PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - UMNO makin jammed !

Selepas Presiden PAS Lancarkan Ucaputama Dalam Muktamar " Membangun Negara Berkebajikan", UMNO serta sekutunya tiba-tiba jadi pening dan  bengang, lalu memberi tafsiran macam orang mabuk! Tak faham atau sengaja tak mahu faham ?

Jika Nama Allah terdapat 99 nama dan lebih, Nama Al-Quran lebih dari satu, Nama Nabi saw pun begitu juga, makin keliru UMNO yang belajar islam dengan MCA dan MIC, lalu mewajarkan POLITIK SUKU AGAMA SUKU. Hamprak sungguh minda UMNO. Boleh tak duduk diam-diam, dari bising hal negara kebajikan, ker UMNO dah nazak sampai ke halkum ? - Drs Zainuddin Awang Hamat




Umno dah jammed dan cemburu dengan hasil muktamar PAS

Para pemimpin Umno benar-benar terpukul dengan apa yang dicapai dalam muktamar PAS ke 57 baru-baru ini, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, ia dibayangkan dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin bawahan Umno yang agak tahu agama termasuk Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

"Ketika pemimpin bawahan mereka meminta Umno mencontohi sikap yang ditunjukan PAS dalam muktamar baru- baru ini, pemimpin atasan Umno cuba melaga-lagakan PAS dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan juga dalaman PAS sendiri.

"Inilah sebenarnya permasalahan dalam Umno. Apabila mereka jengkel dan cemburu dengan pencapaian PAS, mereka cuba melagakan kita pula," kata Dr Dzulkefly mengulas kenyataan Datuk Seri Najib, Datuk Seri Nazri Aziz serta Tun Dr Mahathir yang cuba melagakan antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi beliau, Umno tahu, team yang dibentuk oleh perwakilan muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini adalah pasukan yang bakal menghancurkan penguasaan Umno.

"Mainan jahat media Umno ini nyata semuanya helah untuk akui PAS telah lakukan tranformasi yang diperlukan semua rakyat negara ini," kata beliau. Perkara ini berlaku ketika wajah Umno menjadi begitu hodoh apabila cuba menggunakan Islam untuk kepentingan politiknya.

"Sikap dan tindakan Umno menghasilkan Islam itu bersifat eksklusif untuk umat Islam sahaja, ekstrem, takutkan orang dengan kepala lembu, orang lain tidak boleh baca al Quran dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly (gambar).

Beliau juga mendakwa, tindakan Umno melalui agen-agennya seperti Perkasa telah menyebabkan para penganut agama lain rasa tidak senang dan takut kepada Islam.

"Malam tadi saya sertai satu program dialog dengan pemimpin agama lain dan Pakatan. Jelas mereka menyambut baik apa yang berlaku dalam muktamar PAS baru-baru ini," kata beliau.

Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siti Mariah Mahmod, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS.

"Apa yang dibangkitkan para pemimpin Umno bukan isu sebenarnya tetapi akibat dari mereka rasa terpukul dengan apa yang berlaku dalam muktamar baru-baru ini. Muktamar telah memberikan nafas baru kepada PAS yang dilihat sangat berintergriti, bernafas baru dan memberikan harapan baru kepada rakyat.

"Bagi saya, Umno bimbang, pasukan ini bakal meraih kemenangan yang lebih besar dari pilihan raya umum 2008 lalu," katanya lagi

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |