PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Real-Politik@Sarawak - Anwar silap catur atau catur yang tidak betul ?

albanjari | Real-Politik
Strategi umum Baru Bian sebagai Ketua Menteri satu kesilapan ?
Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2006, Baru Bian bertanding diatas tiket SNAP. Baru mendapat 1589 undi, tewas kepada Balang Ringin (BN) yang mendapat 2064 undi. Baru Bian tewas dengan majoriti 475 undi. Selepas PRN 2006, SNAP menghadapi masalah dalaman dan Baru Bian menyertai PKR dan dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak pada tahun 2009.[1]

Caturannya, Baru Bian menang dan mendapat sokongan padu dari pengundi Dayak. Tetapi permainan strategi ini telah diguna baik oleh BN dengan melaungkan gambaran buruk kepada pengundi melayu Melanau dan pengundi beragama islam dengan memainkan sentimen agama bahawa Baru Bian itu seorang kristian dimana andai beliau menang, melayu islam akan hancur di Sarawak. 

Keputusannya, undi untuk 'Sarawak Baru' sekadar melekat dipapan catur. Dan BN melihat ini satu peluang. Apakah strategi umum Anwar untuk mengangkat Baru Bian sebagai Ketua Menteri satu kesilapan ? 

Dan akhirnya, PAS tewas di kesemua lima kerusi pilihan raya negeri Sarawak, PKR pula sekadar memenangi tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi, manakala DAP mencatat keputusan terbaik apabila hanya tewas tiga dari 15 kerusi yang ditandinginya.



Anuar Hashim | Real-Politik


Jika diterjemahkan ia lebih baik daripada sebelumnya, namun beluam cukup baik kecuali bagi DAP. Daripada segi jumlah pungutan undi yang diterima memang terbaik bagi Pakatan Rakyat, cuma momentumnya masih jauh untuk menawan Sarawak, landasannya telah terbina.

BN terima sejumlah 370,000 undi dan undi PR 250,000 undi. Tahniah !! benih PKR, PAS dan DAP mula tumbuh. Nanti akan tumbuh dan berbuah. Juga perlu diingat BN menabur RM1billion untuk kekal berkuasa.

Namun begitu memang jelas tampak perbezaan pemahaman dan penerimaan yang ketara antara politik di semenanjung dan politik di Sarawak.

Jika dilihat pada sambutan rakyat Sarawak, ia memang membanggakan namun realitinya ia belum dapat diterjemahkan menjadi undi untuk memenangkan Pakatan Rakyat memerintah Sarawak dari satu Dun ke Dun. Pada asasnya rakyat Sarawak masih menyokong kuat TS Taib Mahmud, meskipun ada sentimen anti-Taib tetapi ia sekadar berpusat di kawasan bandar, yang tentunya pemikiiran pengundinya lebih terbuka dan mudah menerima serta bijak membuat analisa.

Bagi rakyat luar bandar pula, ia bersesuaian dengan budaya dan tradisi masyarakatnya yang santun dan penuh ketertiban untuk tidak menunjukkan sikap negatif terhadap tetamu. Lantaran itulah masyarakat luar bandar kelihatan bersikap menerima mana-mana parti sekalipun untuk berkempen kerana ia dilihat tidak merugikan mereka.

Bagi PAS, mungkin keadaan ini (menerima kunjungan dan bekerjasama) telah jelas disalahanggap bahawa rakyat telah bersama-sama dengan PAS khususnya. Di samping itu, PAS juga kelihatan seakan tidak bersedia pada peringkat awalnya dalam melaksanakan kempen-kempennya. Selepas hari penamaan calon, pergerakan jentera PAS agak tidak kelihatan dan perlahan.

Ini mungkin disebabkan kurang persediaan ataupun tergaman dengan mobilti yang agak sukar dan usaha menembusi sasaran juga terbantut kerana PAS di Sarawak sekadar namanya sahaja gah sebagai Badan Perhubungan, manakala tiada satupun penubuhan rangkaian peringkat kawasan.

PAS hanya mempunyai peringkat kawasan di daerah Sebuyau, manakala di empat kawasan kerusi yang ditandingi boleh dikatakan tiada langsung, sehinggalah ia ditubuhkan sewaktu peringkat kempen pilihan raya dijalankan.

Pemilihan calon PJ PAS Haji Adam Ahid untuk bertanding di kawasan Sebuyau juga merupakan satu kesilapan. Sungguhpun PJ berasal dari Sebuyau, namun beliau menetap di Sadong Jaya, calon yang lebih berkelayakan sepatutnya ialah Abang Eddee Alyani bin Abang Fauzi yang telah banyak melakukan gerak kerjanya di Sebuyau.

PJ juga dikatakan gagal menubuhkan walaupun satu cawangan di tempat tinggalnya iaitu di Sadong Jaya yang ditandingi oleh Abang Eddee Alyani.

Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi. Angka itu amat besar untuk ditandingi PAS. Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga gagal.

Pengumuman calon ketua menteri Pakatan Baru Bian - seorang Dayak - juga dilihat mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu dan Islam. Ia merencatkan kepercayaan pola pengundi rakyat Sarawak kepada Pakatan Rakyat yang cuba merubah perlantikan seorang Ketua Menteri dari kalangan Melayu kepada bukan Melayu.

Ia baik bagi DAP, dan mungkin PKR.. tetapi tidak elok untuk PAS

5 comments:

  1. Anonymous said...

    Tuan albanjari.....tulisan anda sgt menghina org di kampung kampung melayu bukan sahaja di sarawak malah di seluruh msia....anda lupa anda juga berasal dari kg....anda mengangkat martabat kafir cina di bandar dgn menyatakan mereka lebih bijak dan sbginya...anda lupa org islam dikampung lah yg menjadi tunggak kebangkitan islam di malaysia....cina di bandar hanya mahukan hak dan kesenangan...mereka hanya bertuhankan duit dan prinsip kiasi kiasu...asal tidak susah ...itu lah cina...anda mengharapkan puak nasara membantu anda dgn bersama dgn mereka...yg jelas dlm quran terang terang menyebut mereka puak nasara tidak akan senang selagi muslim idak bersama sama mereka....jelasnya...yg sedang bergembira hari ini adalah puak kristian dlm DAP yg berjaya menghasut rakyat utk menai mengikut rentak mereka....yg melopong adalah org islam di bandar bandar...sebab itu DAP mahukan plihanraya bandaran supaya mereka dpt berkuasa di majlis perbandaran dan mengawal kuasa di bandar bandar dimalaysia....apa PAS boleh buat selain menjadi UNTA mereka...

  2. Anonymous said...

    Kalau Islam macam Taib Mahmaud tu jadi Ketua Menteri apa faedah nya?
    Kekuatan seorang Umah bukan berkaitan siapa jadi Ketua Menteri, kejujuran demi membangunkan negara dan agama yang di yakini adalah keutamaan. Apa masalah nya kalau kristian jadi ketua menteri, kalau perkara yang di lakukan bertentangan dengan Islam maka seorang Muslim mesti membantah kerana ALLAH.
    Bukan salah strategi tetapi pemikiran seperti ini tidak menggambarkan seorang pejuang yang berjuang kerana keikhlasan maka sebab itu lah ALLAH tidak memberi kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT-cuba saudara berfikir!

  3. Anonymous said...

    Islam haramkan umat majority diperintah oleh kafir kristian...itu jelas....bukan fatwa politik....itu hukum...apa lagi pas mahu berselindung dgn dalil dalil palsu bermotif poitik ....pas sanggup gadaikan kesucian quran dan hadis utk menghalalkan cara.....hukum tetap hukum...saya cabar ulamak pas meletakkan hukum berhubung isu ini...sedangkan isteri kita yg islam itu sendiri tidak boleh dijadikan pemimpin apalah pulak dgn kristian totok mcm barubian makan babi itu pas nak jadikan pemimpin ulung...alamat satu gereja satu kampung lah nanti bakal berlaku di sarawak spt mana berlaku di sabah dahulu bila pairin kitigan jadi KM bersama angkatan perpaduan ummah dan barisan alternatif....

  4. Anonymous said...

    Assalamu'alaikum

    Setiap musibah itu ada rahmat di sebaliknya, walaupun gagal utk menafikan majoriti 2/3 BN tp ada petunjuk yg menarik utk diberi perhatian ttg kemenangan DAP di kawasan2 bandar yg mana pemikiran mereka lebih bijak dlm membuat keputusan dan itu sepatutnya kita jadikan satu kelebihan buat PR, spt yg anda sedia maklum kebanyakkan kawasan2 d S'jung sudah maju, kampung pun nama je kampung tp tahap pemikiran mereka tidak sama dgn org2 kg di Sarawak. Jadi lebihkn usaha d S'jung utk memberi kefahaman ttg PR insyaAllah klu S'jung di tawan Sabah n Sarawak akan menyusul. aamiinnn..

  5. Anonymous said...

    Polar tindakkan pengundi bandar & kpg memang berbeza. Namun, mengatakan pengundi kpg kurang cerdik adalah kurang tepat. Keadaan sosio-econ dikpg2 membuatkan pengundinya lebih berupaya berfikir mengikut faktor sejarah & impian masa depan. Manakala dibandar pula, faktor tekanan, himpitan masa serta kekurangan faktor hubungan kemasyarakaan, mamainkan peranan terhadap pilihan mereka.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |