PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

ABOagro (Siri 3) - Awas ! ini posting yang sangat 'belagak' !!

Wak Kebun albanjari
29.12.11 | Tanah Kebun

Sejak 2 bulan lalu, wak tiba-tiba jadi suka berkebun. Satu bidang part time yg sebelum ini tak pernah wak lakukan. Alhamdulillah, setelah lebih 2 bulan, kini perkebunan wak sudah menerbitkan hasil dan 'budi'nya. Sebagai seorang pekebun part time yang 'sedor diri', maka wak mulakan dengan menanam beberapa belas biji benih kacang panjang, berpuluh-puluh biji benih sawi, petola, timun, honey dew, juga beratus-ratus benih salad, kucai, sawi putih, kacang buncis dengan harapan sekitar rumah wak yg wak baru tinggal ini bisa jadi 'pasar mini' tesco, kononnya.

Atas dasar pekebun yang 'sedor diri' itulah, maka wak yakin bukan semua yg wak tanam akan tumbuh subur dan berbuah. Maka benarlah apa yg wak fikirkan dibenak hati selama ini. Rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang pekebun part time yg gemilang, cemerlang dan terbilang. Kadang timbul juga rasa dihati wak, mana senang yer..antara nak jadi pekebun sayur atau jadi 'gembala' lembu feedlot.

Dan inilah keputusan hasil perkebunan wak selama 2 bulan :
1. Petola
Daripada 4 pokok yang ditanam, 1 hidup subur, 2 lagi tunggu nak mamposs ! Macam-macam baja dah wak taburkan, tapi dok degil tak mau besar-besar. Hairan sungguh wak ! Tanah 'keras' ker? Tak mungkin..bro, tak mungkin ada kampung 'bunian' diatas tapak tanaman tu ! Yakin sungguh wak..! Atau nak wak bawa pokok petola yang 'demam' tak kebah ni ke hospital Parit Buntar ker haa ? 


Maaf foto diatas bukan pokok timun, tetapi petola..silap label bro !


Buah petola sulung telah pun diberanakkan oleh pokok pertama ini. Wak harap buah petola sulung ini sihat dan enak dimakan. Pesan wak kepada pokok petola, hang jgn macam-macam plak bila dah berbuah sulung ni, jangan nak ngidam itu ini..faham ! 


Sayur petola ni kalau dibuat masak lemak cili api, memang sangatlah sodap dan boleh mengancam gugat kerajaan umnuu..hang tau dak bro ? Misi memetik buah petola sulung 2 minggu dari sekarang. Wak tengah 'semangat' nih..huhuhu !!


2. Pokok Bendi


Hidup subur. Itupun selepas wak taburkan baja urea keliling pokok. Daripada 18 pokok, 7 mati lemas termakan lebih baja. Nasib hang la pokok ! 


Tapi kepada pokok bendi yang sihat, wak tabik spring kerana kamu-kamu adalah panglima-panglima 'bendi' yang hebat, tak macam pangludah umnuu..yg hanya berani ludah dlm youtube itu hari. 


Oleh kerana kamu-kamu semua hidup subur, wak janji nanti bila kamu sudah mengeluarkan buah, wak akan belanja kamu 'pizza' sorang sikit ! betul..wak janji ni !!


Catatan : pokok bendi yang wak tanam ini masih belum mengeluarkan bunga dan buah, wak harap musim hujan dan sejuk sekarang, mampu merangsang aktiviti seks pokok bendi agar lebih aktif. Ker hangpa nak wak sembur dengan PLPlus Tongkat Ali haa ??

3. Kacang Panjang

Daripada deretan pokok sayur yang wak tanam, wak teruja sungguh dengan pokok kacang panjang ini. Low mentainance sungguh. Nak ikut ingat wak, wak bagi kamu baja, ada la sekali..tu pun baja pokok bunga kertas. Hahaha ! 


Walaupun kamu hanya sedut baja bunga kertas (buoegainville) tapi semangat kamu nak cepat besar memang dahsyat, lu ni ada tengok youtube Adam Adli kaa haa ? Lain macam bro !!

Dan daripada semangat yg ditunjukkan oleh pokok kacang panjang ini, maka kelmarin..telah menyebabkan wak terpaksa petik 3 urat kacang daripada batang lu untuk wak serahkan kepada bikmama wak, untuk masak kari udang dengan kacang panjang, hasilan sulung kacang yang kau beranakkan tu ! Sumpah..!! manis dan enak bangat !!  


Maklumlah wak ni kan bukan seorang yg kejam @ pekebun yang suka racun pokok sendiri. Kerana tanpa racunlah, maka hasilan kacang yg kau beranakkan tu cukup enak dimakan. Tak macam kacang panjang yg dijual di pasar basah tiap pagi.  

Dan foto dibawah wak didikasikan kepada bapak radenjowo yang dulu pernah mahu jadi pekebun jadi-jadian tapi terhempas di tengah jalan, amacam bro..kacang panjang wak ni, boleh mengegarkan banglo si jamil khir tu kaa haa? Kih..kih..kih..!!




Nah..masak sudaaa...kari kacang panjang wak !! Yurk..!!


4. Tanaman yang lain wak akan paparkan dalam siri akan datang. Tentang apa kesudahannya !! Sabar yaa !!

Nasihat wak kepada pembaca, jika kamu mahu rasa enak dan sedapnya kacang panjang, tanamlah sendiri jangan bagi cina cameron highland atau ipoh tolong tanamkan, pasal apa..? google sendirik. 

Untuk meneruskan legasi perkebunan wak, dan tidak gentar dengan ancaman umnuu kata nak menang PRU13 nanti, maka wak dengan penuh 'sedor diri' telah menambah beberapa koleksi tanaman sayur lagi seperti kangkung, kobis, tembikai dan jagung manis. Dahsyat kan kenkawan !! Jiwa mesti mau kental bro..baru Adam Adli ! Bukan macam Pangludah..eksyen saja lebih, tetek bini pun tak mampu nak tutup !! Apa barangg ??

Tunggu minggu depan, mana tahu ada hidangan tersyiok untuk dibaca pembaca di ruangan ABOagro siri seterusnya. Sebelum wak undur diri, hayatilah terjemahan ayat al-Quran dari Surah Al-Baqarah ini untuk dimuhasabahkan bersama. Yurk !! Jumpa lagi..!!
Hai manusia, sembahlah Rabb-mu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. (QS. 2:21)

Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (QS. 2:22)  :  surah Al-Baqarah

3 comments:

  1. C++ said...

    Bhai Albanjari...

    Pergh... sodapnyer kari udang.... terliur gua... macam haram jer promo dalam blog sampai gua terkecur air liur..... hahaha...

    Tak aci... lain kali bagilah skit... hahaha

  2. radens albanjari said...

    hahaha..C++, yang jadik nampak lagi sodap tu teknik photography tu bro..kena pulok dgn kacang ori tanam sendirik..sesekali kasi lemas kawan2 tengok ler bro..! kih..kih..kih !!

  3. wartamaya said...

    Hehehe .. !!!
    Yang mentah tu simpan, yang dah masak tu hantaq mai ... !

    Wakakak !!!

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |