[18SX] : Blognovela Series (3) - Gila Janda Returned !
Karya Agung : albanjari
3 hari Tahir menghilangkan diri. Hilang jejak tanpa asap. Maka sudah 3 malam jugalah chatroom sunyi dari kelibat Tahir. Mana Tahir ? Jika sebelum ini Tahir tak pernah hilang begini lama, sejak dari petang tadi dah hampir 15 kali wak call henpon Tahir.
Namun, hanya suara mesin yg sudi jawab. Ofis Tahir juga wak telefon sama. Sejak dari cuti Tahir itu hari, Tahir masih belum bekerja rupanya. Jika dicampurkan cuti holiday di Genting, maknanya sudah hampir seminggu Tahir tiada di pejabat. Wak dapat rasa seperti ada yg tidak kena berlaku !
Malam itu, wak nekad pergi ke rumah Tahir. Jika nak difikir jarak tu memang jauh, Tahir tinggal di Kulim, sedangkan wak di Sg. Petani. Campur tolak, 45 minit juga baru sampai.Sampai saja depan rumah Tahir, terus wak beri salam tu pun agak lama juga baru salam wak dijawab, itupun dah 7-8 kali wak beri salam. Dah malam kan, yelah..wak tiba pun dah hampir jam 10, malam tu kena pulak rumah si Tahir ni, rumah dalam kampung, walaupun kedudukannya hampir dgn jalanraya.
'Waalaikum salam..', jawab 1 suara, yg wak kira suara itu datangnya dari suara anak Tahir. Kecil ajer suaranya. Setelah pintu dibuka, betullah apa yg wak sangka, anak Tahir yg berumur 4 tahun setengah yg jawab salam tu.
'Ayah ada ?' pendek saja soklan wak. Belum sempat pertanyaan wak dijawab, kedengaran suara dari dasar rumah, 'Aida..siapa tu ?..' Ada orang cari ayah la.., ibu!' jawab anak kecil Tahir. Fahamlah itu suara ibunya, isteri si Tahir. ' Beritahu kawan ayah tu, ayah kamu belum balik lagi, dia ada kursus di Langkawi, minggu depan baru dia ada..' habis saja suara dari dasar rumah itu, kedengaran suara anak kecil menangis.
Agaknya terganggu bunyi suara isteri Tahir yg agak kuat tadi, mungkin..! ' Kalau macam tu takpalah..pakcik balik dulu, oh ya..jika ayah balik nanti minta dia telefon pakcik..ya !' sebelum beredar, wak hulurkan sekeping kad nama wak untuk anaknya. Walaupun sebenarnya pemberian kad itu tidak perlu, kerana Tahir memang pun sudah tahu nombor mana yg patut dia hubungi wak, tetapi wak berikan juga. Dan malam itu wak tak online. Wak betul-betul marah. Tahir sudah menjadi manusia munafik, munafik kepada isterinya sendiri. Berbohong mungkin dah jadi makanan ruji Tahir hari-hari. Tonggong punya Tahir.
Tengahari itu..., 'Encik, ada panggilan masuk untuk encik !, boleh terima ? ' Khairulnisa, si receptionist minta kepastian. 'Ok..sambungkan panggilan tu, tapi dari siapa Nisa?'. Entahlah..tapi suara perempuan..'. ' Takpelah..sambungkan saja..'. ' Assalamualaikum encik, saya ni isteri Tahir.., encik ni ke yg datang malam semalam ?'. 'Oh ya..yer..yer, betullah tu puan, saya yg datang malam tu,..ada apa puan ?'. Pantas ajer wak jawab, sambil jantung wak deras berdegup.
'Encik, pagi tadi saya telefon pejabat Tahir, saya ingatkan encik ni rakan Tahir 1 pejabat, rupanya bukan, salah saya...kerana tak tengok kad nama yg encik bagi pada anak saya semalam, tapi belum sempat saya bertanya, kerani ofis pejabat Tahir pulak yg tanya saya, kerana Tahir dah 3 hari tak masuk pejabat, tapi saya beritahu, bukankah Tahir sekarang pergi kursus di Langkawi ? Kerani tu jawab, mana ada..! Ini yang buat saya rungsing sangat encik, saya keliru..dia ada hutang along ker encik ?
Aduhh..masalah besar ni. Gerutu hati wak, lama wak baru jawab..' Err..puan ! Macam ni, biar saya cuba hubungi rakan2 Tahir yg lain, mana tahu mereka tahu dimana Tahir berada..apa pun boleh puan tinggalkan nombor telefon puan untuk saya hubungi..?. Setelah mendapatkan nombor telefon isterinya, perbualan pada tengahari itu pun berakhir. Tahir..Tahir, kau ni Tahir ker Tahi ? hati wak dah mula nak mendidih. Nak marah Tahir 100% pun tak boleh juga, kerana wak pun rasa ada saham dosa juga dalam hal ini.
Berat masalah ni..hadoii..!! Macamana wak boleh janji dengan isteri Tahir tadi, wak mana tahu pun kawan2 si Tahir ni, adoi..! Lari dari sarang buaya, masuk kandang gajah...! mampuih aku.
Petang tu, balik saja dari ofis, wak terus ke Steamboat Terrace, Cinta Sayang Country Resort. Ada temu janji wak dengan Mr. Kim, R&D Director, Seoul Metal Co. Ltd, dari Korea. Ketika wak tiba, Mr. Kim dah pun ada di lobi, ada gadis bermuka cina disebelahnya. Mungkin seketarinya. Tapi mustahil, jika itu seketarinya tentulah wajah gadis itu wajah orang Korea yang putih pucat. Ini tidakk..! wajahnya putih kemerahan dengan skirt paras peha yg terbelah di tepi, dengan t'shirt Gucci bermanik mutiara yg jelas ketat dan sendat.
안녕하세요. 만나서 반갑습니다. 저는 빌 스미스라고 해요.
Annyeong-haseyo. Mannaseo ban-gapsseumnida. Mr. Amar-rago haeyo.
Apa kabar. Gembira sekali dapat bertemu dengan tuan. Saya Amar !) Wak memulakan bicara.
여보세요.
Yeoboseyo. Annyong hashimnikka? Ch’oum poepgetsumnida..감사합니다. Gamsaham-nida.' Pantas saja Mr. Kim menjawabnya sambil mengoncang tangan wak ketika bersalaman 2-3 kali.
천만에요.
Cheonmaneyo. ! Arr..Yeongeorul malsum halsu isseoyo? Wak cuba menduga samada Mr. Kim boleh berbahasa Inggeris. Agak mudah sikit jika perbualan ini dapat dimudahkan, ini kerana bukan wak tak mampu berbahasa Korea, tapi jika dalam bahasa Inggeris kan ker lebih mudah.
네, 참 마음에 들어요. 수고 하셨어요.
Ne, cham maeume deureoyo. Sugo hasyeosseoyo..! Jawab Mr. Kim sambil tersenyum. Fuhh ! Lega giler wak, lagipun katanya dia tak ada masalah, kerana hampir 7 tahun beliau berada di US atas urusan kerja so berbahsa Inggeris tidak menjadi halangan besar untuk nya.
Hampir 2 jam wak bersama Mr. Kim di meja makan. Itulah zaman Jahiliyyah wak, azan Maghrib pun entah kemana ketika itu. Sedar-sedara jam ditangan dah hampir menunjukkan angka 9 malam. Sah ! Maghrib wak terlepas lagi. Konpem. Itulah wak ketika itu. Wak dapat lihat Mr. Kim cukup gembira, malah selera sungguh Mr. Kim makan, malam itu, sehingga mulutnya tak habis-habis mengucapkan 진수성찬이군요...정말 맛있네요. [ Jinsuseongchanigunyo..Jeongmal masinneyo ].
Walaupun pedas kuah tomyam tetap diratahnya juga. Dalam asyik melayan bicara Mr. Kim yg kadangkala dalam bahasa Inggeris dan Korea itu, mata wak terpandang kepada sesusuk tubuh sedang masuk ke ruang lobi, betul2 dihadapan tempat kami makan. ' Tahir ?'. Ye..itu Tahir.Memang tak salah lagi. Cilakak ! Kat sini pulak dia bercelapuk. Tapi tak pula wak lihat ada perempuan. Jelas dia sendirian saja, sambil duduk di sofa bersama kepulan asap rokok yg sarat berkepulan keluar dari mulutnya.
Setelah selesai membayar bil, urusan bersama Mr. Kim akan dipanjangkan melalui lawatan beliau pula esoknya ke kilang tempat kerja wak, ini kerana Ahli Lembaga Pengarah memerlukan kepakaran dari syarikatnya yg memang pakar dlm membangunkan 'mould'. Sebelum berpisah, wak bertanyakan di hotel mana Mr. Kim menginap, agar mudah bagi pemandu syarikat menjemputnya, rupanya beliau menginap di Cinta Sayang juga.
일주일 정도 있을 거예요.
Iljjuil jeongdo isseul kkeoyeyo..! Itulah jawapan pendek yg keluar dari mulut Kim apabila wak bertanya berapa lama beliau akan berada di Malaysia. Hmm..lunyai ler budak cina tu dikerjakan dgn si ginseng Korea ni kalau dah seminggu katanya dia di sini. Kepada yg pernah pekena Royal Ginseng Korea (kotak merah ) tu tahulah penanggannya..bukan setakat keras beb ! lebih dari itu..viagra pun kalah ! Wak dah minum, wak tahu ler..! Hmm..so ape citer si Tahir ni..! Tunggu siri 4 yg berikutnya. Lebih panas, sepanas penangan royal ginseng korea !
Bersambung..!
December 30, 2011 at 3:40 PM
Apeke benda dalam bahasa korea tu wak?
December 30, 2011 at 7:06 PM
lu tulis buat buku lagi baik wak..ini asyik sambung2..
December 30, 2011 at 9:57 PM
Juragan - agak lu ada org yg minat nak beli ker kalau wak tulis buku..mcm mimpi ngeri jerk..huhuhu!