[18SX] : Blognovela Series (4) - Gila Janda Returned !
Karya Agung : alBanjari
Seusai majlis makan malam itu, wak dan Kim turun bersama dari restoran itu ke ruang lobi, nampaknya Tahir langsung tidak menyedari adanya wak ketika itu. Baguslah.
Mungkin Tahir terlalu khusyuk dan asyik agaknya melayan angaunya. Biarkan. Biarkan Tahir disitu melayan tonggongnya.
Setelah keluar dari lobi, wak terus menuju ke kaunter 'check in' CS resort yg jaraknya hanya kira-kira 15 meter dari restoren itu tadi.
Nampaknya strategi wak memerangkap Tahir berhasil. Wak mendapat penuh kerjasama dari receiptions counter itu bagi mendapatkan nombor bilik yg dihuni oleh Tahir. Yer...bilik nombor 69, Bungalow B, mengadap dengan kolam renang. Bukan kerja gila, wak nak terjah bilik Tahir. Tidak..tetapi ada strategi sedang diaturkan.
Ketika memandu pulang, wak menghubungi telefon rumah Tahir di Kulim, namun tiada berjawab. 4-5 kali juga wak cuba, namun tetap tidak berjawab. 'kemana pulak isteri si Tahir ni..'. 'Isshh..'. getus hati wak bila terasa tidak sedap rasa. 'mungkin dah tidur agaknya..tapi ?? tak kan dah tidur kot, awal sgt laa, lagipun jam belum pun menunjukkkan 10.30 malam.
Belum pun sampai ke rumah, tiba-tiba henpon wak menerima 1 pesanan suara. Dulu mana ada sms lagi beb ! Pesanan masuk itu rupanya dari isteri Tahir, dia dalam perjalanan balik ke rumah ibubapanya di Jitra. Kebetulan pesanan itu wak terima dari nombor 010. Yes..nombor henfon ni , tapi henfon sapa plak yg dipakainyer..! Sedikit musykhil. Namun jari wak laju saja tekan butang henfon dail nombor tersebut, dan panggilan itu berjaya, tetapi dijawab oleh suara lelaki. Agak bising kedengarannya, bising bunyi desir angin..hmm ! ' arr..boleh saya bercakap dengan Puan Tahir ? selepas wak perkenalkan siapa diri wak, henfon bertukar tgn bila suara perempuan pula yg menjawabnya, yer..sah, itu suara Puan Tahir. Namun ada sedikit berubah dari suara Puan Tahir yg wak dengar siang tadi. Berbeza sungguh.
'Puan, Alhamdulillah..saya sudah jumpa Tahir, suami puan ! Maksud saya, saya sudah jumpa dimana perginya Tahir..dan dimana dia tinggal sekarang', rupa-rupanya Puan Tahir ketika menjawab panggilan itu, kenderaan mereka baru saja melepasi plaza tol Sg. Dua menuju ke Jitra, bersama adik lelakinya. Oleh kerana percakapan yg sering putus-putus, Puan Tahir dan adik lelakinya bersetuju untuk berhenti di Sg. Petani, itu saja cara yg ada kerana liputan 010 yg tidak begitu baik liputannya ketika itu, yelah..teknologi yg masih baru di Malaysia, tak semua tempat boleh guna henfon, lagipun applikasi analog sedikit menganggu perbualan., banyak bunyi angin yg keluar dari bunyi suara.
Dan wak menunggu mereka di perkarangan letak kereta Parkson berhampiran plaza tol Sg. Petani Selatan, dan memang kebetulan pun 1 jalan menuju ke rumah sewa wak di Taman Sejati. 30 minit kemudian, sebuah Proton Saga merah edisi awal, memasuki tempat parkir, seperti yg dijanjikan. Dan itulah mereka. Sendat saja wak lihat dalam kereta tu. Semua anak-anak Tahir ada di dalam. Sambil memangku anak kecilnya yg berusia 4 bulan lebih yg masih lena, Puan Tahir keluar diikuti oleh adik lelakinya di belakang.
Hadoii..punya la lawa bini kau Tahir, memang ler bini kau tak seseksi Mastura, tapi kalau dah macam ni pun..dah kira bertuah ler ! Nak kira montok tu, montok ler jugak, nak kata tak bergaya..pada wak, masih sedap mata memandang ! Hehehe..' bisik wak sensorang dalam hati.
Hampir 20 minit juga wak berbual dgn Puan Tahir, jelas sungguh wak lihat bengkak mata Puan Tahir, mungkin kerana lama menangis agaknya. Banyak juga kisah tentang Tahir yg wak tak tahu diceritakan oleh Puan Tahir kepada wak malam itu. Tapi bukanlah kisah dalam kain Tahir, takkk..hal lain. Tak 18SX pun !
Dipendekkan cerita, beberapa plan disetujui diambil pada malam itu juga. Namun 1 perkara, wak tak mahu terlibat secara langsung dalam plan ini. Biarlah Tahir terus tidak tahu bahawa plan malam itu bukan didalangi oleh wak, walaupun sejujurnya 100% plan itu datangnya dari kepala otak wak. Malah wak juga menolak permintaan Puan Tahir untuk turut serta bersama mereka. Biarlah mereka menyelesaikannya secara laki-bini. Satu perkara yg wak rahsiakan dari pengetahuan isteri Tahir ialah, tentang cerita giler Tahir bersama Mastura di Genting ! Itu 'clue'. Kalau wak beritahu, nampak sangat wak menempah nahas, kerana hanya wak saja yg tahu cerita mereka selain dari Mastura dan Tahir. Setelah selesai semuanya, wak mohon izin untuk bergerak pulang, lagipun jam dah hampir 11.30 malam.
Malam itu wak online agak lewat juga. Jam 1 pagi baru join 'warung'. Hmm..betullah..belangkas 'warung' dah ada, selain dari chatter lain yg beraneka nick. Suasana 'warung' malam itu sedikit kelat. Tak ramai yg nak chat secara public. Kebanyakkannya 'menyelam' sambil hanyut dibawa badai perasaan yg entah haper-haper. Termasuklah 'belangkas warung'. Ketika leka berbual di public dgn chatter-chatter lain yg keluar masuk, tiba-tiba Mastura menyapa wak dari window 'private chat',. Wak 'accept' permintaan itu. Nah...wak pulak yang 'menyelam'..ceh !
Dari chatting malam itu, Mastura nampaknya cukup serius untuk mendapatkan Asmad dengan apa cara sekali pun. Dia nekad. Rupanya mereka telahpun terlanjur ketika mengharung berahi 1st. date di Cameron Highland. Asmad tewas dengan iblis. Mastura juga begitu. Dia kalah dengan gelora nafsunya yang memang telah lama 'gersang'. Sudah menjadi rukun iblis, memang itulah misi yg iblis galas pun untuk mengumpul kaum utk bersama melanggar larangan Tuhan. Nama pun dah iblis. Pengakuan Mastura itu benar-benar mengejutkan wak. Malah apa yang lebih mengejutkan, malam tadi juga dia keluar bersama Asmad dan mereka terlanjur lagi. Hotel mana mereka bercelapak, melayan berahi, tak pulak wak tanya. Jika ditanya pun Mastura tidak akan beritahu. Betullah, motto yg mereka guna ' pandai makan, pandai simpan'.
Bila wak ajukan pertanyaan tentang Tahir pula, bagaimana pula hubungannya ? Mastura dengan penuh seronok menulis, memaklumkan bahawa dia juga memerlukan Tahir sebagai 'rakan istimewa - teman tapi mesra'. ' U nak tau, kik..kik...kik..., (ikon gatal pun keluar di skrin), antara Asmad dan Tahir, Tahir lagi best tauu..(diikuti lagi dgn 1 lagi ikon botak yg tunjuk jelir lidah keluar) cilakak..Sejauhmana 'mesra'nya mereka wak belum tahu. Wak bukan seorang 'pendesak'. Dan chat malam itu wak closing pad jam 2.30 pagi. Wak perlu tidur..esok kan ada 'guess' nak dtg ke kilang. Fikiran jadi serabut.
Awal pagi, lebih kurang pukul 6.30 pagi, wak dikejutkan dengan deringan henfon..' Encik Amar ke ni ! Ini saya..isteri Tahir..belum apa-apa lagi terdengar suara esak tangisan di corong henfon yg cukup hiba..[*] - bersambung lagi, Nantikan siri 5 pulak yer ! Just wait for a few hours 2012 countdown !!
0 comments:
Post a Comment