PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Real-Politik@Sarawak - Prediksi dan ayam bertelor riuh sekampung ! (Pt.2)

albanjari | Real-Politik
Surahan politik antara kami semakin melarut apabila isu Baru Bian mula diangkat oleh Anwar menjadi Ketua Menteri untuk Sarawak Baru. Hakikatnya bagi orang Pakatan Rakyat, hal ini tidak menjadi isu malah Pulau Pinang juga berketua menterikan bukan melayu sejak dahulu, apa masalahnya ?



Benar telahan kami di pankinan, pandiran semakin leluasa apabila khabar sohih diterima bahawa BN sudah edar poster Baru Pian yang tertulis ‘bakal Ketua Menteri’ mula disebarkan. MSK bilang ini petanda buruk.  Anwar sepatutnya tidak "riuh sekampung" dahulu dalam hal ini. Diam-diam sudahlah. Kebimbangan ia akan dipolitikkan 'musuh' benar-benar berlaku. BN Sarawak handal mencium peluang.

Aku bilang penyebaran yang leluasa itu memang untuk menakut-nakutkan orang Melayu Melanau dan Bidayuh. Baru Bian seorang Kristian. Sentimen agama mula dipalu. Sungguh.., poster ini adalah idea UMNO yang terbawa-bawa gilanya dengan ketuanan Melayu yang tak habis-habis. 


Maka UMNO yang diharamkan masuk ke Sarawak, meracun pengundi yang berpotensi bagi menghalang kemaraan PR yang dilihat BN Sarawak semakin kuat pengaruhnya. Akhirnya benarlah apa yang disurahkan pada lewat malam 10 April, PKR sekadar menang 3 kerusi sahaja daripada 49 kerusi yang ditandingi.

Dasar ayam, 'bertelur sebiji, riuh sekampung' akhirnya kampung tergadai ! Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, seperti yang aku nyatakan didalam artikel aku sebelum ini di :

Siri : Real-Politik@Sarawak


Dan prediksinya surahan kami ketika itu,
" Pengumuman calon ketua menteri Pakatan Baru Bian, seorang Dayak dari suku minoriti Orang Ulu juga dilihat mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu dan Islam. Ia merencatkan kepercayaan pola pengundi rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat yang cuba merubah perlantikan seorang Ketua Menteri dari kalangan Melayu kepada bukan Melayu. Ia baik bagi DAP, dan mungkin PKR.. tetapi tidak elok untuk PAS ! "
Di situ aku bersetuju dan sependapat dengan apa yang disuarakan oleh Hj. Anuar ketika itu. Kerana dia berkata dengan jujur !


Akan diterbitkan pada jam 10.15 am  :
NEXT : Real-Politik@Sarawak - PAS dan Prediksi ! Ancaman atau Kebetulan ?

5 comments:

  1. Anonymous said...

    Pas dah lama guna agama untuk undi....pas dah lama jual ayat dan hadis utk undi....pas dah lama tanamkan rasa kebencian sesama umat...pas dah lama kafir dan mengkafirkan umat yg lain....pas dah lama guna rasuah syurga dan neraka utk undi.....,modal rasuah pas adalah syurga dan neraka .... Cara menakut nakutkan umat agar umat merasa terpedaya dan seterusnya bersama mereka...DAP lebih jahat...DAP tiupkan rasa tidak puas hati org cina pada org melayu...mereka dah lama gunakan taktik menghasut agar cina akan selamnya mengundi mereka.....ringkasnya...PAS dan DAP mempunyai kelulusan tadika dari sekolah yg sama yg menggunakan hatred dan hasut sbgi tools utk terus menang dlm pilihanraya.....rakyat malaysia yg celik akal tidak akan terpedaya dgn cara ini dan selamanya bumi malaysia yg barakah dan diberkati ilahi ini tidak akan jatuh ketangan golongan spt PA dan DAP...jgn sebut PKR sebab parti ini bakal berkubur tidak lama lagi....

  2. Anonymous said...

    t....kalau umno rasuah guna duit...pas rasuah guna syurga.....sapa nak syurga kena pangkah lah pas....cuma nak tanya .... syurga PKR dan DAP sama ker dgn syurga PAS.??? Ada sapa boleh jawap....

  3. Anonymous said...

    RUPANYA UMNO CUMA DAPAT UNDI SEBANYAK 56% jaa!!

    ini bermakna 44% Pengundi Sarawak Berpaling Tadah..

    BN - 55 (372,379 undi)
    PKR - 03 (117,100 undi)
    DAP - 12 (134,847 undi)
    PAS - 0 (9,719 undi)
    SNAP - 0 (15,663 undi)
    PCM - 0 (2,895 undi)
    Bebas - 01 (20,064 undi)

    bermakna undi BN = 372379
    undi Pakatan Rakyat +++ undi pembangkang yg lain = 300 288. (372379-300288=72091)

    lebihan yg sokong BN adalah seramai 72 091 shj......

    Bagi sesiapa yang mampu membuat kira-kira , pasti akan terkejut besar dengan keputusan pilihan raya Sarawak 16/04/2011. Be End dikatakan menang dengan kelebihan 2/3 kerusi tetapi tanpa memerlukan sokongan 2/3 pengundi sarawak. 44% pengundi sarawak memberi undian mereka kepada bukan BN. Nampaknya peningkatan bilangan pengundi tidak percaya BN semakin naik secara mendadak.

    sekalung tahniah kpd PR Sarawak..

    PR tiada duit berjuta2 utk mem beri projek segera, bagi Astro kpd pengundi, sekolah baru, jambatan baru....

    undi popular 44%, tetapi jumlah kerusi PR dalam DUN cuma 21.4% sahaja, itulah kebijaksaaan proksi yahudi menyusun sempadan kawasan pilihraya

    P/s: persoalannya sampai bila.? UNDI BN tetap kurang 2/3 tapi Kerusi yang di susun SPR lebih 2/3.. mungkin kerana kerusi yang BN menang di pecah kepada 3 bahagian atau di kecilkan dengan penyempadanan semula oleh SPR, so sekali menang 3 kerusi sekali gus dengan pengundi yang sama, Tidak pula kepada kubu kuat Pembangkang... kalau undi bertambahpun Pembangkang tetap dapat satu kerusi dan 1 calon jaa.. hurm.... SPR melampaunye korang.... Kalau berani pecah kan DUN di BANDAR-BANDAR... Serang KAMPUNG dan DESA buat apa!?

    Kalau nak kalahkan BN kita kalahkan barua2 BN dulu.. ada SETUJU? dan ada yang BERANI?

  4. Putra IJ80 said...

    Quote"Anonymous said...
    April 17, 2011 10:25 PM
    Pas dah lama guna agama untuk undi...."unquote

    Alang kah cantik nya jika pengomen ini guna nama sebenarnya.,

    Dari nama ,kita bolih menilai orang dan umur nya.

    Buka apa cakap bersandarkan akal.,sampai bila x der penghujung.

    Begini lah .,tak perlu kita menyembah patung atau berhala.,

    Cukup jika kita tidak menghayati Islam atau dgn maksud menolak hukum Alquraan n Sunnah.,kita jadi kafir.

    Klo Ngko Islam cuba lah belajar dan berguru.,

  5. Anonymous said...

    umno oh umno pintu taubat masih terbuka...kiamat udah dekat

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |