jika itu yg diucapkan oleh Mastura, maka benar bahwa telinga-telinga mereka berdua itu telah dikencingi oleh syaitan dan iblis. Kalau lah mereka berdua tahu betapa kencing syaitan itu cukup busuk lagi membusukkan, alangkah baiknyer..tetapi dalam keadaan diri dihimpit nafsu dan dilingkari iblis segalanya dirasa cukup enak dan lazat. Nauzubillah.

Apa yg lebih mengejutkan wak, Mastura memerlukan kedua-dua lelaki tonggong itu untuk hidupnya. Ini satu lagi punya giler. Gila sungguh ! Bagi Mastura, Asmad adalah bankers untuknya. Dengan status Asmad sebagai seorang Pengarah dan punya kilang di Bukit Kayu Hitam, cukup mengambarkan akan kemewahan hidupnya. 

Hidupnya pasti bahagia dengan nikmat duit ringgit Asmad. Lebih-lebih lagi ketika dirinya tidak lagi bekerja sebagai pramugari. Jika dulu, memang betul, Mastura mewah dgn duit, yelah..gaji pramugari kan tinggi lebih-lebih lagi jika rajin buat kerja lebih masa. RM4 ribu sebulan tu dah kira cukup biasa bagi dirinya sewaktu menjadi pramugari.

'Mastura, kau dah giler ker, mana boleh perempuan kahwin 2 lelaki dalam 1 masa ? Sunnah mana yg kau pakai..haa ? Wak jadi emosi bila Mastura jawab begitu, samada dia mahu menguji wak atau betul-betul, wak kurang pasti, tapi wak serius inginkan jawapan dari dia. Mastura ketawa..ini dapat wak lihat dari ikon yg keluar di skrin. Ikon kepala bulat warna kuning dok ketawa..kah..kah..kah. Cilakak !

'I dah maklumkan pada Asmad, jika betul dia sayangkan I dan nak I, dia kenalah lepaskan isteri dia, I bukan jenis perempuan yg suka kongsi kasih..' Mastura terus menulis. ' I nak Asmad ceraikan isteri dia, atau I akan pergi..jika Asmad tak mahu lepaskan isterinya, I tahu Asmad tidak akan dapat lupakan I..', sambil dihujung ayat tersembul 1 lagi ikon kepala bulat warna kuning sambil bersiul-siul riang. 

Wak jadi terkedu, apa resepi yang dah Mastura bagi sampai Asmad jadi bertambah tonggong dengan Mastura ! Goyang gerudi cap apa yang dah Mastura bagi kepada Asmad ? Jika jenis gelek 'gerudi' ala-ala di Peru, memang tumbang jantan dibuatnya. Patutlah Asmad berani cakap, dia nak ceraikan bini dia ! MasyaAllah..!

Lama juga wak ber'private' dengan Mastura, dan wak boleh katakan bahawa penjelasan yang diberi bukan dipengaruhi oleh alkohol. Real punya. Mastura nekad mahukan Asmad dan Tahir menjadi hero hidupnya. Anda dapat bayangkan betapa hebatnya Mastura kan ! Drama blognovela ini masih belum berakhir, masih jauh..yer masih jauh lagi.

(*) Tunggu siri-siri berikutnya yg lebih meremangkan jiwa dan kalbu pembaca yg membacanya. Sayugia nak ingatkan, blognovela ini tidak dijual dimana-mana kedai buku yer, original hanya di alBanjari Online. Selamat Tahun Baru 2012.  Tunggu siri ke-3 yang sedikit 18SX. Kanak-kanak dilarang membacanya yer..ingat !

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |