Sulu@Lahad Datu - Keterlaluan ?..Go To Hell ! Bravo..Polis dan ATM !
TAHNIAH !!
Pasukan Keselamatan..PENCEROBOH TEWAS sepenuhnya..Polis tak dapat kenal pasti berapa orang pihak musuh yang mati dan cedera..Tiada bom yg digugurkan terkena kubu sendiri spt yang di lapurkan oleh Filipina.
Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup akibat tunjuk perasaan oleh rakyat Filipina..Kedutaan Filipina di Malaysia ada tak?? Macam mana caranya kita nak bagitau kepada kedutaan Filipina yang kami rakyat Malaysia juga marah dgn pencerobohan ini. Hingga ada rakyat kami yg jadi balu anak jadi yatim..!
Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.
Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.
InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.
"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.
Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.
"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.
Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi pembersihan. Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.
Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
" Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, "
March 5, 2013 at 1:56 PM
Bangsa Sulu adalah satu bangsa yang tidak mengenang budi!! Dasar bangsa keparat! After all these years we have been helping them to attain peace in their region..this is what they are repaying us??!! Kita bagi madu mereka balas dengan racun..kita bagi susu mereka balas dengan tuba!!! Surat khabar Filipina JANGAN percaya kerana mereka asuka spin cerita...saya pernah berkhidmat di Mindanao selama satu tahun dan tahu cara pemikiran mereka ini!!!
March 5, 2013 at 2:15 PM
Bangsa Sulug adalah bangsa yg tidak pernah dijajah tetapi dinafikan sebuah negeri bertapak menjadi negara utk ditadbir.
Hanya kerana pengwujudan negara bangsa, maka akan lemahlah umat Islam seantorio dunia.
Dan menjadi kesedihan, apabila ada org menuduh bangsa Sulug adalah bangsa tidak mengenang budi, walhal, org Tausug sendiri di Sulu tidak bersetuju dgn pepuak Kiram yg angkat bakul sendiri mengaku sbg Sultan Sulu.
Sunggug jelek.....
March 5, 2013 at 2:26 PM
Tanah awak telah dipajak selamanya. Saya kena bayar setiap tahun kepada awak. Adakah tanah itu milik awak atau milik saya?
March 5, 2013 at 2:41 PM
bagi lagi ic dekat diaorang ni. projek jahat mahathir yang makan tuan.