PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

PANAS BERAPI - Ayahanda join Bersih ? Lain macam ni bro..!!



KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perhimpunan Bersih terus mendapat bantahan apabila Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda-Ayahanda Malaysia (PERMAS) mengecam penganjuran perhimpunan tersebut yang disifatkan mempunyai udang di sebalik batu serta mempunyai agenda tersendiri selain tujuan mereka sekadar menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.

Penasihat Utama Permas, Ayahanda Syed Hussain Al Shahab berkata, PERMAS kecewa, dukacita dan marah dengan tindakan penganjur Bersih dan mempersoalkan apa guna mereka melibatkan rakyat yang begitu ramai jika hanya ingin menghantar memorandum dan hajat mereka.

“Adakah pihak Istana terlalu kejam, zalim dan anti rakyat untuk pihak Istana menerima memorandum rakyat pada waktu-waktu sebelum ini. Adakah negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang dinaungi mereka telah dan sedang dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan?

“Ataupun tujuan perhimpunan ini hanyalah untuk menunjukkan di kacamata dunia, bahawa kerajaan dan pimpinan di Malaysia amatlah diktator, kejam dan sungguh zalim apabila pihak berkuasa (Polis) terpaksa menggunakan kekerasan bagi menghalang perhimpunan haram ini terus terjadi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan di PWTC di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PERMAS menggesa semua jemaah-jemaah bai-ah di bawah dan di dalam gabungan PERMAS untuk hadir pada 9 julai ini, dengan berkumpul beramai-ramai di Pasar Seni bagi menghalang dan menentang kumpulan dari Bersih.

“Buat Ambiga, jika anda meneruskan perhimpunan ’Bersih 2.0’, kami (PERMAS) akan hadir untuk menentang anda dengan mengajak semua jemaah-jemaah bai-ah kami untuk ke perhimpunan ‘suci’ yang akan diterajui PERMAS. Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan sangat marah, menyampah dan loya serta menganggap kelakuan Ambiga dan Bersih ini amatlah jijik kerana bertujuan untuk mengkucar kacirkan negara.

“Kami juga ampu menggerakkan jemaah bai-ah kami untuk hadir pada hari tersebut. Kami telah lama melihat agenda-agenda tersembunyi yang bertujuan mencipta keburukan pemimpin-pemimpin Melayu di persaDa dunia agar pihak-pihak tertentu mendapat simpati dari pemimpin-pemimpin negara luar, contohnya seperti apa yang berlaku di Libya,” katanya.

Beliau seterusnya berkata pihaknya juga melihat penganjur Bersih ini terlalu angkuh, bongkak dan sombong kerana tetap mahu meneruskan hasrat mereka anjurkan perhimpunan ini.

Justeru tegasnya PERMAS turut mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa agar perhimpunan ini dapat dicegah sebelum menjadi barah yang akan merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Gunakanlah apa-apa undang-undang yang ada bagi mencegah perhimpunan ini. Jika tidak ditegah, kami juga akan turun tetapi sebagai kumpulan ‘suci’ untuk menentang kumpulan yang menganggap diri mereka ‘Bersih’ ini,” ujarnya. -MediaUMNO.

12 comments:

  1. pokku(putrajaya) said...

    Suci setakat mana gak makhluk Allah???hekelehhh...ikut mu lah...harap ke'suci'an mu itu kearah yang benar dan jangan tersungkur dikalangan bukan orang yang beriman yg sememangnya neraka jahannam tempatnya...sucikan dirimu itu dulu, takut mati sebelum nak berjuang 'suci'...kahkahkah!"Demo la ni tok serupo mulo, tok berani kawe nak royak"...lirik dikir barat ore kelate@Takbirrrrr!Allahuakhbar...Bersih tetap bersih dari hujung kaki sampai ke hujung rambut!

  2. 3881 said...

    Suci? yer ke suci? apa scale yang digunakan mengukur kesucian seseorang selain taqwa dan iman? Berapa orang ayahanda dalam malaysia ni yang tinggi taqwanya?? Berapa orang ayahanda yang mampu mengajar agama? Tak kira sapa la..ayahanda..ibunda..kekanda..adinda atau anakanda hatta neneknda sekalipun Allah tak pernah lupa mencatat dan Allah maha tahu segalanya walau yg tersembunyi di hati manusia.

  3. 09_82 said...

