PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

Di mana YB-YB anda, di hari pertama persekolahan ?

Hari ini anak anak kita mula bersekolah. Anak anak yang baru masuk ke tadika dan darjah satu akan mengalami satu pengalaman yang bermakna di dalam hidup mereka begitu jugalah kepada ibubapa mereka juga. Ibubapa akan mengambil cuti dan berada di sekolah sepanjang hari. Jelas wajah kerisauan terpancar kelihatan. Jika ada anak anak bersekolah pagi dan petang, ibubapa akan menunggu pula sampai ke petang.

Jangan lupa pula di waktu petang ada pendaftaran sekolah agama. Waktu ini masalah duit adalah segalanya dan waktu ini jugalah akan ada rumah dipotong bekalan air dan letriknya. Waktu ini jugalah segala bil cukai pun sampai. Macam-macam ! - sumber

Dan hari ini, alangkah indah dan bahagianya rakyat khususnya ibubapa miskin jika YB-YB dan pemimpin Pakatan Rakyat hadir bersama di hari pertama persekolahan hari ini sambil turun membantu mereka yg miskin spt bantu bayarkan yuran sekadar yg mampu, tapi..adakah senario itu berlaku ? Atau semua YB-YB dan pemimpin PR sibuk menguruskan hal politik dan agenda sendiri ? Ayuh turunlah..bersama rakyat di sekolah ! Kata PRU13 dah dekat..!

Aku tak mampu membayangkan hebatnya jika pemimpin PR dan YB2 berbondong2 memenuhi perkarangan sekolah di setiap DUN dan Parlimen mereka, sambil ikhlas membantu ibubapa2 miskin dgn menyalurkan sedikit bantuan wang bagi menampung perbelanjaan, dan yuran persekolahan. RM100 yang Najib beri itu tak cukup..! jangan kata 'tiada peruntukan' pulak ?

Jika dalam soal lain kita mampu mengutip dana disana sini, mengapa dalam hal membantu meringankan beban pengundi sendiri spt di hari pertama sekolah, kita jadi monotos dan memencilkan diri ?

Andai tiada upaya menghulurkan bantuan wang, tak salah jika menunjuk muka, sekurangnya ada tempat rakyat mahu mengadu, melempar senyuman dari seorang wakil kepada rakyat yg mengundi YB-YB, tapi berapa orangkah yang ada keinginan seperti itu bersama ibubapa2 di sekolah ?

Tahniah PJ Melaka yang turut serta meraikan hari pertama persekolahan pagi tadi, PJ Perak, PJ Selangor, PJ Penang hangpa kat mana pagi tadi ?

* Apakah YB-YB atau pemimpin PR hanya sudi bersama kesusahan rakyat ketika pilihanraya saja untuk mendapatkan undi ? 

0 comments:

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |