PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Real-Politik@Sarawak - 8 kerusi BN lebur hangus ditawan PR

Ahad | RealPolitik 
Secara rasminya, SPR mengumumkan bahawa Barisan Nasional BN telah memenangi majoriti lebih 2/3 dalam Pilihan Raya Sarawak kali ke 10 ini. BN telah memenangi 55 kerusi dari 71 kerusi dipertandingkan.

" muargh..muargh..i love you babe..you win, i also win..we are the world..huh..huh ! " What's ? gambir sarawak..? Oh..no..no..no..darling ! PLsupergel is okay..! come..come..! Don't shy-shy laa..! " - The Sunday joke Times 

Meskipun bertarung dengan seluruh jentera kerajaan dan sumber kewangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat memenangi dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini, sekali gus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera. DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006.

Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam" bagi BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Hakikatnya kini adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut. Sekali imbas, BN kali ini berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah. Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN. BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.



SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu. Bagi PKR, usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding satu sebelumnya.

Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dengan segala kekangan logistik dan kewangan berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri tempah khas. Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang. Laman-laman media alternatif pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.

Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi, jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi. Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan tentunya membanggakan Pakatan Rakyat dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka. 

WALAU APA PUN, TAHNIAH KEPADA YANG MENANG DAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH JENTERA PAKATAN RAKYAT YANG BERSUNGGUH SUNGGUH MENJALANKAN TUGAS TANPA HENTI DARI AWAL KEMPEN.

3 comments:

  1. Anonymous said...

    Rakyat Sarawak secara umumnya mundur dan miskin terutamanya kawasan luar dan pinggir bandar.
    Mudah untuk dimanupulasi dan mengambil masa untuk buat perubahan.
    Kawasan bandar mempunyai banyak kelebihan dari segi ekonomi dan kurang pergantungan kepada kerajaan.

  2. Anonymous said...

    Tahniah saudara albanjari....ketawa org org BN membaca tulisan anda....yg lebih ketawa adalah Profesor dr abu hassan abdullaah dari zentrum studies yg mewar war kan akan kemenangan besar pakatan rakyat dlm PRN 10..professor pondan gila glamour ni dah dua kali melalut ...dulu d prk hulu selangor...org org pas sungguh teruja dgn analisa bangang yg dibuat oleh proff pondan ini...biasa lah org pas ...mentality kelas 2 ....mereka biasa mengukur sesuatu berdasarkan apa yg mereka nampak sahaja dan membuat keputusan berdasarkan emosi semata....tidak praktikal dan tidak pragmatic...bloggers pas berdegung degang dgn beita di ambang kemenangan besar...di ambang kebangkitan gelomabang tsunami anwar ibrahim ...akhirnya masuk angin keluar asap....di tipu bulat bulat oleh anuar ibrahim spt mana mereka kena kencing 16 september....mudah sgt teruja ....menidakkan realiti...rakyat kebanyakan nya sedar akan kemampuan pembangkang....yg jelasnya hanya pengundi cina solid dibelakang DAP...pas yg juga membantu DAP tetapi DAP tidak membqntu pas...DAP tidak membantu islam malah DAP lebih praktikal dan logical dgn meletakkan hanya 5 calun berbanding PKR yg memebunuh rakan sendiri SNAP dgn meletakkan 49 calun dan menang 3....buak darjah 1 pun tahun buat analisa mudah...tak perlulah masih menolak kenyataan....pas harus muhasabah diri....fikirkan dan lihat kelemahan sendiri....BN sememangnya sudah meramalkan akan kalah di tangan DAP....cina bertuhankan duit...yg kalah melayu kpd cina...3 calun PKR yg menang pun 2 org ina an seorang iban...calon melayu PKR dan PAS semuanya di tanam hidup hidup di bumi kenyalang...nyais lah anuar ibrahim dan azmin ali sempat chalait but chwo chin chow sebelum peniraan undi...kalau tak ...sure dah kena sumpit ahhhhh.....so...kepada bloggers pas....kalau nak tuleh komen ...tuleh lah dgn lapang dada menyatakan bahawa kami patut kalah...sebab kami kurang bagus..sebab kami berkawan dgn puak NASARA yg bakal di tabalkan menjadi CM baru sarawak oleh bakal PM 2013 ...YAB anuar ibrahim...islam pas gadaikan utk anuar ibrahim dan puak puak kristian totok dlm PKR dan DAP....meeka kudakan segala jentera jemaah utk menapatkan hak hak kristian yg selama ini dinafikan oleh pemerintah yg menjaga islam agar islam tidak dipermainkan dan uat tidak di murtadkan oleh BAruBIan, tony pua, ambiga, eleziberth wong, teresa kok, rony liew dan segenap lapisan pimpinan PKR yg maha kat pemgaruh kristiannya...tanya lah YB zul nordin yg dicampak kluar dari PKR kerana mempertahan kan nama ALLAH dlm PKR....bala sedang melanda PAS....perpecahan bakal berlaku dlm pemilihan pimpinan baru julai ini...solat hajat PAS mencari kebenaran sudah terjawap....apa lagi jawapan yg dicari...NYAHKAN puak nasara dan pluralisme dari mengongkong PAs dan membelengu pemimpin erdogan yg sedang pas lahirkan....nizar jamaludin, khaled samad, mahfuz omar, husam musa adalah sebilngan kecil puak erdogan dan pendokong dakyah anuar ibrahimdlm jemaah yg bakal merobohkan pas....humban kan mereka dari jemaah...tingkatkan dakwah...kuatkan ukhuwah...pasti islam berjaya....ingat MEMBAGUN BERSAMA ISLAM bukan MEMBANGUN BERSAMA ANUAR IbRAHIM .....salam ukhuwah - ibnu sina , pondok senik kelantan

  3. rohdijasad said...

    sangat menyokong komen2 diatas. sesungguhnya PAS yg dicintai, bangunlah dari mimpi dan lihatlah realiti.. jgnlah lagi ditipu dan jgnlah berkawan dgn penipu.. DAP tak akan sekali2 berusaha kearah pemerintahan ISLAM melainkan hanya ahli2 PAS dan UMNO yg mahukan islam. kpd semua ahli2 PAS dan UMNO, bloger2 PAS dan UMNO marilah kita semua bersatu menumpukan usaha dan memfokuskan minda kearah mentranformasikan pentadbiran negara kepada pemerintahan ISLAM yg sebenar. ini hanya akan terjadi kiranya kita semua bersatu. 1 tuhan,1 shahadah,1 kiblat, 1 rukun, 1 hasrat, 1 matlamat... cintailah UMNO sebagaimana cintanya kita kpd isteri tua lulusan amerika dan cintailah PAS sebagaimana cintanya kita kpd isteri muda lulusan kaherah. Insyaallah memperoleh nikmat dan rahmat dari ALLAH...

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |