(1) Local Agenda@ABO - Zambri 'metal' calon BN di Parit Buntar ?
Najib akan turun Parit Buntar 14 Januari ini. Persiapan menyambut PM 1Mesia sudah mula dilakukan sejak minggu lalu. Pekerja Majlis Bandaran, kontraktor umnuuu..dan mca sibuk di tapak utama sambutan. Wow..hebat giler persiapan itu. Mentelah kehadiran najib itu juga akan turut disertai bersama-sama lembu-lembu, kambing, ayam dan tumbuh-tumbuhan.
Orang Parit Buntar kena ucap terima kasih sama itu zambri. Tanpa zambri bukan mudah nak bawa najib datang ke Parit Buntar. Tanpa title 'orang' najib belum tentu najib akan buang masa turun ke situ. Itulah hebatnya jika jadi 'orang-orang' najib. Syabas najib kerna bersetuju memenuhi jemputan orang-orang sendiri. Zambri kan orang Najib !
Dan pada tarikh itu juga najib akan penuh gagah merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan 2011/2012 di Parit Buntar. Wow..! Hebat sungguh sekarang Parit Buntar. Acara besar yang dah jadi rutin dibuat sejak puluhan tahun di tapak kekal di Sg. Siput telah berubah ke Parit Buntar, pasai apa ? tentu ada pasal ..!
Tentang apa pasal ubah, itu nanti dulu nak cerita. Konspirasi sebahagian orang umnuuu yang tak suka Zambri bukan cerita dongeng lagi. Zambri akur, bahawa lantikan beliau sebagai MB hanya setakat ini saja..tak mungkin akan disambung jika BN menang tawan Perak. Itu hakikat yg jelas. Apa pembangunan besar yg Zambri dah buat utk Perak ? Jika nak tahu, itu kena tanya Nizar. Nizar boleh bagitahu. Ngeh juga boleh bagi tahu. Siapa-siapa dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat tahu untuk jawab isu tentang jasa Zambri setelah bergelar MB Perak.
Oleh kerana Zambri bukan lagi pilihan BN untuk menerajui Perak akan datang, maka sewajarnya Zambri perlukan ruang lain untuk meneruskan kerjaya politiknya. Nasib baik Zambri 'orang-orang' najib, jika dia bukan orang Najib, dah lama bungkuss !!
Daripada sembang orang politik di Parit Buntar, kedudukan umnuuu setelah mantan Ketua Bahagiannya yg telah meninggalkan dunia tahun lalu, secara tidak langsung segala sengketa dan perpecahan umnuu yg sebelum ini sangat parah dilihat semakin pulih. Malangnya berlaku pula perebutan kerusi untuk tanding Parlimen Parit Buntar. Yang ini aku tak mahu sentuh dan jadi pak sibuk. Kerana siapapun calon 'local' yg dicadangkan bertanding, bukanlah calon winable candidate sebagaimana yg najib harapkan.
Oleh kerana kerier politik Zambri yang tidak mempunyai sokongan konsisten untuknya menjadi MB Perak andai BN berjaya tubuhkan kerajaan kelak untuk penggal akan datang, maka Najib melihat ini satu perkara yg wajar baginya untuk membawa Zambri ke Putrajaya. Ini 'orang' aku. Lalu jalan terbaik ialah memilih Zambri untuk bertanding atas tiket Parlimen pada PRU13 akan datang.
Sembang Warung Tepi Bendang percaya bahawa kerusi Parlimen itu ialah di Parit Buntar. Apa macam ? Sebab itulah banyak acara besar peringkat negeri sudah mula dibuat di Parit Buntar. Ini politik bro ! Dan aku yakin jika Zambri benar-benar calon Parlimen Parit Buntar yang BN pilih, Zambri akan menang cantik ! Dan itulah yang Najib harapkan. Bertanding dan meletakkan calon yg boleh menang, bukan letak calon untuk kalah ! Itu bangang namanya.
Dan kerana itulah, intro yg aku tulis diawal tadi sangat releven dan berkaitan mengapa hal itu berlaku di Parit Buntar. Pekan mati kata setengah orang. Tapi itu dulu, sekarang sudah lain.
Sembang sama otai-otai lama umnuu di warung kopi, di setiap subuh hari-hari menunjukkan kehadiran Zambri sangat dialu-alukan ke Parit Buntar. Apa macam ?
Kerusi DUN Titi Serong
Sudah dimaklumi dan umum bahawa penyandang kerusi di DUN Titi Serong, Khalil Idham Lim tidak lagi akan mempertahankan kerusinya itu di DUN tersebut. Dari sumber yg dipercayai Adun Titi Serong akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 akan datang. Tak lama dah pon..!!
Jika sebelum ini Adun Titi Serong dan Adun Pangkor sering berbalah di Sidang DUN Negeri, biarlah selepas ini mereka berbalah pula di Parlimen, kerana kedua-duanya ada potensi untuk menang cantik !
Apa pula peluang PAS ? Ramai yang mengakui Bakar Mat Ali akan bertanding di DUN Titi Serong. Beliau calon BN yang ramai kata boleh menang cantik dan rampas kerusi Titi Serong daripada gengaman PAS.
Senario yang semakin menarik, apabila khabar besar mengatakan bahawa DUN Titi Serong ini akan diwakili oleh calon PAS yang Pesuruhjaya Negeri sendiri akan menentang Bakar Mat Ali. Ustaz Abu Bakar Husin. Ini sudah jadi makin syiokkk !!
Bakar lawan Bakar. Siapa yang akan terbakar..kita tunggu PRU13 nanti ! Tunggu sambungan Siri Local Agenda@ABO Siri 2 jumaat depan. Ada kejutan besar lagi yg pembaca perlu tahu. " Lawan Tetap Lawan, biarpun lawan untuk KALAH ! " Wat de fak ..hah ? Tungguuu...!!
January 8, 2012 at 8:59 AM
salam che den. tlg bongkar kisah2 tapak2 kuarters kerajaan kat Jalan Sekolah pulak. macam2 cerita dengaq, kalo betul mmg DEPA mkn tak habis...tlg yer