PANAS BERAPI HARI INI :: albanjari Online's Feed ::

:: EDISI BUKAN BIASA-BIASA :: TUNGGU PAPARAN 2016

(2) Pecah Panggung PRU13 - Pandir 'panas' calon power rangers PAS ! (Kemaskini)

albanjari

Kelmarin, adalah hari jumaat yang panas. Tempat lain aku tak tahu. Mungkin sama panas macam di sini. Apa pun Alhamdulillah dan syukur kepada Tuhan, kerana panasnyer kelmarin....ikan sepat kering yang aku jemur sejak beberapa hari lalu, in sha Allah rasanya dah boleh digoreng dan dimakan bersama keluarga malam nanti. 

Orang banjar bilang, " sepat gerinting". Kebetulan musim hujan sekarang, ikan mengamuk di lubuk dan parit. Jika rajin menjala dan mem'bubu', pasti anak bini tak kan kebulur lauk.

Bukan kata di pasar tidak ada ikan. Lumrah bila musim laut gelora dan cuaca yang tak menentu mahu tidak harga ikan akan melambong-lambong sekarang. Alasan - nelayan takut ke laut, takut mati diterajang badai ! Betul juga..siapa nak cari musibah. Agama pun tak suruh. Dengan mem'bubu' di alur parit, dapat aku kurangkan belanja pasar. Orang seperti aku kena berjimat cermat bro..! Aku bukan orang kaya. memang rasa ikan sepat kalau nak masak sweet sour tak kan sama 'rasa' dgn rasa ikan siakap atau merah yang mahal hargaanya.

Lebih-lebih lagi sekolah baru saja dibuka. Belanja sekolah dan segala bagai boleh peningkan kepala jika tidak diurus dengan betul. Setuju atau tidak..duit habis deras macam air hujan turun ke longkang. Memang laju sungguh ! Nasib baik aku belajar dari Rosmah, belajar menabung dari awal..tidak lah mengelabah 'cincin' bila tiba awal tahun dan sekolah dibuka.

Sejak beberapa minggu lalu asal jumaat jer..hujan pun turun..asal hujan turun jer..hari jumaat ler yang paling lebat, sampai tenggelam 2 negeri UMNO di pantai timur. Itu kisah hujan.

Siri Pecah Panggung kali ini, aku ingin berkisah tentang 'panas' beberapa kawasan DUN dan Parlimen yang akan diwakili oleh calon PAS Perak, negeriku. Ini kerana 'calon' yang mahu bertanding untuk kerusi itu masih belum dimuktamadkan. Daripada banyak kawasan yang dilihat 'bermasalah' sebelum ini, yang ketara dan 'panas' dipandirkan diwarung-warung politik ialah DUN Semanggol dan Parlimen Kuala Kangsar. Macam biasa, kita kayuh pelan-pelan. Yang mengarut, kita belasah, yang ok..kita raikan, yang kroni-kroni - tu kena tanya Asmuni ! 

PAS Larut dan PAS Tapah kini boleh menarik nafas lega..kerana kemelut permasalahan yang membuntu-buntu telah dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga calon-calon yang bertanding di Parlimen Parit Buntar, hampir 99% telah dimuktamadkan dan dipersetujui. Dari sumber kajian terkini yang diperolehi dari Putrajaya, UMNO/BN Perak terus meletakan Parlimen Parit Buntar sebagai 'kawasan hitam' yang sukar untuk mereka menangi. Untuk Pakatan Rakyat, jangan nampak selesa sangat kerna 'karma'nya biarpun 'hitam' baghat serupa MB, tapi belum tentu menjamin Pakatan akan menang !

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa kekal dipilih untuk sekali lagi 'berpencak' melawan UMNO/BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar, yang dimenanginya pada tahun 2008. Beliau menang dengan majoriti besar, 7,551 undi menewaskan calon UMNO/BN, Senator Datuk Abdul Raman Suliman (dan telahpun meninggal dunia pada 28.10.2011 yang lalu). Untuk kerusi DUN Kuala Kurau, YB Junus juga kekal dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR  dan DUN Titi Serong pula akan diwakili oleh calon 'baru', iaitu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengantikan calon PAS yang menang sebelum ini, Ustaz Khalil Idham Lim. - sumber Arkib ABO


N08 - Pengaruh Politik Idham Lim
Sekadar pandangan peribadi, aku melihat bahawa pengaruh YB Ustaz Khalil Idham Lim dilihat semakin merosot khususnya di DUN yang beliau menangi sebelum ini, khususnya di DUN Titi Serong. DUN Titi Serong berada di dalam Parlimen Parit Buntar. Jangan ditanya sebab dan mengapa, kerana aku bukan orang terbaik untuk berpandir tentang kemelut yang berlaku. Kalau mahu tahu, boleh tanya terus orang PAS Kawasan atau YB sendiri.  Usaha "character assassination (CA)" dilihat berjaya untuk mengenepikan beliau untuk mempertahankan DUN yang dimenanginya. Dan jika Idham Lim berdegil untuk bertanding pun kali ini, dia juga akan mendapat padah dan kalah.

Aku sangat klise, bila bercakap kepada "pembunuhan karaktor" yang aku sebutkan tadi, ini kerana  umum sering mengaitkan makna yang sangat prototype. Asal berlaku saja "CA" mesti wujud dalang-dalang jahat yg berusaha merusak karier dan reputasi. Dalam konteks tulisan ini, sebenanrnyn "CA" itu juga bisa berlaku dari tindakan atau tindak tanduk hasil kesilapan sendiri tanpa sedar yang mana secara langsung bisa membunuh terus reputasi diri akibat pencemaran nama yang terulang-ulang. Dan jika sungguh wujud 'dalang', hanyalah sebagai pelengkap kepada usaha CA itu sendiri yang tercetus daripada pencemaran nama sebelumnya. Ok..kita kayuh lagi !

Biarpun beliau tidak mempertahankan kerusi DUN yang dimenanginya, itu bukan bermakna 'orang-orang' beliau pupus, tidak ! Dalam hal ini, dibimbangkan berlaku kemerosotan undi daripada penyokong PAS sendiri kepada calon baru sekiranya berlaku undi protes. Jangan pula ada yg berani menyangkal hal itu tidak berlaku..! 

Kini, usaha untuk membeli 'hati' pengundi dengan meletakkan Ustaz Abu Bakar Hussain (PJ PAS Negeri Perak) bertanding di DUN Titi Serong kian dilihat berjaya, gerakerja berterusan yg dilakukan PAS Kawasan hampir 30 bulan lamanya membolehkan calon 'baru' di kenali pengundi di sini, sambutan dan penerimaan warga rakyat tempatan yang semakin menyenangi beliau terus bertambah-tambah.

PJ Perak memang seorang pemimpin yang berjiwa 'power rangers'. Jika aku kata, Ustaz Bakar Husain itu 'Power Rangers' pun rasanya okay. Mana ada pemimpin yang berani tukar tempat bertanding yang dia kalah hanya 14 undi ? 

Kemudian datang ke tempat baru yang memang agak 'asing', (ikut sejarah, beliau dilahirkan di Kuala Kurau, Perak) malah masih tergagap-gagap untuk bersurah 'banjar' dengan baik,  seterusnya dia ambil risiko jadi calon di DUN Titi Serong. Jangan bikin gila bro ? 

Tapi itulah risiko yang diambil oleh PJ PAS Perak. Beliau memang seorang yang berani. Pakatan Rakyat memerlukan pemimpin-pemimpin yang berani, bukan jenis takut hantu atau takut pada bayang-bayang sendiri. Takut tak tentu hala, macam lembu takutkan 'Rafizi"..ker jadahnyer !

Kalau tanya aku, aku melihat 'positif' terhadap Ustaz Abu Bakar Hussain, dia memang seorang yang berani tetapi degil.

Degil kerana tinggalkan DUN yang dia hanya kalah 14 undi. Berani datang tanding DUN baru yang majoriti UMNO/BN hanya kalah dengan 1,149 undi. Lihat carta ABO dibawah. 

Cuma pengundi muda bilang, bakal calon ni 'nampak 'tuha'. Tuha tu merujuk kepada tua dan berumur. Aku bilang, tua itu hanya pada angka dan nombor saja, tetapi bukan kepada jiwa dan perjuangannya. Jika masih mampu berkahwin 'baru', jangan suka-suka kata tua..salah tu ! Tak percaya..tanya Asmuni..pasal nampak PJ 'muda' la dia layak diletakkan di kawasan Khalil. 



Calon baru N08 dan Kemampuan Mempertahankan Kemenangan :
Realnya, aku bukanlah penganalisa pro yang tahu sapa nak kalah dan sapa nak menang. Memang pada suatu masa dulu, ramai yang tak yakin dengan kemampuan PJ PAS Perak ni bila dikhabarkan akan ganti Khalil Idham Lim di Titi Serong. Biasalah, bila soal persepsi digulaikan sebagai hidangan lauk harian, maka jadi lain lah. Sampai ada yang tak yakin langsung bila sebut 'menang'. Perkataan 'menang' tu jadi taboo. Jangan ada sapa-sapa eksyen nak sebut tentang "kemenangan"  ketika itu. Jangan carik pasal bro ! Apa pasal ? Pasal Timbalan YDP PAS Kawasan sendiri pun sanggup kata, " ...jika bertanding untuk kalah pun, kita tak ada pilihan..lawan tetap lawan ! ". Itu dulu..cerita 2 tahun lepas. 

Ustaz Abu Bakar Hussain bisa memperolehi kemenangan di Titi Serong ! Tetapi bukan kerana popular beliau akan menang bergaya dan jadi wakil rakyat. Tidak ! Beliau tidak popular. Ini hakikat yang benar. Sekadar pandangan peribadi. 

Tetapi jika aku ditanya orang, ia sangat berkait dengan 'GELOMBANG' ! Gelombang rakyat yang sangat marahkan UMNO/BN sekarang. Asalkan Bukan UMNO - ABU ! Siapapun calon PR yang diletakkan oleh parti...peratus menang itu dilihat tinggi...! Untung sapa yang jadi calon PR sekarang..tak kiralah PAS, PKR atau DAP. Jangan BEBAS sudahh...tu dah ke lauttt bro !

Bersambung ke Siri (3) - Kuala Kangsar - Nizar bilang, " Khalil calon Parlimen Kuala"..betul ker?


3 comments:

  1. mantaro said...

    Sekarang org pilih sape calon,,bukan parti. Parti semua sudah tahu. Calon mesti yg terbaik.

  2. Anonymous said...

    dibandingkan idham lim yang banyak masalah dan anda pun cakap tentu kalah. lebih baik letak calon Pesuruhjaya yang tak buat masalah dan anda cakap tentu menang.

  3. RojakPasembor said...

    Walau pun teman bersahabat baik dengan YB Idham Lim, sebaiknya untuk pemilu kali ini beliau direhatkan.
    Biar YB Idham memberi komitmen terhadap perniagaannya.

:: blank ::

..

albanjari ONLINE blog :: NEW Followers

:: List Blog ::

:: albanjari Online 40's Blog List Update ::

:: Kepada rakan blogger yang mahukan blog disenaraikan di bloglist ABO sila tinggalkan url blog sahabat di ruang shoutbox wak di bahagian sidebar untuk tindakan. Makluman

:: New 30's bloglist@ABO ::

:: Editor albanjari online ::

Semua tulisan di blog ini sekadar mewakili pandangan peribadi penulis. Menulis blog sejak 2006. Mantan Presiden Sekretariat Blogger PAS Perak. Penulis juga seorang ahli bersekutu untuk group Media Perak. Jawatan akhir di dalam politik - Setiausaha Politik.

:: SketsaPRU13@albanjari online V2 |