Talk-Talk Series (10) - apa lancau kejadahnyer..buduhhh ?
" Muhyidin terkejut ramai ke sekolah tak sarapan., " - Umur dah tua. Badan dah macam guni beras. Dah biasa duduk rumah besar melaut-laut. Bil api dan bil air berjuta-juta sebulan. Memang la terkejut !
Makan sedap. Biasa makan mewah-mewah. Dah biasa makan benda mahal-mahal. Makan benda segar-segar. Tempatan ada impot pun ada. Memang terkejut dibuatnya.
Pendek kata, semua bawah telunjuk. Semua boleh dapat. Main arah sahaja. Apa dikehendaki semua boleh dapat. Cakap apa sahaja, berlumba-lumba inang dan dayang bawak dulang.
Bukan macam kita rakyat marhaen. Sudah lah rumah mahal nak mampos. Rumah hanya untuk orang kaya. Orang miskin menyewalah sampai masuk kubur. Nasib baiklah kalau berjimat gila babi, api boleh dapat free. Tapi kalau anak ada 14 orang, nak jimat air dan api apa lancau kejaadahnyer ?
Kita rakyat marhaen, makan apa yg boleh mengenyangkan bukan makan apa yg dihajati. Beras mahal. Lauk mahal. Tepung gula mahal. Minyak mahal. Sayur mahal. Nasib baik ada sayur beracun Cameron Highland. Sayur baik-baik dan elok dah dihantar ke Singapura.
Dah berpuloh-puloh tahun UMNO/BN memerintah, masih tak tau berapa ramai orang miskin di Tanah Melayu ini?
Itu la pasal, kalau asyik nak membesarkan batang leher sendiri, anak bangsa selama ini pergi sekolah tak sarapan pun haram tak tau ! ~ Talk-Talk wak Raden with Libang Libu
January 5, 2012 at 12:44 PM
pegi keje pun jarang sarapan..
January 5, 2012 at 1:00 PM
students aku dari bekas negara russia kata, kerajaan mereka bagi rumah free, api diskaun, ayo free. setiap hari dapat roti percuma mengikut jumlah penghuni rumah..... BEKAS NEGARA KOMUNIS tu...
January 5, 2012 at 3:34 PM
jgn risau wak, sket hari lg skolah pun utk org ada2 shj, mcm dulu2. org miskin mn mampu nak hantar anak ke sekolah. bunga2 dah nampak dah