PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Celupar hudud chedet - Cantik jika minta Jamil Khir yang jawab !

Dr Mahathir tak boleh pencen dari membantu Umno. Dia tahu, para pemimpin Umno sekarang tak boleh harap. Bongok yang terlampau - bakaq

Jadi siapa sebenarnya penentang Hukum Hudud. Mahathir atau Karpal? Saya tidak hairan kalau Karpal menentang hudud kerana beliau tidak beragama Islam. Tetapi saya sangat hairan bagaimana seorang yang mengaku Islam menentang hudud. Apa hukumnya wahai Jamil Khir dan Mashitah? - sofiwahab



Dr Mahathir cuba mengelirukan rakyat Malaysia kononnya Karpal Singh yang menghalang hudud. Benar Karpal Singh pernah menjadi penentang keras pelaksanaan hudud di Malaysia suatu ketika dahulu. Tetapi Karpal hanya boleh bercakap tetapi tiada kuasa apa-apa. Malah Karpal pada Konvensyen Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang awal tahun ini juga ada menjelaskan bahawa DAP boleh berbincang dengan PAS dalam apa juga isu termasuk Islam.

Namun sedarkah kita penghalang utama hudud yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu adalah Dr Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri ? Seperti yang disiarkan Harakahdaily semalam bahawa surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

“(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

“Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua,” katanya.

“Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik,” kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan. Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka “diambil secupak-secupak” sehingga habis.

“Oleh itu, kita tak laksana hudud (keseluruhan), tetapi kita laksana (Islam) satu persatu. Alhamdulilllah kaum Cina dan India menyokong PAS,” katanya yang mendapat tepukan kira-kira 130 penulis blog dan pemilik Facebook.

Jadi siapa sebenarnya penentang Hukum Hudud. Mahathir atau Karpal? Saya tidak hairan kalau Karpal menentang hudud kerana beliau tidak beragama Islam. Tetapi saya sangat hairan bagaimana seorang yang mengaku Islam menentang hudud. Apa hukumnya wahai Jamil Khir dan Mashitah? - sumber

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |