PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

BERAPI - Asmuni Awi berang, petugas culas kerja ?





PETUGAS PAS CULAS ?
Kita diberitahu petugas kita yang bertugas di Dun Muara Tuang, terdapat petugas PAS dari Perak yang tidak melaksanakan amanah dengan baik. Terdapat mereka yang suka pusing-pusing Sarawak dan makan angin. Mereka amat kedekut tenaga untuk bertugas semaksima yang boleh.

Kita diberitahu teman-teman, Hj Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya Perak, amat marah kerana petugas yang sepatutnya mengedar,topi, banner dan poster tidak berbuat seperti yang diarah. Topi dan banner misalnya masih berlonggok banyak tidak diedar.

Malang sekali petugas tadi tidak menjawab panggilan telefon dan SMS, Pengarah JPN Hj Asmuni Awi itu, di saat kita bertempur dengan musuh BN.

Jika betullah seperti apa yang berlaku,mereka ini dilain kali jangan dihantar oleh kawasan atau negeri ke mana-mana pilihanraya pun. Kita juga diberitahu mereka yang culas tenaga itu menghantar SMS mohon derma daripada sahabat-sahabat tanpa melalui organisasi yang betul.

Mungkin ini sebab-sebab di Dun Muara Tuang, Allah s.w.t belum memberi kita kemenangan kerana terdapat segelintir petugas kita yang tidak berjuang bersungguh-sungguh. (sumber-sisibukit) | Foto - Paeh

4 comments:

  1. Anonymous said...

    Rasanya bukan salah petugas...bukan masalahnya topi, banner, poster dan sebagainya tidak dapat di edar dan berlonggok di store....masalah nya tiada sapa yg sudi nak menerimanya....mungkin kalau di campakkan ke sungai batang lupar pun...buaya sarawak juga tak hingin nak sapu...

  2. Zul Kuala Kangsar said...

    Salam Wak,

    Gua dengar di PRK Bukit Gantang dulu Asmuni Awi tak nak serah bahan pilihanraya selagi bayaran tak dijelaskan. Mungkin petugas Perak belajar dari Asmuni kot?

    Idham Lim patut dilantik ke jawatan Pengarah Pilihanraya PAS Perak memandangkan kedudukan beliau sebagai ADUN dan kemampuan beliau berkomunikasi dengan penyokong PAS especially kaum tionghua.

    Atau PAS pun masih terikat dengan ketuanan Melayu?

  3. marauhirang said...

    salam..

    pemimpin jenama macam nie yang menyakitkan mata dan hati..Bila kalah dok galak salahkan orang lain..kenapa nak arah je..x leh ka buat sesama kerja tu.. Tak jatuh title kalau buat sama kerja..nie kira ada kamera baru nak buat kerja..kalau jenis nie jadi ketua..label dia sama je dengan pemimpin parti cap keris...Asyik dok cari orang lain untuk dijadikan kambing hitam...

  4. Anonymous said...

    bapak tidak boleh salahkan petugas semata-mata, seharusnya kena selidiki dahulu, calun muara tuang bukan calun pas jati (jenama pkr), tanyalah Nasharudin mat isa, atau osman mungkin mereka lebih tahu, calun sendiri dikatakan telah mendapat ..............., adakah calun berkempen mati-matian, mungkin petugas perak telah mengetahuinya, tetapi petugas wlayah persekutuan dan trengganu tak dapat maklumat. wallahualam, kalau tak tepat harap maaf.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |