PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Real-Politik@Sarawak - Pandiran nombor dan prediksi peluang PR (Part 1)

albanjari | RealPolitik
Selama aku bermukim di Sarawak, aku cuba seupayanya memahami cara orang Sarawak berpolitik. Kadang ingin saja aku jadi orang Sarawak. Tapi mana mungkin hal itu akan berlaku. Itu sangat mustahil. Kecuali jika ada yang suka sama aku, untuk dicalon buat menantu. Itu baru 'bisa' ! Ini kerana, apa yang aku lihat suasana pilihanraya di Sarawak sangat jauh berbeza dengan suasana pilihanraya di Semenanjung. Orang Sarawak dilihat sangat ‘cool’. Mereka tak ghairah, atau melampau-lampau macam orang Semenanjung berpilihanraya. Poster ala kadarnya sahaja.

Setiap malam sebelum memangkinkan diri untuk tidur, banyak perkara kami pandirkan bersama. Pandiran melihat peluang dan ruang bagaimana mahu memanipulasikan isu dan menggunakan upaya fakta yang ada agar ia menjadi undi untuk 'Sarawak Baru'. Adakalanya pandiran ini jadi buntu dan tanpa jawapan. Siang berganti malam, dan malam berganti siang.

Kadang kala jua kami berbantah-bantah sesama sendiri. Team blogger yang aku bawa, mempunyai ragam warna politik dan terasnya yang tersendiri. Ramai yang bingung bila aku bawa bersama blogger Mat Saman Kati(MSK), malah ada jua yang tekejut  bila didalam team ini tersusuk wajah blogger Ciberboron yang banyak mencipta kontroversi. 

Tulusnya, aku bukan mahu dilihat team ini  satu team 'kontroversi' di Sarawak. Tidak ! Tetapi aku suka melihat hujah dan fakta disetiap tulisan mereka. Setiap cetusan fikiran mereka yang diolah baik kepada penulisan serius sangat berdiri sendiri. Tulisan yang tidak dipengaruhi sesiapa. Dan itulah rupa dan bentuk pembaca mahu dari misi kami ke Sarawak. Kepelbagaian view serta tulisan sangat dibutuhkan pembaca di ruang maya, senilai dengan harga dana yang mereka infaqkan untuk team ini. Maaf, kami tidak menghidangkan kisah2 hebat rapat-rapat umum yang dihadiri ratusan ribu orang dan gegak hebatnya gempita sokongan manusia disetiap ceramah yang diadakan. Jika itu yang dicari, kami tidak berupaya menyajikannya, jika pun ada ia sangat sedikit. Dan akhirnya maka benar apa yang dipandir bersama, banyak diantara tulisan yang lahir dari bumi Sarawak dari team ini begitu menyonsang arah dan hasrat. 

Aku kagum bila dimajlis makan malam lewat jam 12 malam bersama DS Nizar, seorang sahabat begitu berapi-api menyatakan bahawa PKR bakal menang mudah sekurang-kurangnya 20 kerusi di sini. Sedangkan dari pandiran kami di sarang pangkin, tidak mudah untuk mengumpul sebanyak itu bah ! Aku juga jadi terkesan apabila pulang daripada dinner itu, kami masing-masing mengeleng kepala disisi jendela. Sedangkan sehari sebelum itu telah terbit satu ulasan dari portal kami menyatakan yang sebaliknya. 

[..] Seawal bulan Februari, aku sudah menulis tentang kemungkinan ini. “Aku tak fikir SNAP akan tunduk kepada Azmin, sebaliknya akan meletakkan calon disetiap kawasan PKR bertanding. Mark my words.”

Pelbagai alasan diberikan oleh kedua belah pihak untuk mewajarkan mengapa harus bertanding diantara satu sama lain. Anwar mengatakan SNAP ditaja oleh Umno, manakala SNAP pula mengatakan PKR tidak menghormati mereka. Apa jua alasannya, tindakan kedua-dua pihak akan hanya menguntungkan BN.

Dari sejumlah 49 kerusi yang ditandingi oleh PKR, aku mempunyai keyakinan PKR mampu memenangi 5 kerusi sahaja. Saribas, Ba Kelalan, Batang Air dan Batu Lintang. Tamin boleh dimenangi sekiranya protes Iban dapat dimanafaatkan. Sekiranya protes terhadap calon diterjemahkan kepada undi, mungkin Lambir boleh dimenangi., " [..] - MSK April 9, MalaysiaTimes

Nah..! Akhirnya dari keputusan PRN Sarawak, PKR berjaya mendakap kemenangan di DUN Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang. Ketiga-tiga DUN itu termaktub didalam caturan akan kemenangan yang mungkin memberi kerusi kepada PKR. Tidak langsung tersasar. Bukan mahu mendabik dada, tetapi pandiran-pandiran yang kami gegerkan di pangkinan itu sangat 'bujur' dan jujur.


Warna coklat itulah prediksi yang kami sering berbalah-balah pandirkan di pangkin motel. Aku jadi mengerti, bahwa orang Sarawak sejujurnya tidak berminat dengan isu dan kempen tuduh menuduh dan fitnah memfitnah hal peribadi calon-calon yang bertanding. Mereka hanya nak dengar cerita tentang harapan dan janji. Mereka nak dengar cerita tentang nasib hidup mereka dan anak cucu. Mereka nak tau hak mereka dalam hal tanah dan kemudahan asas. Dan itulah yang aku pelajari dari misi besar kami di Sarawak. (bersambung)



Akan diterbitkan pada jam 9.15 pm ini :
NEXT : Real-Politik@Sarawak - Prediksi dan ayam bertelor riuh sekampung ! Pandiran nombor dan prediksi peluang PR (Part 2) 

2 comments:

  1. marauhirang said...

    Salam..

    Masalah nie adalah masalah jiwa pemimpin..Semua pemimpin x kira parti jenis syok sendiri..Buat keputusan ikut hati..Pastu belagak hebat..Kena ingat..nie zaman jebat b..bukannya zaman tuah..tuah yang walla membabi buta...Rakayat adalah jebat..jebat yg x segan silu derhaka..Patutnya pemimpin PR faham..rakayat menyokong mereka buakan kerana kehebatan mereka..tapi kerana yang lain adalah lebih teruk dari mereka....

  2. Anonymous said...

    Selagi PR itu dipimpin oleh anuar ibrahim....selagi itulah pakatan rakyat akan jadi parti syok sendiri....parti jam omega.....ingat ...didlm PKR...sesapa kritik pasti kena humban.....eloklah PAS bergerak sendirian dlm menuju jln yg diperjuangkan....ingat tema asal pas " Membangun bersama Islam" ...BUKAN membangun bersama anuar ibrahim atau pakatan rakyat....yg untung cina kristian DAP....mereka leih bijak memanipulasi keadaan utk bansa dan agama mereka....

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |