(1) Pecah Panggung PRU13 - Ku Is, Kuala Kangsar dan politik lembu !
albanjari | 1.1.2013
Dah tidur ? Atau terus meraikan keseronokan bertahun baru ? Yer..benar, hari ini hari pertama kita menghirup udara nyaman di tahun 2013. Kata orang, tahun ini tahun paling 'puaka' untuk BN dan UMNO. Nak percaya..tak der hal, dan tak nak percaya pun..tak der hal. Namun jika ditanya kepada aku, biarlah betul-betul ber'puaka'. Pasal apa...nanti kita cerita perlahan-lahan.
Membuka jendela, terasa sungguh cuaca sejuk dan berangin. Jika pergi sedikit jauh..akan terlihat warung-warung kopi baik di desa dan kota mulai sesak dihuni warga. Hari ini kan ker cuti umum...menikmati cuti bersama teh tarik sangat mengujakan.
Permulaan, bagi memenuhi janji kepada diri sendiri..aku kembali untuk menulis. Menulis tentang apa saja..ikut suka aku...meraikan perbezaan pendapat itu baik untuk kesihatan, tetapi jika dikalangan pembaca punya sakit jantung yang kronik mohon harap ya..kerana jangan harap ada tulisan aku di sini..berkisah tentang tips kesihatan jantung...atau tips menjaga jantung, blog aku ini bukan blog 'doktor' kerajaan mahupun swasta, jauh sekali doktor berPh.D, bukan..dan jangan dicari di sini.
Hari ini aku mahu menulis tentang bakal-bakal calon PAS Perak peberet pilihan blog albanjari, bukan pasal aku ini ahli PAS seumur hidup maka fokusku hanya kepada calon PAS, tidak..! Slow-slow kayuh..nanti bila aku punya masa akan aku tuliskan pula calon-calon peberet dari PKR dan DAP daripada pandangan tuanpunya blog ini. Aku ler tu !
Gelanggang telah aku buka. Maka hari ini, gelanggangku memilih nama yang sangat popular dan disegani lawan dan kawan. Siapa yang tidak kenal Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. Sedikit biodata beliau dibawah :
RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB.
Beliau kini menjawat YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar. Beliau juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Memegang portfolio Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia. Mempunyai latar akademik yang baik dari dalam mahupun luar negara, (Degree in Information Technology, International Islamic University, Master in Information Management System, University Technology Mara, PhD Political Science, University Of Manchester). Sekarang mempunya kerjaya tetap sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Petronas.
Nampak ? Kerana aku juga kategori masih 'muda', maka aku suka mulakan pilihan daripada calon muda-muda, bukan makna aku anti calon yg tua bangka, cuma sekiranya kalau sudah tak ada calon muda nak aku pilih..baru aku pergi calon yang tua sikit...sikit saja..bukan tua banyak...sampai nak balik rumah sendiri pun.. nyanyuk sampai sesat banat tak jumpa jalan...itu aku tak mau ! Ada ker calon tu untuk PAS Perak ? Kalau ada katok kepala Asmuni. Menyusahkan pengundi nanti.
Mengapa aku pilih Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob. Tentulah kerana dia muda, selain dari dia anak raja. Dan dia juga disebut-sebut untuk lawan UMNO/BN bagi Parlimen Kuala Kangsar. Kuala Kangsar tu kan Bandar Diraja..maka elok sangat bagi kerabat-kerabat raja ajer berentap nasib walaupun ikut sejarah politik tanahair di Malaysia, belum ada calon dari anak raja yang menang pilihanraya khususnya dari kem Pakatan Rakyat@Barisan Alternatif dahulunya.