    LOL kahkahkah :p

  4. Anonymous said...

    ayahda sucii??????ahak ahak

  5. cap-ayam said...

    KAH.KAH.KAH..SUCI KEPALA BUTUH LAH,SAPE KO NAK CAKAP KO TU SUCI,DAH BERAPA TAHAP ALLAH SWT NAIK KAN TAHAP SUCI PERTUBUHAN FUCKIDA KO TU,HOI BODOH..KALAU KO RASA HEBAT SANGAT NGAN GENG SUCI KO TU JGN NK NYIBUK TUMPANG SEMANGKUK 9HB NANTI,PILIH HARI KO KUMPUL LAH NGAN GENG2 BERUK KO TU..FUCK OFF LU PEKIDA.

  6. Anonymous said...

    Wahai "Cap Ayam"..aku setuju sangat dengan pendapat ngko tu.. "Fuckida" ni alahai.. kalau nak ikut forum mengutuk "Fuckida" ni, alahai..dah banyak sangat..dah malas nak cakap..
    Bagi aku yang tak berapa nak sekolah ni, pun boleh 'baca'...apa lagi la korang yang pandai-pandai..
    ...SUCI. Aduh!!! bawa-bawalah 'bertobat'. Korang cari la lain date...nak menyibuk apa? Agak agak la....

  7. Rakan Maya said...

    Aku tak risau ambiga. Aku takut Berahim bawak parang panjang, Ayahanda bawak golok berapi. Umno bawak keris...mau kena sembelih Ambiga... Geng2 tu jenih ketegar. Nampak gaya , demo tu hak depa la 9 hb nanti. Silap2 depa yg buat rusuhan... Buat rusuhan bantah perhimpunan aman... Ada cerdikka macam tu... Benda simple jadi komplikated, media buat provokasi menakutkan rakyat. Pemimpin keluaq kenyataan bengong, cthnya muhyidin pasal campurtangan kuasa besar(BENGONG), Ali Rustam dengan pesilat2nya, Berahim membawa katak2 setianya, Umno mcm biasa seperti kera2 dijalanraya(kata khairi jam)...Terlalu jelas BN tengah ketaq lutut dan tuntutan BERSIH 2.0 terlalu tepat untuk diterima...

  8. HaHs said...

    Cuba ko suruh wartawan tanya Rais ke Hisham ni PERMAS atau gabungan pertubuhan yg x pernah aku dgr membela hak2 rakyat terdiri dari pekida, perkasa, bekas perajurit, mahasiswa, patriot dll. adakah diorg ni pertubuhan halal? Kalo haram, aku rasa polis tgh selongkar rumah2 depa nak nak cari baju merah Pa'turot dan lilit kepala. Molotov ni ko rasa kerja sape? Xkan bersih kot psl kita mmg awal2 nak himpun cara aman, bkn mcm puak depa buat huru hara kat penang haritu tumbuk dan pecah keta org haritu. Dlm malaysia ada satu group je yg berani merancang, menghasut dan payung group pelampau n ganas. 1 lagi yg mmg ada lesen tp buat kerja ganas utk kepentingan puak tu gak. Blm ada dlm sejarah demo sejak 98 yg ganas sampai mengancam nyawa atau harta benda selain provokasi puak2 berlesen. Suci konon... Anak buah pun x blh jaga, ayahanda or mahaguru konon. pirah!!

  9. JAKA said...

    bodoh punya persatuan penjilat umporno.

    kalau ade agenda sembunyi , jelaskan apa tuduhan kamu tu...semua yg bukan dan bertentangan dari umno semua ade agenda jahat

    hanya umno je yg maha suci tk pernah ade agenda jahat

    mana kau pergi semasa negara dijual oleh pemimpin2 umno....Bt Putih Tg pagar Limbang dll.???

    kenapa tk bincang apa 8 usul BERSIH? kenapa pekakkan telinga dan tulikan mata buta kau semua tu???

  10. opisboi said...

    ayanhanda balik main kopek bik mama lagi baik

  11. bd said...

    sesuci lebaran ke? raye da nk dekat nih.. hahaha.. wat lawak.. camla korang 2 bagus sangat.. pigida!!

  12. Anonymous said...

    wahai org2 pekida,apa yang nk dibanggakn dgn pekida?apa jasa yg korang dh buat utk org2 melayu? cer citer..

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |