"Marang Merapu Pareng Sekeper la lu.., " Puihh !!
Pak pulisi dah beri amaran awal pada sesiapa yang mahu menyertai perhimpunan 9th Januari ini. Dari Polis KL:
PIHAK POLIS KUALA LUMPUR TELAH MENERIMA MAKLUMAT, TERDAPAT USAHA DARIPADA PELBAGAI PIHAK TERMASUK PENULIS BLOG, UNTUK MENARIK ORANG RAMAI KHUSUSNYA MAHASISWA MENYERTAI PERHIMPUNAN ‘BEBASKAN ANWAR 901’.
SEPERTIMANA KENYATAAN YDH DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR, TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA TERDAPAT GESAAN DAN HASUTAN UNTUK BERHIMPUN DI MAHKAMAH KL PADA 09 JANUARI 2012. BANYAK “BANNERS”, “BUNTINGS” YANG DIGANTUNG DI TEMPAT-TEMPAT AWAM, SERTA MESEJ-MESEJ MELALUI MEDIA SOSIAL, MENGAJAK DAN MENGHASUT ORANG RAMAI SUPAYA BERKUMPUL DAN BERHIMPUN DI PERKARANGAN MAHKAMAH PADA HARI MAHKAMAH MEMBUAT KEPUTUSAN KES PERBICARAAN DATO’ SRI ANWAR IBRAHIM, 9HB JAN INI.
kih..kih..kih, jika takut pada kebangkitan rakyat pun jangan la buat lagu tu.."marang merapu pareng sekeper betui la hang ni..,sapa hang ? umnuuuuuuuuuuuuu...!! Puihhh..Puihhh ! " - * perhimpunan sayang Najib takpe, pro-Aspirasi serang sana sini okay saja, ugut Adam Adli takpe, polis ugut tumbuk takpe, panglima ludah ugut ludah takpe., double stendet - tu pasal rakyat makin 'bangun' menentang !!
BENARKAH PIHAK POLIS SENSITIF DENGAN FITNAH?
NAMPAKNYA terlalu pantas pihak Polis memberi amaran kepada Blogger untuk menyiasat Blogger yang kononnya membuat fitnah terhadap pihak Polis berkaitan isu Mahasiswa yang dikatakan dikasari oleh Polis sewaktu membuat demontrasi di UPSI baru-baru ini. Ertikata lain, pihak Polis amat `sensitif' dengan perbuatan menfitnah ini dan ianya mungkin amat serius pada perkiraan mereka.
Kita mahu bertanya pihak Polis, adakah pihaknya tahu bahawa akhbar pencacai Utusan adalah akhbar paling kuat melakukan fitnah bahkan kadangkala memainkan isu perkauman yang lagi merbahaya? Beberapa bulan dahulu, Utusan pernah menyiarkan berita bahawa Negara ini akan menjadi sebuah Negara Kristian yang kononnya dibincangkan di dalam persidangan Paderi-Paderi. Paling memalukan sumber yang diperolehi dari Utusan tersebut adalah dari sumber Blog sahaja. Berita yang disiarkan oleh Utusan itu amat merbahaya kerana terbukti berita itu palsu dan boleh menimbulkan hura-hara di negara ini. Apa tindakan Polis terhadap akhbar dan Blogger berkenaan?
Terbaru, dan ianya ada kaitan dengan isu Mahasiswa baru-baru ini khususnya dengan Adam Adli. Fitnah juga dimainkan oleh akhbar Utusan pencacai nombor Wahid itu. Di dalam sebuah beritanya, akhbar yang semakin bankrap tersebut menyiarkan kononnya Adam Adli turunkan bendera Najib di hadapan PWTC, kemudiannya memijak-mijak bendera berkenaan. Sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian. Sumber berita tersebut dijadikan asas oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Reezal Naina Merican untuk mengapi-apikan rakyat menentang Mahasiswa tersebut. Apa tindakan yang diambil ke atas akhbar yang terang-terang melakukan fitnah tersebut?
Jika dikatakan fitnah amat dimusuhi oleh pihak Polis, maka sewajarnya semua kaki fitnah tersebut diambil tindakan. Mengapa hanya bertindak secara berpilih-pilih? Jika terkena ke atas batang hidung, fitnah dianggap amat bahaya, tetapi jika ke atas orang lain terutamanya terhadap Pembangkang, tidakkah merbahaya?
Sekarang, rakyat semakin lama semakin kenal dengan Polis. Rakyat tahu setakat mana tahap profesionalisme pasukan di bawah Hishamuddin ini. Justeru itu, apa jua yang pihak Polis lakukan, rakyat sudah `set' di dalam pemikiran mereka bahawa Umno/Bn mesti dikuburkan agar imej Polis di masa akan datang lebih bersih, adil dan telus. (sumber/wfauzdin.blogspot.com)
0 comments:
Post a Comment