Walaupun kawan aku tahun lepas ada menulis, Ku Is ini lebih sesuai bertanding kerusi DUN di Kuala Kangsar, dan jika menang katanya senang sikit nak kaw-tim, pasal dia anak raja juga. Kata kawan aku,
" sekiranya Nizar ditolak ataupun tidak diterima oleh Sultan..Ku Is adalah orang yang paling layak untuk berdepan dengan Sultan. Orang UMNO tak boleh kata Pakatan derhaka kat sultan..atau cuba biadap kat raja. Ku Is pun layak duduk istana kalau masyarakat feudal Melayu masih mahukan feudal lord.
Advantage disini ialah..Ku Is boleh duduk semeja..makan setalam. Ku Is juga boleh masuk Istana Iskandariah dan boleh terjun Sungai Perak. Nak cakap pasai raja-raja..Ku Is boleh cakap. Nak cakap pasai ugama pun boleh. Nak cakap pasai akademik pun boleh.
Tinggal lagi..Ku Is kena cakap isu-isu yang lebih intelektual dan universal. Ku Is kena keluar dari imej Tantawi… asyik-asyik tentang konsert dan Valentine’s Day. Sekarang ini…imej Ku Is masih lagi sebagai pemimpin PAS…bukan pemimpin rentas parti. Ku Is kena bawa lebih banyak isu rakyat yang lebih serius… bukan setakat isu moral. Bukan aku nak kata isu moral itu tak penting..tapi isu itu sudah dijaguhi oleh Tantawi. Ku Is perlu menjaguhi sesuatu isu yang lain dari apa Tantawi bawa.." itu kata kawan aku.
Nah...nampak..steady dah tu ! Tetapi..rupanya langit tak selalu cerah. Macam hari ini ditempat aku, sejak pagi dah murung. Mendung laa tu..tanda nak turun hujan. Alam kejap gelap..kejap kelabu..! Rupanya pencak politik pun begitu. Gelanggang sudah dibuka..cuma kadang gelanggang yang tanahnya rata pun dilihat jadi tidak rata..pasal .. banyak sangat "batu", yang berjalan pun boleh jadi senget.
Tulisan di blog yang aku copy paste dibawah..menunjukkan calon pilihanku, Ku Is nampaknya mula diasak. Seperti ada yang tidak kena. Rasanya tak perlulah bersumpah muhabalah...namun pencerahan wajar dibuat. Penyokong PAS juga mahu tahu. Ku Is itu pemimpin besar dan disegani oleh anak muda. Tapi tak moleh dan cantik jika ada cacat dan cela. Itu boleh mengundang padah dan bahaya.
Satu soalan, apakah tulisan itu satu fitnah yang disengajakan atau memang wujud dalang-dalangnya. Hey..PRU13 makin hampir bro...! Jangan buat benda tak senonoh..kerana musuh merata dan melata. Ingat tu ! Apa pun Ku Is perlu jawab untuk elak fitnah menjadi besar.
Petikan ini diambil dari print-screen dari blog Selamatkan PAS, (DI SINI) klik imej untuk paparan lebih besar.
Bagi mengelakkan 'damage' jadi besar, cantik jika Ku Is ambil berat soal fitnah yang dilemparkan. Bukan apa..Ku Is adalah calon pilihan blog ini untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Rugi jika calon yang disebut-sebut sebagai calon 'stand-by', tumbang sebelum bermula acara.
Fitnah sana, fitnah sini, adu-domba sana, adu domba sini, cantas sana dan cantas sini, pancung sana dan pancung sini, bukan satu keperluan utama sekarang..kita telah berada di pusingan akhir untuk melenyapkan kuasa UMNO/BN dari memerintah negara. Alangkah bahlolnya jika di saat ini, kita masih bercakaran satu sama lain. Itu petanda tidak bagus utuk Pakatan Rakyat. Kerana masa yang sedikit ini wajar dan wajib untuk kita menyusun strategi memerangi UMNO/BN. Bukan menyerang kawan-kawan dan pimpinan.
Jika itu terus berlaku dan dihalalkan, nampaknya 'pemain-pemain' wayang politik tak ubah macam lembu, cuma lembu itu buta politik..tapi bodohnya lembu tetap macam lembu...jangan pula ada ahli politik main sandiwara dikala rakyat jelata semakin muak dengan UMNO/BN..dan hangpa pula terikut-ikut permainan 'bapak-bapak' lembu. Faham ker apa yang aku kias ? Tak faham sudah...! Pueekkkk...!!
(*) Sekadar gurauan - pasal apa lembu tu tak nak tengok muka dia haaa ? Jangan ada yg gila pi cari lembu tu pulak pi tanya...nanti jadi bodoh serupa lembu !
January 1, 2013 at 3:49 PM
Ku Is?? ...Raja Iskandar Raja Yaacob?? ....
Saya dengan beliau sama-sama belajar undergraduate di UIAM. Ku kenali hatibudi dan potensi kawan saya ini. Kalau ada fitnah ... sah memang ada orang yang iri hati pada kredibility beliau. Otaknya ligat macam KJ dan Ezam .. ligat untuk Islam .. bukan ligat untuk diri sendiri.
Seorang yang amat taat bkepada ibunya... abangnya Raja Dihilir Perak. Asas pilitical sciencenya mantap termasuk keilmuan Islam . kalau nak banding denfan Saudara Samsul Iskandar PKR, jauh panggang dari api. Cuma ku kenali yang Raja Iskandar ini low profile.
Saya berani menjangkakan ... dia akan menjadi pelapis pimpinan negara pada masa depan.
Sofiys
IRKH 98
January 1, 2013 at 3:49 PM
Ku Is?? ...Raja Iskandar Raja Yaacob?? ....
Saya dengan beliau sama-sama belajar undergraduate di UIAM. Ku kenali hatibudi dan potensi kawan saya ini. Kalau ada fitnah ... sah memang ada orang yang iri hati pada kredibility beliau. Otaknya ligat macam KJ dan Ezam .. ligat untuk Islam .. bukan ligat untuk diri sendiri.
Seorang yang amat taat bkepada ibunya... abangnya Raja Dihilir Perak. Asas pilitical sciencenya mantap termasuk keilmuan Islam . kalau nak banding denfan Saudara Samsul Iskandar PKR, jauh panggang dari api. Cuma ku kenali yang Raja Iskandar ini low profile.
Saya berani menjangkakan ... dia akan menjadi pelapis pimpinan negara pada masa depan.
Sofiys
IRKH 98
January 1, 2013 at 6:00 PM
ini kira episod balas dendam sebab bos kena serang kot.
bos kena serang dengan media perak. media perak tu ada identiti mereka pemilik media perak.
blog BSSP yang tuan al banjari jadikan rujukan ini, pemiliknya berselindung . tidak berani tonjolkan diri. blog seperti ini tidak ada kesahan. pengecut, sesiapa pun boleh buat cerita.
Namun, media perak sanggup disaman untuk dedahkan penyelewengan pimpinan tak kira PR atau BN.
Suruh bos jawab dulu, atau tuan al banjari tolong jawab bagi pihak bos jika ada maklumat
January 3, 2013 at 11:14 AM
Teman kenai dari kecik lagi, masa kecik seorang yg tak banyak cakap, memang seorang yang sangat taat kepada bondanyer...bila udah besor jadi sangat peramah, tak merokok puya keupayaan dalam memberikan kuliah, ceramah dan sangat low profile...sampai orang nak pijak kepala...
January 16, 2013 at 10:27 PM
albanjari, aku tau kamu ni orang kuat khalil idham lim. takpun kamu ada hati nak bertanding di kuala.... dalam politik ni jangan la nak menjatuhkan orang yang tak ada kena mengena dengan sebagai calon, apa kaitan KUIS yang mike nak kutuk2, sebagai islam, please tlg jangan jatuhkan sesama islam, kita kerja nak tegakkan islam bukan nak tegakkan idealogi kita....